Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Showing posts with label Perjalanan Jauh. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan Jauh. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Muslim Customer Service Representative

Ciri2 CSR yang baik adalah memahami dan empathy terhadap khidmat pelanggan dan melakukan perkara yang betul pertama kali dan setiap kali.
Apabila kita perlukan pertolongan dan disambut dengan senyuman dan layanan yang baik boleh membuatkan kita berlapang dada sekalipun masalah itu tidak punya jalan keluar. Setiap orang pernah berurusan dengan CSR dan mempunyai pelbagai versi kisah yang boleh dikongsi.


Namun hakikatnya, dalam pada tidak kita sedar, Muslim sebenarnya merupakan customer service representative kepada agama Islam

Harus diingatkan, gerak geri kita dan kelakuan kita diluar melambang agama yang kita anuti.  Jika berlaku perkara yang baik maka setiap perkara itu akan dinilai sedalam2nya oleh orang sekeliling.

Menjadi CSR bukanlah tugas yang mudah. Berhadapan dengan cabaran yang pelbagai dan keinginan untuk menjadi diri sendiri yang kuat serta tidak mengendahkan impak yang bakal memberi kesan kepada agama Islam secara positif mahupun negatif.

Tugas berdakwah dan menyampaikan Islam bukan tugas hanya para nabi, rasul, ulama, pemimpin dan ustaz2. Ianya tugas hakiki setiap Muslim. Menjadi tanggungjwb untuk kita memberi contoh yang baik bukan hanya kepada non Muslim tetapi juga kepada Muslim sendiri yang memerlukan Customer service skill dari kita.





Dakwah melalui perbuatan pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam kisah tersohor dimana Baginda menyuap makan seorang pengemis buta yang setiaphari meminta orang ramai yang lalu lalang dihadapannya untuk membenci Rasulullah SAW. Namun, dengan sikap profesional serta customer service skill yang ada pada Baginda, akhirnya pengemis tadi memeluk Islam tidak lama selepas kewafatan Rasullullah SAW.

Bertanya Saidina Abu Bakar Assiddiq kepada anak perempuannya Aishah r.a suatu hari selepas diangkat menjadi khalifah.

"Wahai Aisyah, apa lagi perkara yang belum aku laksanakan sebagaimana Junjungan Muhammad SAW?"

Jawab Aisyah, " Rasulullah SAW setiap hari akan ke pasar dan memberi makan kepada seorang pengemis buta"

Saidina tanpa berlengah ke pasar dan menemui pengemis buta terbabit. Beliau menyuapkan pengemis yang dalam masa sama mengherdik Nabi Muhammad SAW.

Tidak lama selepas itu, beliau terdiam dan berkata, "Kamu bukan orang yang sama. Suapanmu kasar"
"Siapa kamu? Orang yang biasa menyuapku makanan menyuapku dengan lembut dan sabar. "


"Benar, aku bukan orang yang sama.Tahukah kamu siapa orang yang menyuapmu selama ini?"


"Tidak."


"Dialah manusia yang kamu caci dan cerca setiap hari, Muhammad, Kekasih Allah. Rasulullah SAW"


"Muhammad? Di mana dia sekarang?"


"Baginda telah wafat. Meninggalkan umat serta alam seisinya."

Sejurus mengetahuinya, pengemis buta tadi menangis dan meminta untuk mengucap dua kalimah syahadah. Beliau memeluk Islam dihadapan Saidina Abu Bakar r.a



***********

Sesungguhnya Rasulullah SAW terlalu profesional dan wajar dijadikan ikutan oleh kita. Jika kita tak mahu ikut Nabi, siapa lagi suri teladan yang lebih baik?

Langkah pertama hari ini, mari mengukir senyuman.
Senyumlah kepada sesiapa yang melihat kalian. Ianya tugas yang berat. Namun kesan dakwahnya besar.


 


Untuk diri ini khususnya

:)

Sunday, November 28, 2010

Memujuk hati yang masih jauh dari Allah

Apabila seseorang itu merasakan ada yang tak kena dengan cara hidup dan kehidupannya sekarang, jalan terbaik adalah berubah.

Berubah atau berhijrah merupakan suatu ruang baru untuk kita berfikir dan meninggalkan segala yang menghalang kita daripada maju dan berjaya.

Begitu juga dalam soal akidah bilamana saudara2 baru kembali kepada fitrah Islam berhijrah meninggalkan agama asal yang tidak memberikan mereka ketenangan jiwa yang hakiki.

Dalam kehidupan, manusia akan sentiasa diuji. Lari dari ujian seolah2 melarikan diri dari medan jihad. Sebesar mana sekalipn ujian yang Allah berikan, sebesar itu jugalah hikmah menanti dan Allah telah bukakan jalan seluas2nya.

Bila diuji, duduk sejenak merenung kembali nikmat2 yang telah Dia limpahkan dibandingkan dengan sekelumit ujian yang Allah titiskan.

Sentiasa belum terlambat untuk berhijrah selagi nafas mampu dihela sedalam dalamnya
Untuk diri ini khususnya




 Selamat Datang Tahun Baru 1432 Hijriah

Monday, November 15, 2010

Takdir & Pilihan

Ketika berkesempatan menziarahi Interactive Dakwah training (IDT)  bulanan yang diadakan baru2 ini, syukur dan terharu melihat beberapa saudara baru yang tekun menambah ilmu mengenai perbandingan agama.

Juga ketekunan dan kegigihan beberapa sahabat yang hadir untuk kelas Kristianiti.

Setiap jalan yang kita lalui itu adalah pilihan kita sendiri. Jika kita memilih jalan maksiat janganlah salahkan takdir kerana hidup ini Allah berikan kita akal untuk mendidik nafsu dan kebebasan memilih.

Menurut kisah seorang sahabat, ketika bersama dengan sekumpulan manusia, beliau terdetik rasa malu untuk mengundur diri ke surau menunaikan solat dan dipandang janggal sedangkan solat itu wajib bagi setiap orang Islam yang berkuasa. Namun digagahi juga kerana mengenangkan ianya tanggungjawab yang wajib ditunaikan sebagai seorang Islam.


*********


Sabda Rasulullah SAW  "Islam itu dimulai dalam keadaan asing, dan suatu saat akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”

Sahabat lalu bertanya “Ya Rasulullah, Siapakah orang asing itu ? Rasulullah menjawab ”Itulah orang yang berbuat baik di waktu manusia berbuat kerosakan

H.R. Muslim 




Sahabat yang dirahmati Allah, mari mengembalikan cara hidup Islam. Kerana Islam bukan sekadar agama semata. Islam adalah cara hidup lengkap.
Moga kamu, saya dan kita semua diteguhkan hati bermujahadah dalam kembali kepada fitrah Islam.
Ameen.

Friday, November 5, 2010

Prophet Muhammad SAW





Video ini membuatkan saya menitiskan air mata mendengarkan kisah betapa cintanya Nabi Muhammad SAW terhadap kita ummatnya.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW. Nabi, Rasul dan Pesuruh Allah yang amat dicintai.

Kami merinduimu

Sunday, October 17, 2010

Fitrah

Seorang sahabat saya berkesempatan utk bertugas sebagai pembantu di wad bersalin sebagai sebahagian dari latihan praktikal.

Bertugas melihat dan menyambut kelahiran merupakan saat yang sangat mengharukan memandangkan ianya salah satu keajaiban Tuhan dalam proses penciptaan manusia.

Menurut sahabat tadi, setiap bayi yang lahir tak kira Islam atau bukan, beliau akan alunkan kalimah Allah - azan dan iqamah sebagaimana yang disyariatkan kepada setiap anak2 yang lahir dalam fitrah.

Setidak2nya perkataan pertama yang didengarinya adalah Allah dan semoga biarpun dianya bakal dibesarkan oleh keluarga bukan Islam kemudian namun dengan izinNya satu hari nanti kanak2 terbabit akan menjadi manusia yang mencari dan kembali kepada fitrah Islam.


Ya Allah, jadikan kami hambaMU dari golongan yang bersyukur.
Ameen



 "Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur." 

Surah An-Nahl : 78

Saturday, September 18, 2010

Liku

 
Bila seorang soleh cuba utk masuk ke dalam satu kumpulan manusia yang penuh kebatilan
pengakhirannya dua

pertama

berjaya menarik mereka ke arah kebaikan
menunjukkan jalan yang lurus
menjadi panduan dan rujukan 

kedua

hanyut dalam kebatilan
terbuai2 dengan maksiat
lupa pada matlamat asal




Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka anggaplah ia musuhmu , kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. 
35 : 6

Thursday, September 9, 2010

1 Syawal kembali

Aslmualaikum

Raya yang tiba saat terbaik utk berkumpul dan melupakan segala sengketa lama
Moga ukhwah sesama insan terjalin dan bertambah erat.

Hati2 pulang memandu dan keluar beraya.

Selamat menyambut Aidilfitri buat semua
Maaf zahir batin

Taqabbalallahu Minna WaMinkum (Semoga Allah menerima amalan kami & kamu).

=)


Monday, April 26, 2010

Kita vs Mereka

Sejak kecil, kita ditakutkan dgn gerakan2 Kristianiti dan yahudi.

Apa yg menyedihkan dakyah ini direka2 oleh org Islam sendiri dan disampaikan generasi ke generasi..
sebagai cth :

Holy Water - tidak benar sama sekali dakwaan air ini mengandungi jampi utk memurtadkn org Islam sedangkn mereka sendiri (Kristian) tidak meminumnya.

Ibubapa bimbang dgn anak2 yg mgkin terpengaruh dgn elemen yg menjurus kpd murtad - satu aspek yg paling dan perlu dibimbangi.

Akn tetapi apakah yg lebih penting dr murtad?

Pemahaman agama yg jelas. Ibadah yg sahih dan Akidah yg sejahtera.

Terlalu byk isu disebalik semua ini.
Kita bimbang anak2 kita terjerumus dlm perangkap murtad sedangkn kita tidak menyediakn mereka bekalan cukup utk menepisnya.

Sebagai cth, kita membekalkn anak2 kita dgn peta. tapi kita tk sediakn panduan dan bimbingan bagaimana membaca peta tersebut.

Sudah terlalu lama kita takutkan gerakan mubaligh Kristian.
Apakah yg harus ditakuti sekiranya kita yakin bahawa Islam adalah kebenarannya?

Remaja masakini lebih gemar membaca ttg dakyah2 yahudi dn kisah misteri pelan kedatangan Dajal Al Masih namun persediaan ke arah menangkis dakyah dikalangan kita masih kurg dan lemah.

Selepas kita membaca dakyah2 ini apa yg kita lakukan? Sebarkan?
Sedangkan pokok pangkal dan kebenarannya masih belum pasti dn jelas.
Boleh jd kita menyumbang kpd fitnah dan memburukkn agama lain.


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” 

[Al Hujuraat : 6]


Smpai bila kita hanya bimbang dan takut sedangkan gerakan dakwah pihak satu lagi terus maju dan mara.
Kita hanya tahu menepis, menuduh dan berdoa.





Cukuplah dgn ketakutan yg kita cipta ini. 
Mari kembali kpd Al Quran dan AsSunnah


Islam agama yg benar.


 wallahualam bisawab




nasihat khusus utk diri ini 





nota
sy pernah membaca beberapa rencana mengenai dakyah yahudi dn kristianiti yg begitu popular dikalangan remaja skrg. namun, byk yg ditulis tidak berdasarkn kajian yg tepat. Bukan mahu menyokong agama lain, lebih kpd peringatan kpd kita supaya menjaga agama dan akidah kita dlm ms sama berhenti menfitnah agama org lain. Dakwah dan mesej Islam tidak akn smpai sekiranya kita menuduh org lain apa yg mereka sendiri tk pernah lakukan. Menfitnah dan memburukkan agama org bukan ajaran Islam apatah lg tnpa bukti dn sumber yg sahih.

Allah Lebih Mengetahui.

Wednesday, April 7, 2010

IDT

Sabtu ini, selepas program Interactive Dakwah Training (IDT) Fasa 1 di Masjid Bukit Indah Ampang Jaya, dgn izin Allah akn ada beberapa saudara baru dgn sepenuh hati berhasrat mengungkapkn dua kalimah syahadah

tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah dn Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah

Sepanjang meniti perjalanan jauh ini, pengalaman menjadi saksi pengislaman adalah detik yg paling indah pernah sy lalui.

Semoga Sabtu ini segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Moga kita sama2 tidak lupa utk sentiasa memperbaharui syahadah dn muhasabah diri di mana kedudukan kita pd jalanNya.

Semoga kita sama2 dibawah lindungan dan limpahan barakahNya. Ameen.

Thank You Allah


Wallahualam bisawab. Aslmualaikum.




nota:
Al Fatihah buat mangsa gempa Sumatera.



Wednesday, March 17, 2010

Salam oleh non Muslim

Tidak lama dulu, ketika seorg jiran bertandang ke rumah, Makcik R berkata beliau tidak senang dengan jiran kami, Lim yang kerap memberi salam kepadanya. Menurut Makcik R, haram baginya menjawab salam Lim dan begitu juga Lim memberi salam.

Benarkah salam hanya utk sesama Islam saja? Benarkah dakwaan bahawa bukan Islam tidak boleh memberi salam?

jawapannya telah Allah jawab dlm Al Quran lebih 1400 tahun lalu.


Dan apabila kamu dihormati dgn suatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (penghormatan itu, yang sepadan) dengannya. Sungguh Allah memperhitungkan segala sesuatu

Surah An Nisa' Ayat 86


Dalam konteks Malaysia, kita tidak didedahkn dgn amalan memberi salam kepada bukan Islam. Malah, kita sendiri teragak2 utk memberi salam ketika menjawab panggilan krn bimbang pemanggil tadi bukan beragama Islam.




Adakah satu kesalahan mendoakan kesejahteraan saudara2 kita?

Sekiranya seseorg bukan Islam memberi salam, jawablah dgn baik dan berlapang dada. Ini adalah cara terbaik berdakwah kpd mereka ttg kebenaran.

sebagai contoh -

Yap : Asalamualaikum brother

Luqman : Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh Yap. Terima kasih. Yap, kamu tahu tak maksud salam yang kamu beri tadi?

Yap : saya pn tkpasti sebenarnya. ramai org Islam beri salam, saya pn terikut2.

Luqman : Begini, salam yg kamu berikan tadi

h_jwslm.gif (5573 bytes)

maksudnya, salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu

Yap : jawabnya pula?

h_jwslm2.gif (5542 bytes)

Luqman : Sejahtera kembali ke atasmu dan rahmat Allah satu keberkatan keatasmu.

Yap : Oh, baru saya faham. Terima kasih ya.

Luqman : Yap, mahukah kamu saya ajarkan satu lagi perkataan dlm bahasa Arab yg sangat indah dan besar maknanya?

Yap : Sudah tentu.

Luqman : Lailallahaillallah Muhammadurasulullah.

Yap : Maksudnya?


Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu Pesuruh Allah.


Alangkah indahnya jika kita dapat mengajarkn saudara bukan Islam kita mengenai satu2 maksud itu. Dan yang lebih penting, cari peluang utk menyampaikan kalimah shahadah yakni kebenaran hak Allah.

Sekiranya kita mengherdik atau mencerca mereka, nescaya kebenaran akan semakin jauh dan jauh.

Mgkin tak mampu nk mulakan dengan semua org, mulakan dengan org2 yg terdekat dengan kita. Salam seperti good morning atau hi juga satu permulaan yang baik. Tidak semestinya memberi salam cara Islam kerana tahap kefahaman sesetengah org itu berbeza2. Asalkan niat dan penyampaiannya berhikmah serta punya maksud yg baik.


pesanan khusus utk diri ini dan semua


Wallahualam bisawab







nota:

hal ini merupakan isu fiqh. mgkin ramai yg tk sependapat dgnnya. saya bukakan pandangan dan pembetulan sekiranya tidak bersetuju mengenainya. mengenai rujukan hadith, pkr ini juga ditulis setelah dirujuk kpd hadith Sahih Bukhari, Jilid ke3.

Thursday, March 4, 2010

Thank you Allah


Mari mengingati Allah


Dalam surah Taha 20:14, ada disebutkan:

"..dan dirikanlah solat utk mengingati Aku."



"Kalau saya bagi awak RM1 juta, apa perasaan awak?"

Jawapan yg mesti diberikan:"Mestilah suka!"

So saya tanya lagi, "apa yg awak akan buat lps tu bila setiap kali jumpa saya?"

Dia jawab, "Mestilah saya berterima kasih sangat2 kat awak."

Kali ni saya tanya dia lagi "kalau saya bagi RM 1 juta kat awak.. tapi dengan 1 syarat.. keluarkan kedua2 biji mata awak.. nak tak?"

Jawapan yg confirm diberikan, "mana boleh!"

Saya offer dia lagi, "Kalau saya tambah lagi jadi RM 2 juta camna?"

Jawapan dia mesti: "Tak boleh!"

So, saya reply balik, "Maknanya mata awak ni lebih bernilai drp RM 2 juta.. Siapa yang beri awak mata? siapa yg beri awak telinga? siapa yg beri awak mulut? siapa yang beri awak rezeki? siapa yg beri awak ilmu? siapa yg beri awak oksigen utk bernafas?"


Jawapan dia, "Tuhan."



Saya sambung lagi, "Kalaulah saya bg awak RM 1 juta tadi, awak dah nak terima kasih kat saya banyak2, ni kan pulak Tuhan yg berikan awak segala2 yg jauh lebih bernilai drp itu.. cukupkah dgn hanya 5 kali sehari kita ingat Dia.. sedangkan kita terima nikmat Tuhan yang x ternilai harganya tiap2 hari..?? sepatutnya x cukup.."



nota

kita selalu mengingkari Allah
tp sedikitpn Dia tk balas dgn menarik nikmatNya dr kita
Dia beri kita ruang
Dia beri kita pluang
dan kita masih mahu mencari redho selain Dia

utk diri ini dan semua





Friday, February 26, 2010

12 Rabiulawal 1431H




Sabda Nabi Muhammad SAW

Ada 4 perkara yang jika dilakukan adalah baik dan 4 lagi dipandang lebih baik

Taubat

Taubat oleh orang tua adalah baik,
taubat oleh org muda adalah lebih baik

Malu

Malu seorg lelaki adalah baik
Malu dari seorg perempuan adalah lebih baik

Dermawan

Kedermawan orang kaya adalah baik
Kedermawan org miskin adalah lebih baik

Adil

Keadilan stiap orang adalah baik
Keadilan seorg pemimpin adalah lebih baik

Sunday, February 21, 2010

Jaulah



Penulis berkesempatan melakukn lawatan singkat ke negara yg diberikan jolokan Kota Singa baru2 ini.

walaupn kunjungan kali ini adalah lebih kpd kunjungan bersifat peribadi dan bukannya atas urusan kerja, penulis sempat meninjau suasana kesuburan dakwah di negara Singapura.

Ketika singgah solat jamak di Masjid Sultan di Kampung Glam berdekatan Arab Street, penulis sempat bertegur sapa dgn pengunjung masjid. Ada yg dtg bermusafir dr Indonesia dan sebagainya. Masjid masih menjadi tempat penting sbg persinggahan umat Islam.

Di Masjid Sultan ini juga dikenali dgn keunikan senibinanya. Penyokong kubah emasnya dibina dr himpunan botol2 kaca. Mengikut sejarah, ketika Masjid Sultan hendak dibaikpulih hampir seratus tahun lalu, dermawan menderma sejumlah wang. dan bagi yg tk mampu, mereka ini akn menderma botol2 kaca kpd jurubina utk dijual dn djadikn modal membina bangunan masjid.

Jurubina tidak menjual botol2 terbabit sebaliknya menjadikannya sebagai salah satu asas terpenting seni bina masjid yakni kubahnya.

moralnya, apa saja sumbangan kita dlm kerja agama tk kira wang ringgit, tenaga mahupn harta, yg penting dimana ada usaha disitu ada jalan.

Allah tk pndg kejayaan sebaliknya usaha kita semua. MasyaAllah

Walaupn di Kota Singa, agk jarang dpt kita lihat masjid dan Masjid Sultan merupakan masjid negara bagi Singapura, pihak masjid menggunakan masjid dgn penuh efisyen dan teratur. Alhmdulilah jemaah masih berkunjung ke masjid disebalik kerancakan pembangunan Singapura.

Pembukaan kasino oleh Kumpulan Genting Berhad dr Malaysia di pintu masuk Pulau Sentosa cukup utk menggambarkn betapa kerisauan terhadap muda mudi negara ini yg akn berhadapan dgn cabaran yg lebih dahsyat.

Di tengah2 kota Singa pula, tersergam indah bangunan kasino milik The Las Vegas Group yg bakal menjadi mercu tanda baru Singapura berhampiran Esplanade dan Merlion Park.

Singapura merupakan negara minoriti bg umat Islam. Namun, penulis berpendapat di sini, dakwah perbandingan agama sgt subur dan penting.

Sekian lama umat Islam di Singapura melalui getir2 hidup sebagai minoriti, tetapi penulis masih yakin, mereka akn survive. insyaAllah.

Semoga para daie di Kota Singa tidak putus dgn harapan dan sentiasa berdoa. Kami di seberang tambak mendoakan yg terbaik.

Salam buat seluruh warga Singapura.
Terima kasih atas layanan baik


notakak:
dh mula rindu Mertabak Zamzam Kampung Glam


You may interest

Blog Widget by LinkWithin