Baru-baru ni seorang jiran saya yang hanya dikenali sebagai Uncle Lim meninggal dunia. Uncle Lim seorang yang baik. Gemar membantu jiran yang dalam kesusahan. Kebaikannya disenangi oleh ramai orang.
Dilahirkan dalam keluarga cina di kampung Melayu, jadinya Uncle Lim sudah biasa dengan orang Islam. Perkataan macam alhamdulillah, asalamualaikum dan inshaAllah sudah menjadi percakapan biasa baginya. Niatnya bukan untuk mempersenda tapi lebih kepada terbiasa disebabkan pergaulan sehariannya disekeliling masyarakat Muslim.
Seringkali jiran-jiran bercerita tentang Uncle Lim yang pernah meluahkan hasrat untuk memeluk Islam. Namun, mungkin sangsi dan menyangka niatnya main-main maka sehinggalah hari matinya, Uncle Lim masih bukan Islam. Memeluk Islam bagi mereka rumit kerana terpaksa mencari masa membawa (bakal) mualaf ke pejabat agama yang jauh dan mengisi borang yang pelbagai. rumit sekali.
Akan tetapi, sebenarnya memeluk Islam tidak memerlukan itu semua. Cukuplah bersaksi Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Maka Islam lah dia itu. Dan sesiapa juga boleh mengislam seseorang yang lain. Tak perlu melalui suatu proses rumit dan menyusahkan. Kerana Islam itu menyenangkan.
Malangnya, kerenah birokrasi dan sikap kita menyebabkan seseorang itu yang sepatutnya mendapat cahaya hidayahNya mati dalam keadaan tidak beriman.
Ajal, takdir dan hidayah itu tidak seharusnya dijadikan alasan atau penyebab untuk menutup kelemahan kerana kita pernah diberikan peluang. seharusnya tidak dipersiakan. selebihnya urusan Dia.
Semoga kita dapat selamatkan ramai lagi Uncle Lim di luar sana dan muslim yang masih jauh dariNya.
Kerana Islam bukan hanya untuk kita.
Untuk diri ini khususnya.
Disclaimer
This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.
Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya PERKIM Ampang.
Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya PERKIM Ampang.
Tuesday, November 22, 2011
Monday, October 24, 2011
Muslims love Jesus too
Beberapa tahun lepas, saya berkesempatan sertai satu kumpulan perbincangan mengenai perbandingan agama secara online. Terdapat ramai mubaligh Kristian dan Islam yang menyertainya termasuk dari kalangan atheist, agnostic,Yahudi, Buddhist dan Hindu.
Perbincangan ini sangat menarik kerana semua pihak berpeluang mengemukakan bukti dan pandangan masing-masing. Antara yang aktif ialah BrentneedsGod dan Imran Azwan - mahasiswa perubatan Malaysia di sebuah universiti Indonesia.
Ketika perbincangan berlanjutan berbulan-bulan dengan kedua pihak mengemukakan bukti dan pandangan masing-masing, muncul seorang Muslim yang memaparkan gambar2 bukti kebesaran Allah sebagai counter kepada isu yang ditimbulkan yakni, Buddhist, Islam, Christian, Jews and Hindu Which one is TRUE?
Tanpa sebarang penjelasan yang konkrit, dia menunjukkan berpuluh keping gambar nama2 Allah yang dirakamkan terdapat pada badan binatang, buah-buahan, pokok, pusaran air laut dan macam-macam lagi. Ironinya, salah seorang mubaligh Kristian kemudiannya menunjukkan pula gambar bukti kebesaran Jesus di pokok, angkasa, buah-buahan, makanan, air laut dan lain-lain kepada kami.
Persoalannya di sini, adakah ini bermakna Jesus itu benar (sebagai Anak Tuhan @ Tuhan)?
Atau juga bermakna Allah itu tidak benar (dengan adanya bukti gambar kebesaran Jesus)?
Dalam sifir dakwah, kita perlulah berhemah dan bijak sebagaimana pendekatan Nabi Muhammad SAW. Menggunakan gambar keajaiban Allah lebih sesuai ditunjukkan kepada golongan Muslim yang telah teguh Islamnya sebagai cara memperkukuhkan lagi akidahnya. Tetapi tidak relevan untuk ditunjukkan kepada non Muslim yang masih tertolak keimanannya terhadap Islam. Jika gambar-gambar ini dijadikan ukuran atau sumber utama, bermakna kita telah tewas sebelum berjuang. Kesilapan besar di sini menunjukkan kedangkalan kita dalam berdakwah perbandingan agama. Dan sekiranya menjadikan ia (gambar) sebagai point untuk mematahkan hujah, kita silap.
Sedangkan Islam itu jelas dan benar. Buktinya adalah Al Quran dan Sunnah. Namun non Muslim tidak mempercayai Al Quran apatah lagi AsSunnah.
Cara yang terbaik ialah gunakan apa yang mereka sendiri percaya yakni - Bible
Patahkan hujah mereka menerusi kekeliruan yang dipaparkan dalam Bible.
Pesan seorang tokoh dakwah perbandingan agama, carilah dulu persamaan sebelum kita tunjukkan perbezaan. Dan kuncinya apa yang mereka sendiri sayang dan percaya, yakni Jesus Christ atau apa yang kita percaya dan sayangi - Nabi Isa a.s
Wallahualam.
Bersambung
Labels:
Da'wah,
Debat Hikmah,
Muslims Love Jesus
Friday, October 7, 2011
Kisah segelas air
Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. ''
Hadith 40
Dalam Islam, yang haram itu sedikit cuma sementara yang halal itu luas. Namun, ramai daripada umat Islam di 'highlight' kan dengan perkara-perkara haram yang kecil ini supaya Islam kelihatan jumud dan kebelakang.
sebagai contoh dalam bab bercinta atau hubungan di luar perkahwinan. Islam melarang lelaki dan wanita bergaul diluar batasan kerana boleh membawa ke arah zina dan maksiat yang merosakkan diri, keturunan dan iman. dalam masa sama Islam menggalakkan sebuah perkahwinan bagi mengatasi permasalahan ini. yang diharamkan cuma sebelum berkahwin, selepas segalanya sah dan halal, ianya tidak lagi menjadi isu.
begitu juga dengan halnya berkaitan makanan dan minuman. Allah melarang kita memakan babi dan semua binatang yang tidak disembelih dengan nama Allah mengikut syarat tertentu. akan tetapi, sekiranya binatang ini disembelih (melainkan babi yang diharamkan terus) maka tidak menjadi masalah buat umat Islam menikmatinya. contoh lain ialah alkohol. hanya minuman beralkohol dilarang dan yang lain dibenarkan.
malangnya skop yang halal dikecilkan manakala yang haram itu diperbesarkan seolah-olah Islam agama yang jumud, draconian, menindas dan kebelakang.
sebagai contoh, jika kita melihat gelas berisi air ini. apakah agaknya rumusan yang dapat kita katakan?
Jika ianya rumusan yang positif maka itulah sebenarnya yang kita sebagai umat Islam perlukan dalam memperbetulkan stigma negatif terhadap agama sendiri. positifkan diri terhadap Islam.
dan
sekiranya rumusannya negatif maka itulah sebenarnya yang masih ligat dikepala kita yang harus dibuang jauh-jauh kerana ianya bakal membunuh perkembangan Islam dan menitik saki baki jahiliah dalam diri anak-anak kita nanti.
Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul
Wallahualam
untuk diri ini khususnya -
Wednesday, September 7, 2011
Bolehkah bukan Islam ke syurga?
Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula).
Surah Ar-Ra’d : 35
Ketika menyertai satu dialog bersama kumpulan internet yang disertai penganut dari agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan juga atheist serta agnostic, saya tertarik dengan persoalan mengenai neraka dan syurga.
Kebanyakan agama di dunia percaya akan kewujudan dua tempat ini. Begitu juga dalam Islam. Kita dijanjikan ganjaran syurga sekiranya taatkan perintah Allah dan juga balasan neraka bagi yang ingkar.
Adilkah syurga untuk umat Islam dan neraka bagi bukan Islam walaupun seseorang bukan Islam itu banyak melakukan kebaikan di dunia sepanjang hayatnya?
Analoginya begini.
James dan Bruno masing2 pengguna petrol syarikat Petro. James menggunakan sebuah motosikal 110cc manakala Bruno memiliki sebuah kereta mewah. Setiap hari James dan Bruno akan mengisi minyak di Petro. Satu hari, tuan punya stesen minyak menawarkan kad ganjaran ABC buat pengguna setianya. Sesiapa yang menggunakan minyak boleh menebus mata di Petro dengan syarat memiliki kad ABC terlebih dahulu. Bruno tidak berminat walaupun berkali-kali ditawarkan. Baginya, beliau cuma mahu menggunakan minyak dan kurang berminat dengan ganjaran yang ditawarkan. Setiap hari Bruno membelanjakan lebih Rm100 untuk isian petrol. Berbeza dengan James yang hanya berbelanja RM10 sehari untuk petrol dan memiliki kad ABC.
Sampai satu masa yang dijanjikan, pemilik Petro mengumumkan ganjaran sebuah rumah banglo mewah mengadap tasik buat pelanggannya yang setia. James bertuah kerana menjadi pelanggan yang setia dan hadiah itu menjadi miliknya. Hal ini menimbulkan kemarahan Bruno yang mendakwa berbelanja saban hari beratus ringgit dan sepatutnya beliau berhak menerima ganjaran banglo tersebut bukannya James.
Kesimpulannya mudah, Bruno cuma melanggan di syarikat Petro tapi tak pernah berminat untuk memiliki kad ganjaran ABC supaya melayakkan dia menerima ganjaran kelak dari pihak Petro. Berbanding James yang cuma berbelanja 10% dari jumlah Bruno untuk isian petrol tetapi memiliki kad tebus ganjaran yang membolehkannya menerima ganjaran lumayan.
James: umat Islam
Bruno: Bukan Islam
Kad ABC: kalimah syahadah.
I bear witness that there is no deity except Allah, Who has no partner, and Muhammad is His slave servant and messenger
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah (debu yang halus) nescaya dilihatNya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dilihatNya.
(Surah Al-Zilzal, ayat 7-8)
Kunci kepada syurga dan neraka ialah kalimah yang membesarkan Allah, menolak Ilah selain Allah sebagai Maha Pencipta, Tuhan yang layak disembah dan pengakuan Rasulullah SAW sebagai Pesuruh Allah.
Kepada sahabat bukan Islam sekalian, kunci untuk kalian ke syurga Allah adalah kalimah ini. Kalimah agung yang menjarakkan antara kamu dengan syurga Allah. Sesungguhnya tiada yang lebih adil selain ALLAH SWT. Dan kepada sahabat muslim yang dikasihi, mengakui kalimah syahadah bukanlah tiket untuk kita melupakan segala suruhanNya dan melakukan laranganNya kerana sesungguhnya Allah itu Tuhan Maha Adil.
untuk diri ini khususnya.
Tuesday, August 23, 2011
Frequently Asked Questions (FAQs)
Pendakwah perbandingan agama tersohor, Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat mengklasifikasikan beberapa alasan mengapa non muslim tertolak terhadap Islam.
**********
1. Nabi Muhammad SAW dituduh fidofil
Bukan Islam tidak dpt menerima manusia agung ciptaan Allah adalah Nabi Muhammad SAW. Pelbagai kisah direka oleh mereka dlm pada mahu menjatuhkn maruah baginda. Kisah pelbagai versi yg menjadi fitnah ini nyata menjadi kunci mengapa Islam tidak diterima sebahagian cendekiawan dan ilmuwan Barat.
Baginda dituduh fidofil atau lpencabul kanak2 perempuan krn mengahwini seorg kanak2 bawah umur - Aishah r.a
Apa agaknya jawapan anda?
2. Poligami
Baginda juga dituduh gila seks atau sex maniac krn mengahwini berbelas isteri (sedangkn diriwayatkn isteri2 baginda tidak lebih 7 org dan hanya seorg saja anak dara yakni Aishah selebihnya janda dan ibu tunggal)
Barat mengiktiraf monogami dan menolak poligami krn mendakwa menjatuhkn maruah wanita. Ironinya, di Barat, seks bebas dijadikan kayu pengukur peningkatan maruah wanita dan terdapat beribu2 wanita yg tidak berkahwin.
Islam membenarkn poligami namun terdapat beberapa syarat yg wajib dipenuhi antaranya mampu dan boleh berlaku adil.
Poligami merupakan salah satu kemudahan yg ada dlm agama Islam. Poligami juga dibenarkn diamalkan sekiranya mengikut syarat2 yg ditetapkn dlm agama Islam. Lelaki tk boleh mengamalkn poligami sekiranya tidak menepati syarat2 terbabit.
Di negara Barat, poligami ditolak krn menindas kaum wanita. ironinya, di negara2 maju spt Eropah dan Amerika Syarikat, nisbah wanita kpd lelaki semakin tggi dan ini sbnrnya permasalahan yg sukar dijawab oleh para cendekiawan Barat.
Sekiranya wanita lebih ramai dpd lelaki, cthnya jumlah lelaki 1 juta org manakala wanita 1.2 juta org. Sekiranya hanya monogami dibenarkn, kemungkinan 200 ribu wanita tidak akan bersuami.
Dan apakah penyelesaian bg masalah mereka ini?
1. Perempuan simpanan
Lelaki yg mempunyai kemampuan lebih dr segi nafsu seks dan wang akn menyimpan wanita sebagai simpanan mereka. Sekiranya melahirkn anak luar nikah sekalipn, anak itu tidak akan diiktiraf. Lahirlah ramai 'Bastard' dan inikah penyelesaian terbaik bg wanita Barat?
2. Touch n go
wanita berkhidmat sbg pelacur dan memberikn khidmatnya ditukar ganti dgn wang ringgit. apakah menjadi pelacur lebih mulia pd pandangan barat?
3. Lesbian
Disebbkn nisbah wanita lebih rmai, maka perkahwinan sejenis atau lesbian dibenarkn atas alasan kemanusiaan. meskipn ianya melanggar fitrah manusia. adakah ini penyelesaian bijak bg wanita2 Barat?
Islam membenarkn poligami bg mengatasi mslh spt ibu tunggal dan balu serta anak2 yatim. Lelaki Islam digalakkan mengambil wanita2 ini sebagai isteri mereka bg mendidik dan menjaga mereka.
Nabi Muhammad SAW sendiri berkahwin dgn janda kecuali dgn Aishah r.a
Di barat kini, berlumba2 wanita mengaku menjalin hubungan seks dgn selebriti lelaki terkenal spt David Beckham, tiger Woods, John Terry, Ashley Cole dan sebagainya..
Barat menentang poligami. sedangkn poligami adlh penyelesaian terbaik segala mslh yg disebutkn diatas.
sekiranya poligami dibenarkn, nescaya maruah wanita akan lebih terbela dan dipandang tggi..
3. Pembahagian harta pusaka - hukum faraidh
Lelaki menerima 2/3 dari bahagian pusaka manakala wanita cuma sepertiga.
Logiknya, ia dilihat tidak adil krn seolah2 meminggirkn hak wanita. Terdapat double standard dalam Islam.
Ironinya, lelaki diberikn hak lebih krn punya tggjwb terhadap ibubapa, isteri, saudara perempuan dan tanggungannya sedangkn wanita berkuasa mutlak ke atas sepertiga harta yg diterimanya tnpa boleh diusik hatta si suami dan anak2 tnpa izinnya.
4. Perang & Keganasan
Islam dituduh menganjurkn keganasan. Perkara ini ada asasnya apabila muncul kumpulan militan yg cuba membusukkan nama Islam atas dasar jihad dan perjuangan. Kumpulan ini nyata memberi imej negatif terhadap Islam sehinggakan di Amerika Syarikat, lelaki berjanggut dilayan dgn buruk sekalipn dianya seorg sikh krn keliru antara Islam dan imej lelaki sikh.
Islam tidak pernah menganjurkn peperangan terhadap bukan Islam tnpa sebb yg kukuh. Selagimana pihak yg satu lagi memelihara perjanjian dan kesucian Islam, selagi itulah Islam akan meraikan mereka.
Rasulullah SAW sendiri merangka Piagam Madinah dgn kerjasama suku kaum bukan Islam termasuk Yahudi krn Baginda mengiktiraf kehadiran mereka di bumi Islam. Kes pengeboman di negara2 Islam ke atas tetamu bukan Islam menunjukkan seolah2 Islam memerangi setiap bukan Islam dan sengaja membunuh mereka yg tidak berdosa.
5. Sikap kita - umat Islam
Seorg shbt bukan Islam pernah bertanyakn kpd saya, kenapa ada org Islam yg minum arak, berzina dan tidak menutup aurat?
Jawapannya mudah, "Islam is not what some muslim do. Islam is what all muslim are supposed to do"
Kita menjadi cermin refleksi terhadap pandangan bukan Islam yg menilai Islam berdasarkn umatnya bukan agamanya.
Jadi, sama2lah kita berusaha utk mengembalikn maruah Islam dan memberi contoh baik kpd bukan Islam supaya agama Islam tidak lagi diperkotak katikkan.
Wallahualam.
notakaki
Jangan persoal apa Islam buat utk kita tapi tanyalah apa kita telah buat utk Islam?
Dan cukup-cukuplah dengan sikap Don't blame yourself, blame others.
untuk diri ini khususnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






