Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Wednesday, March 17, 2010

Salam oleh non Muslim

Tidak lama dulu, ketika seorg jiran bertandang ke rumah, Makcik R berkata beliau tidak senang dengan jiran kami, Lim yang kerap memberi salam kepadanya. Menurut Makcik R, haram baginya menjawab salam Lim dan begitu juga Lim memberi salam.

Benarkah salam hanya utk sesama Islam saja? Benarkah dakwaan bahawa bukan Islam tidak boleh memberi salam?

jawapannya telah Allah jawab dlm Al Quran lebih 1400 tahun lalu.


Dan apabila kamu dihormati dgn suatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (penghormatan itu, yang sepadan) dengannya. Sungguh Allah memperhitungkan segala sesuatu

Surah An Nisa' Ayat 86


Dalam konteks Malaysia, kita tidak didedahkn dgn amalan memberi salam kepada bukan Islam. Malah, kita sendiri teragak2 utk memberi salam ketika menjawab panggilan krn bimbang pemanggil tadi bukan beragama Islam.




Adakah satu kesalahan mendoakan kesejahteraan saudara2 kita?

Sekiranya seseorg bukan Islam memberi salam, jawablah dgn baik dan berlapang dada. Ini adalah cara terbaik berdakwah kpd mereka ttg kebenaran.

sebagai contoh -

Yap : Asalamualaikum brother

Luqman : Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh Yap. Terima kasih. Yap, kamu tahu tak maksud salam yang kamu beri tadi?

Yap : saya pn tkpasti sebenarnya. ramai org Islam beri salam, saya pn terikut2.

Luqman : Begini, salam yg kamu berikan tadi

h_jwslm.gif (5573 bytes)

maksudnya, salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu

Yap : jawabnya pula?

h_jwslm2.gif (5542 bytes)

Luqman : Sejahtera kembali ke atasmu dan rahmat Allah satu keberkatan keatasmu.

Yap : Oh, baru saya faham. Terima kasih ya.

Luqman : Yap, mahukah kamu saya ajarkan satu lagi perkataan dlm bahasa Arab yg sangat indah dan besar maknanya?

Yap : Sudah tentu.

Luqman : Lailallahaillallah Muhammadurasulullah.

Yap : Maksudnya?


Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu Pesuruh Allah.


Alangkah indahnya jika kita dapat mengajarkn saudara bukan Islam kita mengenai satu2 maksud itu. Dan yang lebih penting, cari peluang utk menyampaikan kalimah shahadah yakni kebenaran hak Allah.

Sekiranya kita mengherdik atau mencerca mereka, nescaya kebenaran akan semakin jauh dan jauh.

Mgkin tak mampu nk mulakan dengan semua org, mulakan dengan org2 yg terdekat dengan kita. Salam seperti good morning atau hi juga satu permulaan yang baik. Tidak semestinya memberi salam cara Islam kerana tahap kefahaman sesetengah org itu berbeza2. Asalkan niat dan penyampaiannya berhikmah serta punya maksud yg baik.


pesanan khusus utk diri ini dan semua


Wallahualam bisawab







nota:

hal ini merupakan isu fiqh. mgkin ramai yg tk sependapat dgnnya. saya bukakan pandangan dan pembetulan sekiranya tidak bersetuju mengenainya. mengenai rujukan hadith, pkr ini juga ditulis setelah dirujuk kpd hadith Sahih Bukhari, Jilid ke3.

5 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmm, isu agak berat ni ...
Sebenarnya kan, jika mereka benar-benar ikhlas itu dikira tak mengapa ... apa yg dilarang ialah apabila mana mereka yang memberi salam itu seolah-olah mempersendakan cara kita org Islam memberi salam ... begitu pun, kita hanya tidak perlu menjawap salam itu! ... & selepas itu cubalah memberitahu mereka secara baik mengenainya.
Contoh jelas ialah mustahil seseorang akan meniru sesuatu pertuturan tanpa mengetahui apa maknanya ... ur contoh pun dia bertanya apa maknanya kan?

NuRul said...

artikel yg membuka mata

Dove said...

salam yang diberi dgn cara baik, perlu dijawab dgn cara yg baik juga.

Mohd Shahrul Hafizi said...

Sup:

Adik angkat aku (Cina) selalu bagi salam kat aku. Dan dia berminat sangat dgn Islam. Tapi sejak dia masuk kolej swasta. Dia dah semakin jauh. Huhuhu. :C

Sakinah said...

Salam,

Musykil sikit baca contoh cara menjawab salam ni. Setahu saya kita hanya menjawab salam non muslim dgn waalaikum dan kita boleh jawab salam non muslim tapi kita tidak boleh memulakan memberi salam kepada mereka.

You may interest

Blog Widget by LinkWithin