Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Showing posts with label Da'wah. Show all posts
Showing posts with label Da'wah. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Muslims love Jesus too


Beberapa tahun lepas, saya berkesempatan sertai satu kumpulan perbincangan mengenai perbandingan agama secara online. Terdapat ramai mubaligh Kristian dan Islam yang menyertainya termasuk dari kalangan atheist, agnostic,Yahudi, Buddhist dan Hindu.

Perbincangan ini sangat menarik kerana semua pihak berpeluang mengemukakan bukti dan pandangan masing-masing. Antara yang aktif ialah BrentneedsGod dan Imran Azwan - mahasiswa perubatan Malaysia di sebuah universiti Indonesia.


Ketika perbincangan berlanjutan berbulan-bulan dengan kedua pihak mengemukakan bukti dan pandangan masing-masing, muncul seorang Muslim yang memaparkan gambar2 bukti kebesaran Allah sebagai counter kepada isu yang ditimbulkan yakni, Buddhist, Islam, Christian, Jews and Hindu Which one is TRUE?

Tanpa sebarang penjelasan yang konkrit, dia menunjukkan berpuluh keping gambar nama2 Allah yang dirakamkan terdapat pada badan binatang, buah-buahan, pokok, pusaran air laut dan macam-macam lagi. Ironinya, salah seorang mubaligh Kristian kemudiannya menunjukkan pula gambar bukti kebesaran Jesus di pokok, angkasa, buah-buahan, makanan, air laut dan lain-lain kepada kami.

Persoalannya di sini, adakah ini bermakna Jesus itu benar (sebagai Anak Tuhan @ Tuhan)?

Atau juga bermakna Allah itu tidak benar (dengan adanya bukti gambar kebesaran Jesus)?

Dalam sifir dakwah, kita perlulah berhemah dan bijak sebagaimana pendekatan Nabi Muhammad SAW. Menggunakan gambar keajaiban Allah lebih sesuai ditunjukkan kepada golongan Muslim yang telah teguh Islamnya sebagai cara memperkukuhkan lagi akidahnya. Tetapi tidak relevan untuk ditunjukkan kepada non Muslim yang masih tertolak keimanannya terhadap Islam. Jika gambar-gambar ini dijadikan ukuran atau sumber utama, bermakna kita telah tewas sebelum berjuang. Kesilapan besar di sini menunjukkan kedangkalan kita dalam berdakwah perbandingan agama. Dan sekiranya menjadikan ia (gambar) sebagai point untuk mematahkan hujah, kita silap.

Sedangkan Islam itu jelas dan benar. Buktinya adalah Al Quran dan Sunnah. Namun non Muslim tidak mempercayai Al Quran apatah lagi AsSunnah.

Cara yang terbaik ialah gunakan apa yang mereka sendiri percaya yakni - Bible
Patahkan hujah mereka menerusi kekeliruan yang dipaparkan dalam Bible.

Pesan seorang tokoh dakwah perbandingan agama, carilah dulu persamaan sebelum kita tunjukkan perbezaan. Dan kuncinya apa yang mereka sendiri sayang dan percaya, yakni Jesus Christ atau apa yang kita percaya dan sayangi - Nabi Isa a.s


Wallahualam.





Bersambung

Wednesday, September 7, 2011

Bolehkah bukan Islam ke syurga?


Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula).

Surah Ar-Ra’d : 35


Ketika menyertai satu dialog bersama kumpulan internet yang disertai penganut dari agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan juga atheist serta agnostic, saya tertarik dengan persoalan mengenai neraka dan syurga.

Kebanyakan agama di dunia percaya akan kewujudan dua tempat ini. Begitu juga dalam Islam. Kita dijanjikan ganjaran syurga sekiranya taatkan perintah Allah dan juga balasan neraka bagi yang ingkar.

Adilkah syurga untuk  umat Islam dan neraka bagi bukan Islam walaupun seseorang bukan Islam itu banyak melakukan kebaikan di dunia sepanjang hayatnya?

Analoginya begini.

James dan Bruno masing2 pengguna petrol syarikat Petro. James menggunakan sebuah motosikal 110cc manakala Bruno memiliki sebuah kereta mewah. Setiap hari James dan Bruno akan mengisi minyak di Petro. Satu hari, tuan punya stesen minyak menawarkan kad ganjaran ABC buat pengguna setianya. Sesiapa yang menggunakan minyak boleh menebus mata di Petro dengan syarat memiliki kad ABC terlebih dahulu. Bruno tidak berminat walaupun berkali-kali ditawarkan. Baginya, beliau cuma mahu menggunakan minyak dan kurang berminat dengan ganjaran yang ditawarkan. Setiap hari Bruno membelanjakan lebih Rm100 untuk isian petrol. Berbeza dengan James yang hanya berbelanja RM10 sehari untuk petrol dan memiliki kad ABC.

Sampai satu masa yang dijanjikan, pemilik Petro mengumumkan ganjaran sebuah rumah banglo mewah mengadap tasik buat pelanggannya yang setia. James bertuah kerana menjadi pelanggan yang setia dan hadiah itu menjadi miliknya. Hal ini menimbulkan kemarahan Bruno yang mendakwa berbelanja saban hari beratus ringgit dan sepatutnya beliau berhak menerima ganjaran banglo tersebut bukannya James.

Kesimpulannya mudah, Bruno cuma melanggan di syarikat Petro tapi tak pernah berminat untuk memiliki kad ganjaran ABC supaya melayakkan dia menerima ganjaran kelak dari pihak Petro. Berbanding James yang cuma berbelanja 10% dari jumlah Bruno untuk isian petrol tetapi memiliki kad tebus ganjaran yang membolehkannya menerima ganjaran lumayan.

James: umat Islam
Bruno: Bukan Islam
Kad ABC: kalimah syahadah.


I bear witness that there is no deity except Allah, Who has no partner, and Muhammad is His slave servant and messenger
 



Allah SWT berfirman yang bermaksud: Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah (debu yang halus) nescaya dilihatNya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dilihatNya.

(Surah Al-Zilzal, ayat 7-8)


Kunci kepada syurga dan neraka ialah kalimah yang membesarkan Allah, menolak Ilah selain Allah sebagai Maha Pencipta, Tuhan yang layak disembah dan pengakuan Rasulullah SAW sebagai Pesuruh Allah.

Kepada sahabat bukan Islam sekalian, kunci untuk kalian ke syurga Allah adalah kalimah ini. Kalimah agung yang menjarakkan antara kamu dengan syurga Allah. Sesungguhnya tiada yang lebih adil selain ALLAH SWT. Dan kepada sahabat muslim yang dikasihi, mengakui kalimah syahadah bukanlah tiket untuk kita melupakan segala suruhanNya dan melakukan laranganNya kerana sesungguhnya Allah itu Tuhan Maha Adil.


untuk diri ini khususnya. 

Friday, December 3, 2010

Muslim Customer Service Representative

Ciri2 CSR yang baik adalah memahami dan empathy terhadap khidmat pelanggan dan melakukan perkara yang betul pertama kali dan setiap kali.
Apabila kita perlukan pertolongan dan disambut dengan senyuman dan layanan yang baik boleh membuatkan kita berlapang dada sekalipun masalah itu tidak punya jalan keluar. Setiap orang pernah berurusan dengan CSR dan mempunyai pelbagai versi kisah yang boleh dikongsi.


Namun hakikatnya, dalam pada tidak kita sedar, Muslim sebenarnya merupakan customer service representative kepada agama Islam

Harus diingatkan, gerak geri kita dan kelakuan kita diluar melambang agama yang kita anuti.  Jika berlaku perkara yang baik maka setiap perkara itu akan dinilai sedalam2nya oleh orang sekeliling.

Menjadi CSR bukanlah tugas yang mudah. Berhadapan dengan cabaran yang pelbagai dan keinginan untuk menjadi diri sendiri yang kuat serta tidak mengendahkan impak yang bakal memberi kesan kepada agama Islam secara positif mahupun negatif.

Tugas berdakwah dan menyampaikan Islam bukan tugas hanya para nabi, rasul, ulama, pemimpin dan ustaz2. Ianya tugas hakiki setiap Muslim. Menjadi tanggungjwb untuk kita memberi contoh yang baik bukan hanya kepada non Muslim tetapi juga kepada Muslim sendiri yang memerlukan Customer service skill dari kita.





Dakwah melalui perbuatan pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam kisah tersohor dimana Baginda menyuap makan seorang pengemis buta yang setiaphari meminta orang ramai yang lalu lalang dihadapannya untuk membenci Rasulullah SAW. Namun, dengan sikap profesional serta customer service skill yang ada pada Baginda, akhirnya pengemis tadi memeluk Islam tidak lama selepas kewafatan Rasullullah SAW.

Bertanya Saidina Abu Bakar Assiddiq kepada anak perempuannya Aishah r.a suatu hari selepas diangkat menjadi khalifah.

"Wahai Aisyah, apa lagi perkara yang belum aku laksanakan sebagaimana Junjungan Muhammad SAW?"

Jawab Aisyah, " Rasulullah SAW setiap hari akan ke pasar dan memberi makan kepada seorang pengemis buta"

Saidina tanpa berlengah ke pasar dan menemui pengemis buta terbabit. Beliau menyuapkan pengemis yang dalam masa sama mengherdik Nabi Muhammad SAW.

Tidak lama selepas itu, beliau terdiam dan berkata, "Kamu bukan orang yang sama. Suapanmu kasar"
"Siapa kamu? Orang yang biasa menyuapku makanan menyuapku dengan lembut dan sabar. "


"Benar, aku bukan orang yang sama.Tahukah kamu siapa orang yang menyuapmu selama ini?"


"Tidak."


"Dialah manusia yang kamu caci dan cerca setiap hari, Muhammad, Kekasih Allah. Rasulullah SAW"


"Muhammad? Di mana dia sekarang?"


"Baginda telah wafat. Meninggalkan umat serta alam seisinya."

Sejurus mengetahuinya, pengemis buta tadi menangis dan meminta untuk mengucap dua kalimah syahadah. Beliau memeluk Islam dihadapan Saidina Abu Bakar r.a



***********

Sesungguhnya Rasulullah SAW terlalu profesional dan wajar dijadikan ikutan oleh kita. Jika kita tak mahu ikut Nabi, siapa lagi suri teladan yang lebih baik?

Langkah pertama hari ini, mari mengukir senyuman.
Senyumlah kepada sesiapa yang melihat kalian. Ianya tugas yang berat. Namun kesan dakwahnya besar.


 


Untuk diri ini khususnya

:)

Saturday, July 10, 2010

Cruxifixion




 Jesus mati dikayu salib bagi menebus dosa manusia.
Hal ini diperkenankan Tuhan

Persoalannya, mengapa perlunya Tuhan mematikan anak tunggalnya hanya untuk memaafkan dosa-dosa manusia? Bukankah Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang sifatnya?

dan kepada siapa Jesus menebus dosanya?

Adakah kepada Tuhan Bapa? atau kepada kuasa yang berlawanan?



...padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, akan tetapi (yg mereka bunuh adalah) diserupakan.."

Surah An Nisa' : 157



Sunday, June 20, 2010

Buddhism

 Sepintas lalu

Perkataan Buddhism diambil dari perkataan Budhi yang bermaksud 'sedar' dan Buddhism boleh disebut sebagai falsafah kesedaran/awakening. Falsafah ini berdasarkan pengalaman Siddartha Gautama, juga dikenali sebagai Buddha.

Buddha bukan Tuhan. Buddha tidak pernah mengaku dirinya Tuhan, anak Tuhan mahupun pesuruh Tuhan. Konsep Buddha sebenarnya merupakan pencapaian seseorang dalam mencapai makam tertinggi yakni Enlightenment atau kesinaran. Bilamana seseorang mencapai Buddha, maka mereka tidak perlu lagi melalui pusingan fasa kehidupan dan dihidupkan kembali.




Alkisah Buddha

Tidak dipastikan samada kisah ini sahih atau tidak namun kisah ini begitu popular dikalangan pengamal Buddha.

Diceritakan oleh Sami Tuan Shree dari Sack Kia Enh Temple, Melaka

Siddartha Gautama perupakan putera raja. Suatu hari bapanya menilik nasib mengenai masa depannya. Diberitakan, Putera Siddartha Gautama akan menjadi seorang manusia yg hebat. Dan akan meninggalkan takhta dan istana satu hari nanti. Untuk mengelakkannya dari meninggalkan istana, bapanya diminta menghalang puteranya dari melihat 4 perkara.

1. Kelahiran
2. Kematian
3. Kemiskinan
4. Kelaparan

Selepas beberapa lama Siddartha tinggal di istana, satu hari beliau telah curi2 keluar dari istana dan terlihat semua 4 perkara tadi. Beliau mengambil keputusan meninggalkan istana utk mencari kebenaran.

Sejak itu, beliau berkelana ke seluruh tempat. Beliau membawa bekas makanan utk meminta makanan dari orang kampung.

Perkara ini sebenarnya mengesahkan bahawa beliau sendiri sebenarnya bukanlah pengamal vegetarian. Ini kerana, beliau akan memakan apa saja makanan yg disedekahkan kepadanya termasuk daging.Jadi, Buddha sebenarnya BUKAN vegetarian.

Hal ini diceritakan kepada saya oleh seorang sami Buddha dari Sri Lanka bernama Shree. Menurutnya, beliau sendiri bukanlah pengamal vegetarian. Namun, seseorang sami itu boleh memilih utk menjadi vegetarian atau sebaliknya. Terpulang kepadanya. Dan Ajaran Buddha tidak MEWAJIBKAN mengamalkan vegetarian.


Siapa Tuhan?

Bagi pengamal Buddha, mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Kebanyakan mereka adalah free thinker.

Buddhist tidak mempercayai kewujudan Tuhan kerana percanggahan pendapat manusia. Ini kerana ada yang berpendapat Tuhan sebagai lelaki dan sebaliknya. Buddhist mengambil jalan tengah yakni tidak menyebelahi mana2 hatta memperakukan kewujudan Tuhan.

Kedua, bagi Buddist, kepercayaan kepada Tuhan tidak perlu berdasarkan bukti2 sains yang mereka percaya bahawa Tuhan tidak wujud beratus tahun lalu.




Sumber : Good Questions Good Answer by S. Dhammika 

& Encik Shree (Sami Kuil Seck Kia Enh Melaka)







End of Part 1



Thursday, June 3, 2010

Holy water

Bertahun2 masyarakat Islam di Malaysia diperbodohkan dengan dakyah kononnya holy water milik Katholik merupakan air yang disihir dan menyebabkan kesukaran mengucap dan membawa kepada murtad

Bertahun tahun juga kita mempercayai fitnah ini dan menyebarkannya tanpa usul periksa. Malangnya ianya disebarkan oleh orang Islam sendiri.

Pengajaran mengenai bahaya holy water disebut dan disebarkan dalam ceramah agama di madrasah dan masjid oleh ilmuan Islam tanpa usul periksa kesahihannya.

"Biarlah, lagipun kalau betul sekalipun holy water bukan air yang disihir, tak ada kena mengenanya dengan kita. Kita sekadar berwaspada"

pendapat itu seharusnya ditolak kerana Islam melarang kita menfitnah agama lain. Dan ini akan menyukarkan gerakan dakwah Islam itu sendiri.


“Hai orang2 yg beriman jika datang kepada kalian orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang menyebabkan kalian menyesal akan perbuatan itu.”
Al Hujurat Ayat 6



> wakil peserta Interactive Dakwah Training 3 anjuran Perkim Ampang melihat dan menyentuh sendiri air holy water di Gereja Katholik St Peter  - holy water dikatakan 'disihir' untuk memurtadkan masyarakat muslim <


Pengajaran 

Sudah sampai masanya kita menghentikan fitnah ini. Dan janganlah kita takutkan generasi kita dengan fitnah sebegini sedangkan mereka (bukan Islam)  seharusnya lebih takut dengan kita kerana kebenaran dipihak Islam.


Fakta Holy Water

1. Penganut Katholik tidak meminumnya
2. Digunakan untuk upacara pembaptisan dan blessing (sebelum memasuki gereja)
3. Ditambah (sekiranya berkurangan) dengan upacara meletakkan lilin suci yg didoakan oleh paderi pada sunday worship atau hari hari tertentu.
4. Air paip biasa
5. Hanya Ajaran Katholik mempercayai holy water sebaliknya Protestant dan lain lain tidak.


Sesungguhnya Islam telah terbukti benar.

Allahuakhbar

Wednesday, May 26, 2010

Suci dalam debu

Ketika dijemput menghadiri jamuan "Charity Dinner" Kelab Perkim Pusat Asasi UIA tk lama dlu
kebetuln sy bertemu dgn penyanyi nasyeed indie, Muaz

Berbual dgn Muaz sgguh menarik
Beliau mengutarakan pandangan mengenai dakwah menerusi muzik

Walaupn rmai ulama tidak menyenangi 'dakwah' begini namun Muaz percaya dgn apa yg dipegangnya iaitu selagi apa yg disampaikan itu memberi manfat kpd org lain dn tidak melalaikan. Beliau juga berhujah menggunakan dalil2 yg jelas.




** Suatu masa dlu, lagu nasyeed Raihan begitu popular
Antaranya ialah lagu Puji Pujian
Sampai skrg ianya masih lagu yg paling sy gemari

Pernah sy mendengar seorg kanak2 bukan Islam menyanyi2 lagu tersebut ketika promo nya ditayangkn di TV

Mgkin dia tidak faham apa maksud sebenar lagu tersebut

tapi sekurang2nya, mesej dakwah itu sampai dan sy percaya sekiranya dibukakan pintu hatinya, kanak2 tadi akan menjadi seorg yg mencari dn berjumpa insyaALLAH

Begitulah yg berlaku kpd seorg shbt, Bro Yusuf yg memeluk Islam pd usia 15 tahun selepas bertahun2 tidur paginya dikejutkan dgn azan subuh.

hati manusia itu milik Allah. Bila2 masa Dia boleh jentik dan bolak balik kan.
Hidayah semestinya milik mutlak Dia.

Moga setiap usaha kita dipandang olehNya

: )

nota
sangat minat suara dn lagu2 Allahyarham Ustaz Asri Rabbani

Tuesday, May 11, 2010

Smile

Ramai yg mengeluh susahnya nk berdakwah.
Nk kena pegi rumah ke rumah dn bersyarah pjg lebar
Terpaksa membaca buku2 ilmiah yg tggi2 bahasanya
Mahir dalam memahami Bible, agama2 lain dsb
Keluar berhari2 dan 24/7 dgn Al Quran dan buku2 hadits ditangan.

Benarkah dakwah ni sebegitu susah?

Pengalaman sy tk lama dulu
sy berada di satu tempat yg masing2 dlm keadaan marah dn letih menunggu komuter yg janji utk smpai tp lewat berjam2 dr msnya.

Tiba2, seorg non muslim tersenyum manis kpd sy.
Terus perasaan marah sy td bertukar ceria. sejuknya hati bila ada org memberikan senyuman seikhlas itu.

Kdg kita lupa, dakwah berjalan sepjg masa. Bila msnya pluang terbaik tiba utk berdakwah kita tidak tahu. jadi kita kena siap2kn diri utk berdakwah walau dlm keadaan apa sekalipn.

Mulakan dgn senyuman. Alangkah indahnya.




nota
saya masih belajar utk senyum
: )

Monday, April 26, 2010

Kita vs Mereka

Sejak kecil, kita ditakutkan dgn gerakan2 Kristianiti dan yahudi.

Apa yg menyedihkan dakyah ini direka2 oleh org Islam sendiri dan disampaikan generasi ke generasi..
sebagai cth :

Holy Water - tidak benar sama sekali dakwaan air ini mengandungi jampi utk memurtadkn org Islam sedangkn mereka sendiri (Kristian) tidak meminumnya.

Ibubapa bimbang dgn anak2 yg mgkin terpengaruh dgn elemen yg menjurus kpd murtad - satu aspek yg paling dan perlu dibimbangi.

Akn tetapi apakah yg lebih penting dr murtad?

Pemahaman agama yg jelas. Ibadah yg sahih dan Akidah yg sejahtera.

Terlalu byk isu disebalik semua ini.
Kita bimbang anak2 kita terjerumus dlm perangkap murtad sedangkn kita tidak menyediakn mereka bekalan cukup utk menepisnya.

Sebagai cth, kita membekalkn anak2 kita dgn peta. tapi kita tk sediakn panduan dan bimbingan bagaimana membaca peta tersebut.

Sudah terlalu lama kita takutkan gerakan mubaligh Kristian.
Apakah yg harus ditakuti sekiranya kita yakin bahawa Islam adalah kebenarannya?

Remaja masakini lebih gemar membaca ttg dakyah2 yahudi dn kisah misteri pelan kedatangan Dajal Al Masih namun persediaan ke arah menangkis dakyah dikalangan kita masih kurg dan lemah.

Selepas kita membaca dakyah2 ini apa yg kita lakukan? Sebarkan?
Sedangkan pokok pangkal dan kebenarannya masih belum pasti dn jelas.
Boleh jd kita menyumbang kpd fitnah dan memburukkn agama lain.


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” 

[Al Hujuraat : 6]


Smpai bila kita hanya bimbang dan takut sedangkan gerakan dakwah pihak satu lagi terus maju dan mara.
Kita hanya tahu menepis, menuduh dan berdoa.





Cukuplah dgn ketakutan yg kita cipta ini. 
Mari kembali kpd Al Quran dan AsSunnah


Islam agama yg benar.


 wallahualam bisawab




nasihat khusus utk diri ini 





nota
sy pernah membaca beberapa rencana mengenai dakyah yahudi dn kristianiti yg begitu popular dikalangan remaja skrg. namun, byk yg ditulis tidak berdasarkn kajian yg tepat. Bukan mahu menyokong agama lain, lebih kpd peringatan kpd kita supaya menjaga agama dan akidah kita dlm ms sama berhenti menfitnah agama org lain. Dakwah dan mesej Islam tidak akn smpai sekiranya kita menuduh org lain apa yg mereka sendiri tk pernah lakukan. Menfitnah dan memburukkan agama org bukan ajaran Islam apatah lg tnpa bukti dn sumber yg sahih.

Allah Lebih Mengetahui.

Thursday, March 18, 2010

Atheist and Freethinker

ramai dr cerdik pndai memilih utk menjadi free thinker dan atheist.

Siapa dia atheist?
merujuk kpd golongan yang tidak percaya kewujudan Tuhan sebagai Pencipta alam. percaya alam wujud dgn sendirinya.

Free thinker pula merupakan golongan yang menerima kewujudan Pencipta tetapi memilih jalan tengah dengan tidak percaya kepada agama. mereka juga beranggapan agama itu sama saja.

Kedua2 golongan ini mempunyai 2 kitab yakni sains dan logik



bagi atheist yang tk percayakan kewujudan Tuhan, mereka percaya alam ini terjadi dengan sendirinya. muncul lah teori evolusi Charles Darwin yang percaya manusia berasal dari beruk.

Sains membuktikan alam ini mempunyai pencipta. Bagaimana kita boleh buktikan?




Pertama, sebagai contoh, sebuah mesin secanggih ini dicipta oleh seorang saintis. Persoalannya, siapakah yang tahu menggerakkan mesin ini?

Jawapannya : pencipta mesin terbabit.

Bagaimana pula dengan alam?

siapakah yang tahu menggerakkan alam ini?

Jawapannya : Pencipta alam ini.

Logik bukan?

Siapakah pula Pencipta alam ini?

Dalam Al Quran Allah ada menerangkan mengenai matahari, bentuk mukabumi, peringkat kejadian manusia dan sebagainya lebih 1400 tahun lalu.

Saintis dahulu mendakwa bumi ini rata. tapi Al Quran yang diturunkan 1400 tahun lalu menerangkan bahawa bumi ini sfera dan diperumpamakan sperti telur burung unta.



Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam kedalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam.
(Surah Luqman : 29)

"Memasukkan" di sini bermaksud Allah S.W.T. menukarkan malam kepada siang dan siang kepada malam secara perlahan-lahan. Fenomena ini hanya boleh berlaku sekiranya dunia ini berbentuk sfera. Jika dunia ini rata, pastinya pertukaran malam kepada siang dan siang kepada malam akan berlaku secara tiba-tiba..

Ayat Al-Quran di bawah juga menceritakan tentang dunia yang berbentuk sfera.

Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar ; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam.
(Surah Az-Zumar: 5)


Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah "kawwara" yang bermaksud menutup, sebagaimana serban menutup kepala. Penutupan secara "kawwara" yang bersilih ganti hanya boleh berlaku jika dunia ini berbentuk sfera.

Dunia ini sebenarnya bukanlah bulat seperti bola, tetapi "Geo-Spherical", iaitu dunia ini mendatar di Kutub Utara dan Selatan. Ini dijelaskan dalam ayat Al-Quran di bawah;

(Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya)
(Surah An-Naazi 'aat: 30)

Perkataan Arab "dahaaha" di sini bermaksud telur burung unta. la juga bermaksud sesuatu yang luas terbentang ( seperti dalam tafsiran, Yusuf Ali). Bentuk telur burung unta pula menyerupai bentuk bumi, iaitu bentuk "Geo-Spherical".

Oleh itu, Al-Quran dengan tepatnya menjelaskan bentuk sebenar bumi, walaupun manusia pada masa Al-Quran diturunkan mempercayai bahawa dunia ini berbentuk datar.


Siapakah yang mungkin mengetahui ttg mekanisme menggerakkan alam ini jika bukan Pencipta?

Point kedua, sains membuktikan bahawa siapa layak jadi Tuhan dan siapa tidak.

Sains membuktikan bahawa alam ini mempunyai jisim, masa dan ruang (time, mass and space)
sekiranya kita kecutkan alam ini, membutktikan bahawa semua yang ada di alam ini tidak layak diangkat sebagai Tuhan kerana punya jisim, masa dan ruang. betul?

Allah wujud sebelum, selepas dan semasa alam dicipta. sedangkan apa yg disembah oleh manusia hari ini (baca : bukan Islam) terikat dengan jisim, masa dan ruang.

Sains sendiri membuktkan bahawa semua ini tidak layak disembah melainkan sesuatu yg diluar 3 elemen tadi.

kita setuju, God not bounded by time.

Sudah tentu, Allah adalah pencipta kerana Allah tidak terikat dengan jisim, masa dan ruang.

Sebagai contoh, Jesus mempunyai jisim, ruang dan masa.

Jesus dilahirkan (masa:permulaan)
Jesus membesar (jisim & ruang : ketinggian, berat badan)

jadi, Jesus tidak layak disembah sebagai Tuhan.

Begitu juga dengan sembahan2 lain kerana terbukti punya elemen2 tadi.

Sains dan logik telah membuktikan bahawa siapa layak menjadi Pencipta dan siapa tidak dan tanda2 kewujudan Tuhan yakni Allahu Ahad.

Wallahualam bisawab



credit: Harun Yahya




Tuesday, March 16, 2010

Infidels




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

1. Katakanlah (Muhammad), "Wahai orang-orang kafir!
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah.
4. dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, untuk aku agamaku."

Surah Al Kafirun Ayat 1-6


Ketika berdiskusi dgn seorg kenalan menerusi laman sosial Friendster dalam group Islam, Christian, Buddhist, Hindu which one is true? tidak lama dlu, apa yg menarik dlm perbincangan kami ialah penggunaan perkataan kafir dikalangan masyarakat Islam terhadap bukan Islam.

Menurut Brother Brent yang berketurunan Cina Filipina dan menetap di Amerika Syarikat, beliau yang juga penganut Protestant bertanya kpd saya

"what u muslim call us (non muslim)?"

saya jwb, "infidels or non believer"

Brent, "but we call u (muslims), brothers.."




pemahaman mengenai apa itu infidels atau kafir masih cetek pd saya. saya tidak mengetahui apakah perkataan yang lebih sesuai memandangkan ianya dibenam dlm pemikiran saya dan kebanyakan rakan lain bahawa bukan Islam itu kafir.

Perkataan kafir atau infidels ini sebenarnya tidak layak ditujukan kepada SEMUA bukan Islam. Ini kerana, perkataan kafir yg dipanggil Allah dalam Surah Al Kafirun merujuk kpd org2 bukan Islam yg telah dtg kepadanya KEBENARAN dan mereka yang mengetahui akannya, sengaja menutup kebenaran itu dan menolaknya.

Nah, inilah org KAFIR sebagaimana sepatutnya.

Di Malaysia sendiri, majoriti penduduk bukan Islam yg sebilangan kita label sebagai kafir sebenarnya belum pernah sampai kepadanya kebenaran yakni syahadah dan mentauhidkan Allah.

Bagaimana boleh kita label mereka kafir sedangkan kebenaran tidak pernah smpai kepada mereka?

Dan siapakah yg bertugas utk menyampaikan kebenaran ini?

meyakini bahawa setiap yang lahir sebagai Muslim akan kekal Muslim dan yang lahir bukan Islam akan mati sebagai bukan Islam adalah silap.

Allah itu Maha Adil.

Dalam pada berusaha utk mensejahterakan akidah dan mensahihkan ibadah, menjadi tugas kita utk menyampaikan kebenaran.

Pesan Nabi SAW dlm sahih Bukhari, sampaikan bagiku walau satu ayat.


Moga mulai saat ini kita berhenti memandang saudara bukan Islam kita sebagai kafir atau musuh sebaliknya melayan dan melihat mereka sebagai saudara dan menunaikan hak2nya sebagai saudara.

Tertarik saya dgn ulasan sahabat blogger, Bro Mamai, katanya

andai musuh dilayan seperti saudara, pasti dianya menjadi saudara..


renungan utk diri sendiri dan semua khususnya



Wallahualam bisawab



Sunday, March 7, 2010

Hinduism


Kitab Hindu memperakukan Tuhan yang satu. Menurut kitab Juvedas, Tuhan tiada ibubapa dan kitab itu juga melarang menyembah barang semulajadi dan buatan tangan. Ianya bertentangan dgn amalan penganut Hindu kini.

Berikut merupakan nama2 tuhan yg dipercayai oleh penganut Hindu

SAIVAM - Siva

VAISHNAVAM - Vishnu

SOWRAM - Matahari

KOUMARAM - Murugan

GANAPATHIYAN - Ganapathi

SHAKTI - Sakti


Konsept Trimurti (3 Tuhan) dalam ajaran Hindu

- Pencipta

BRAHMA

- Pentadbir

VISHNU

- Pemusnah

SHIVA


Ajaran Hindu memperakui EK TUAM atau 1 Tuhan. Ironinya, mereka menyembah beberapa tuhan dalam kehidupan mereka

Menurut ajaran ini juga, konsep ISTHA DEVA masih digunapakai. yakni konsep SUKA TUHAN. ini bermakna, penganutnya boleh memilih tuhan mana yg mereka suka dan mahu sembah.

Konsep THIRUMANDIRA menekankan ttg penegahan perayaan Thaipusam. Namun, perayaan ini masih diterima dan diamalkan.

Menurut kitab THIRUARUYPA

Karpanai Kandetha
JOTHI karunai Yeh
oruvam Aagi

yg membawa maksud

Tuhan berupa Nur dan tidak dpt dibayang rupanya, sifatnya berupa Rahman dan Rahim.


**************

Ajaran Hinduism menerusi kitab2 lama menekankan ttg tuhan yg 1 namun penganutnya tidak menerima pakai apa yg tlh termaktub dalam kitab mereka. Ini krn, penganut itu sendiri tidak membaca kitab mereka krn kitab2 itu dikarang dalam bahasa Sanskrit yg sukar diterjemah. Inilah terjadi kpd umat Islam skrg yg tidak mmbaca Al Quran. Bagaimana isi kandungnya hendak difahami dan dihayati.

Wallahualam bisawab

Thursday, March 4, 2010

Thank you Allah


Mari mengingati Allah


Dalam surah Taha 20:14, ada disebutkan:

"..dan dirikanlah solat utk mengingati Aku."



"Kalau saya bagi awak RM1 juta, apa perasaan awak?"

Jawapan yg mesti diberikan:"Mestilah suka!"

So saya tanya lagi, "apa yg awak akan buat lps tu bila setiap kali jumpa saya?"

Dia jawab, "Mestilah saya berterima kasih sangat2 kat awak."

Kali ni saya tanya dia lagi "kalau saya bagi RM 1 juta kat awak.. tapi dengan 1 syarat.. keluarkan kedua2 biji mata awak.. nak tak?"

Jawapan yg confirm diberikan, "mana boleh!"

Saya offer dia lagi, "Kalau saya tambah lagi jadi RM 2 juta camna?"

Jawapan dia mesti: "Tak boleh!"

So, saya reply balik, "Maknanya mata awak ni lebih bernilai drp RM 2 juta.. Siapa yang beri awak mata? siapa yg beri awak telinga? siapa yg beri awak mulut? siapa yang beri awak rezeki? siapa yg beri awak ilmu? siapa yg beri awak oksigen utk bernafas?"


Jawapan dia, "Tuhan."



Saya sambung lagi, "Kalaulah saya bg awak RM 1 juta tadi, awak dah nak terima kasih kat saya banyak2, ni kan pulak Tuhan yg berikan awak segala2 yg jauh lebih bernilai drp itu.. cukupkah dgn hanya 5 kali sehari kita ingat Dia.. sedangkan kita terima nikmat Tuhan yang x ternilai harganya tiap2 hari..?? sepatutnya x cukup.."



nota

kita selalu mengingkari Allah
tp sedikitpn Dia tk balas dgn menarik nikmatNya dr kita
Dia beri kita ruang
Dia beri kita pluang
dan kita masih mahu mencari redho selain Dia

utk diri ini dan semua





Wednesday, March 3, 2010

Benarkah Al-Quran lebih memuliakan Jesus berbanding Muhammad?


Soalan:


di dalam Al-Quran hanya menyebut tentang Nabi Muhammad sebanyak 5x shj tp Nabi Isa sebyk 25x, jd disini mereka (orang2 kristian) katakan Nabi Isa lebih hebat ..


source: abumeow@yahoogroups


Jawapan:



1) Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.




Apabila kita bercakap dengan seseorang, kita jarang sekali menyebut nama orang tersebut. Kita akan lebih menggunakan kata ganti nama kedua seperti 'awak,' 'anda,' 'you,' 'kamu,' dan sebagainya. Tetapi apabila kita bercakap berkaitan dengan pihak ketiga, kita akan lebih menggunakan nama orang tersebut.


Dalam kes ini, al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Itulah sebabnya nama Nabi Muhammad kurang digunakan. Tetapi banyak kata ganti nama kedua seperti 'kamu' yang merujuk kepada Nabi Muhammad. Apabila Allah bercakap tentang Nabi Isa AS, nama baginda digunakan kerana beliau adalah pihak yang ketiga.


2) Adakah syaitan lebih hebat??


Di dalam al-Quran dan juga bible, syaitan lebih banyak kali disebut/diulang jika dibandingkan dengan nabi Isa AS. Adakah ini bermakna syaitan lebih hebat??


Sebenarnya logik ini tidak boleh dipakai. Bilangan ulangan (repetition) nama seseorang tidak menunjukkan siapa yang lebih hebat.
nota:
Isa ibnu Maryam merupakn sebahagian dr rasul Allah. sebarang jwpn kpd non muslim atau penjelasan mengenainya hendaklah tidak merendahkn atau membandingkn kedua2nya. soalan di atas selalunya digunakn oleh golongan yg mahu menjatuhkn Islam. Apabila kita terperangkp dn menjawab Muhammad lebih hebat, ini bermakna kita telah merendah dn membeza2kn nabi utusan Allah. Hanya Dia yg layak menilai. dan hanya Dia yg mengetahui

Tuesday, March 2, 2010

Why?

"Kenapa perempuan muslim mesti pakai tudung?"



"Kenapa orang Islam tak boleh makan babi?"



"Kenapa kena solat lima kali sehari?"



"Kenapa kena puasa sebulan ramadhan?"



"Kenapa orang Islam hanya boleh makan sembelihan orang-orang Islam dan ahli kitab?"



"Kenapa orang Islam tak boleh minum arak?"



Hikmah


Ramai orang suka memberikan hikmah atau reasons bagi soalan-soalan sebegini. Namun, kita sebenarnya tidak mengetahui sebab sebenar mengapa Allah menyuruh atau melarang sesuatu perkara melainkan yang diterangkan olehNya sendiri.

Contoh:

“Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu
agar kamu bertakwa.
(Al-Baqarah 2:183)

“…Dan dirikanlah solat;
sesungguhnya solat itu
mencegah daripada perbuatan keji dan munkar…”
(al-Ankabut 29:45)

“…Dan dirikanlah solat
untuk mengingatiKu…”
(Taha 20:14)

Tidaklah menjadi kesalahan untuk kita menerangkan hikmah-hikmah di sebalik sesuatu larangan atau suruhan samaada dari segi logic mahupun saintifik. Namun, kita tidak boleh mengatakan secara pasti bahawa hikmah-hikmah itu adalah sebab utama Allah melarang atau mewajibkan sesuatu.


Obedience is blind



Islam adalah agama yang unik. Seperti dijelaskan beberapa kali sebelum ini, kepercayaan dalam Islam adalah tidak secara membutatuli. Ia adalah berdasarkan hujah dan bukti yang jelas. Faith is not blind.

Akan tetapi, dalam perkara ketaatan, kita mengikut perintah dan larangan Tuhan secara membutatuli. Obedience is blind.


Adakah ini logik?


Katakan kita mengambil seorang budak kecil sebagai contoh. Ibu bapa budak itu melarangnya daripada bermain di tepi jalan dan melarangnya bermain dengan api.



Tetapi pada pandangan budak itu, perkara-perkara tersebut 'best' dan menyeronokkan. Dia menangis apabila ibu bapanya melarangnya daripada melakukan perkara-perkara tersebut.

Ini kerana, budak tersebut tidak tahu bahawa perkara-perkara tersebut adalah merbahaya dan boleh mendatangkan mudarat ke atas dirinya. Ibu bapanya tahu. Mereka tetap melarang budak itu.

Apabila budak itu telah cukup umur, ibu bapa budak itu menghantarnya ke sekolah.



Tetapi pada pandangan budak itu, main lebih ‘best’ daripada belajar di sekolah. Pembelajaran di sekolah membosankan.

Dia tidak tahu kepentingan mendapat pendidikan di sekolah. Ibu bapanya tetap menghantarnya ke sekolah kerana mereka mahukan masa depan yang baik bagi budak tersebut.


Tuhan Maha Mengetahui


Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia Maha Mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk bagi manusia. Disebabkan kasih-sayangNya terhadap manusia, dia menyuruh kita melakukan perkara yang penting bagi kita dan meninggalkan perkara yang buruk.

“(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul,
Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis
di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang
menyuruh mereka mengerjakan yang baik
dan melarang mereka dari mengerjakan yang buruk
dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik
dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk
dan membuang dari mereka beban-beban
dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.
Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya
dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur'an),
mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(al-A’araaf 7:157)

Selalunya hikmah bagi sesuatu suruhan atau larangan itu dapat dilihat oleh manusia. Tetapi mungkin adakalanya akal manusia tidak mengetahui hikmah di sebalik sesuatu suruhan atau larangan tersebut. Walaupun begitu, disebabkan keimanan kita terhadap Allah yang tidak membuta-tuli, kita patuh terhadap perintah Allah.

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.
Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan
tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit"."
(al-Isra’ 17:85)

Itulah sebabnya, ketaatan seorang Muslim terhadap perintah Allah adalah secara membutatuli. Our obedience is blind.

“Sesungguhnya jawaban orang-orang mu'min,
bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya
agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan:
"Kami mendengar dan kami patuh."
Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(an-Nuur 24:51)

credit: source

You may interest

Blog Widget by LinkWithin