Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Showing posts with label Kupasan buku. Show all posts
Showing posts with label Kupasan buku. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Tuhan untuk semua

Semalam saya menerima hadiah sebuah buku menarik tulisan seseorang yang saya panggilnya Ustaz.
Beliau sememangnya ustaz yang bertanggungjawab mengajar saya mengenal ilmu Al Quran tak lama dulu. Beliau juga orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan ilmu perbandingan agama dan membawa saya menyertai program Interactive Dakwah Training anjuran Perkim Ampang beberapa tahun lalu.

Sememangnya dedikasi beliau terhadap agama yang tercinta ini terlalu tinggi dan terbukti dengan lahirnya buku ini. Sebuah naskah menarik untuk semua peringkat yang masih baru dalam berjinak2 dengan ilmu perbandingan agama.

Sekiranya berminat, boleh hubungi saya di emel yusuf2say@gmail.com utk saya panjangkan pandangan dan minat kepada penulisnya, Ustaz Faisal Abdurrahman. Buku ini akan saya ulas selepas tamat membacanya nanti.


Wednesday, November 4, 2009

Babi




Terdapat dlm Kitab Perjanjian Lama (old testament) bhw babi termasuk kategori yg diharamkn Tuhan.

Kitab Leviticus menyatakan

And the pig may not be eaten, for enough it has split hhoves, it does not chew the cud. you may not eat the meat of these animals or touch their dead bodies. they are ceremonially unclean for you. (NLT)

Berdasarkn perintah ini maka Bani Israel serta umat Islam sehingga kini tidak memakan babi. namun penganut Kristian mengharuskn bukan saja babi bahkan makanan lain yg diharamkn Taurat**

ini berdasarkn kenyataan St Paul Tarsus

They will say it is...wrong to eat certain food. But God created those foods to be eaten with thanksgiving by people who know and believe the truth. Since everything God created is good, we should not reject any of it. (NLT)


inilah bukti dan contoh bagaimana sewenang2nya manusia mentafsir hukum Allah dan larangan terhadap apa yg telah lama diputuskn oleh Kitab Taurat. Apa yg telah Allah tetpkn itu pasti dan tiada alasan bagi sesiapa pn utk tidak tunduk kpdNya.

Dan, setiap yg Allah ciptakan itu punya asbab dan sebb tersendiri. Mengapa Allah melarang kita menikmati daging babi - sains hari ini telah pn membuktikan.

dan walaupn semua yg ada di dunia ini ciptaanNya. namun, Dia menciptakannya bukan utk kita saja. Alam ini suatu simbiosis. Dan tk semua yg Allah ciptakan itu utk di makan. Setiap itu ada batasannya dan hanya DIA Yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui kebenarannya.

Wallahualam.


**Taurat
Kitab ini diturunkn terdahulu sblm Injil kpd Nabi Musa a.s dan Bani Israel.
Injil merupakan kitab yg tidak dibukukan sebagaimana Al Quran.
oleh itu, tiada siapa boleh mendakwa mereka menyimpan Injil asli.


Monday, November 2, 2009

Jesus = Yahudi atau Bani Israel atau kedua2nya?

Apabila memperkatakan ttg Kristian, tidak boleh lari dr membicarakan ttg konsep Bani Israel serta Yahudi. Ini kerana, ia berkaitan dgn Jesus (nabi Isa a.s).

Persoalannya, adekah baginda seorg Yahudi atau Bani Israel atau kedua2nya

Mengikut salahsilah,

Nabi Ibrahim a.s mempunyai dua anak lelaki.

yang pertama Ismail a.s

yang kedua Ishak a.s

melalui Ismail, lahirlah keturunan dan Nabi Muhammad SAW
kita tidak akn membicarakan soal keturunan Nabi Muhammad krn baginda berbangsa Arab.

Disebelah Ishak a.s, lahir Yaakob a.s atau Jacob atau lebih tepat lagi Israel (nama yg diperakui Islam dan Yahudi)

Jacob atau Israel mempunyai 12 org anak lelaki.
mereka adalah

Isaachar - Genesis 29 : 32
Simeon - Genesis 29 : 33
Reuben - Genesis 29 : 34
Dan - Genesis 30 : 5
Naphtali - Genesis 30: 7
Gad - Genesis 30 : 10
Asher - Genesis 30: 12
Zebulun - Genesis 30:19
Benjamin - Genesis 35:18
Joseph (Yusuf a.s) - Genesis 30: 23
Judah (nama asal keturunan Yahudi) - Genesis 29 : 32
dan Levi - Genesis 29: 34


Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s merupakan bangsa Yahudi. ini diperakui Islam. Keduanya dilahirkn dr keturunan Judah.

Yahudi amat mengagungkn dua nabi ini.
antaranya meletakkan star of David di bendera negara Israel hari ini dan kepercayaan terhadap wujudnya Kuil Solomon di Jerusalem (baitulmaqdis)

menerusi Levi (berbangsa Bani Israel), lahir dua org nabi adik beradik, Musa dan Harun a.s

Persoalannya, disalasilah manakah Jesus lahir?
dibawah keturunan Judah (Sulaiman dan Daud) atau Levi (Musa dan Harun)?

yahudi dan Kristian percaya Jesus merupakan bangsa Yahudi dan Bani Israel (krn Jacob digelar Israel)

hal ini direkodkn dlm Bible

The Record of Ancestors
Jesus was known as the Son of Joseph
Perez was son of Judah
Judah was the son of Jacob...(LAI)

namun, Islam menafikan penyataan ini dgn turunnya Surah Maryam ayat 28 yg membawa maksud..

"...wahai saudara perempuan Harun..."

Harun disini merujuk kpd Nabi Harun a.s. ini membuktikan bahwa Jesus atau Isa a.s keturunan Levi dan seterusnya berbangsa Bani Israel. Bukannya Yahudi spt yg didakwa.

Saturday, October 24, 2009

Al Quran vs John 3:16

Islam

Allah (Creator) --> Hamba (creations)

Kristian

Jesus Christ

--> kelahiran (birth)

--> kehidupan (life & teachings)

--> penyaliban (crucifixion)

--> kematian (death)

--> kebangkitan (resurrection)


secara realiti, Islam memberi tumpuan kpd perhubungan antara hamba dan Penciptanya.

Allah berfirman

dan (ingatlah) Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan utk mereka beribadat kepadaKu

Surah Al Zariyat : 56

sebaliknya Kristian memberi tumpuan HANYA kepada jesus. ianya meliputi 5 aspek itu tadi..

tnpa kelima2 ini, agama kristian TIDAK akan wujud di mukabumi Zoodervan Handbook of Christian Beliefs (2005) menyatakan spt berikut

Agama kristian ialah al masih. tidak wujud Kristian yg tdak memberi tumpuan utama kpd Jesus. Dia merupakan pangkal keimanan serta pusat tumpuan yg penting. Seseorg itu tidak layak meenamakan dirinya kristian apabila tidak mengambil kira soal jesus.

Kenapa bukan Allah SWT menjadi tumpuan agama kristian? kenapa hanya jesus?
ini adalah berdasarkn keyakinan pengikut kristian bahawa jesus merupakan satu2nya individu yg dpt menyelamatkn manusia dari kehidupan dunia dan akhirat. ini berdasarkn kitab bible iaitu John 3:16 yg bermaksud

For God so loved the world that He gave His only begotten son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life (KJV)

(John 3:16 begitu popular dan dijadikan ayat motivasi penganut kristian - penggusti terkenal stonecold steve austin selalu memakai baju tertera 3:16)

berdasarkn ungkapan ini, penganut kristian percaya, sesiapa yg mempercayai jesus dan beriman dgnnya akan mendapat keselamatan atau salvation.

namun, ayat John 3:16 ini bercanggah dgn sabdaan jesus sendiri yg berbunyi

on judgement day many will tell me, Lord, Lord, we prophesized your name and cast out demons in your name and performed many miracles in your name. but, i will reply, i never knew you. go away!the things you did were no authorized (NLT)

Matthew 7: 21-22

berdasarkn sabdaan ini, ramai pengikut kristian yg ditolak baginda di akhirat kelak krn melakukan perkara yg tidak diperintahkannya.




sedikit penerangan mengenai fokus kristianiti

kelahiran -

Surah Ali Imran : 59

kristian percaya jesus dilahirkn oleh maryam tnpa bapa.
dan menganggap jesus sebagai anak Tuhan.
jesus dikatakan lahir pada 25 disember dan perayaan ini disambut umat kristian. hakikatnya, ianya bukan tarikh sebenar kelahiran jesus.

dipetik dr dokumentari jejak rasul
jesus dilahirkn ketika salji.
maryam meletakkannya diatas jerami padi tempt makanan lembu. ini krn lembu tidak akn meninggalkn najis di atas makanannya.


Kristian Orthodox khasnya Gereja Orthodox di Russia menyambut kelahiran jesus pd januari setiap tahun.

kehidupan -

jesus dikurniakan mukjizat oleh Allah menyembuhkn sakit kusta dan sopak serta menghidupkn org yg telah mati

Surah Al Maidah : 110

jesus boleh berkomunikasi ketika bayi.

ketika ditanya oleh maryam kpd jibrail ttg apakah pandangan org ramai terhadapnya nanti yg melahirkn bayi tnpa bapa (tnpa persetubuhan), jibrail menjawab, biarlah Isa yg menjelaskannya.

jesus mempunyai 12 org pengikut yg dipilihnya dikalangan 12 org adik beradik anak Israel (Nabi Yaakob as)

Al Quran 3:52, 61: 14

jesus atau isa ditugaskn oleh Allah menyampaikn kebenaran kpd BANI ISRAEL sahaja. bukannya kpd seluruh umat manusia.

penyaliban -

kristian percaya jesus disalib dlm pada utk menyelamatkn manusia

Allah berfirman

...padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, akan tetapi (yg mereka bunuh adalah) diserupakan.."

Surah An Nisa' : 157

kematian -

...tetapi Allah telah mengangkt Isa ke hadratNya. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana...

Surah An Nisa' :158

kebangkitan -

Dan kesejahteraan semoga dilimpahkn kepadaku, pada hari wafatku,dan pada hari aku dibangkhitkan dihidupkan kembali..

Surah Maryam : 33

wallahualam

Kemaraan Kristianiti

Sejak dulu hingga kini, golongan Kristian berusaha dgn gigih menyebarkn agama mereka. Ini dilakukan menerusi satu gerakan yg dikenali sbg Evangelism (penginjilan). Sehubungan itu, Allah SWT memberikn peringatan kpd umat Islam sentiasa berwaspada menerusi FirmanNya

Orang2 Yahudi dan Nasrani tidak akn senang kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti agama mereka. katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itu petunjuk (yg benar). Dan sesungguhnya jika engkau mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan dtg kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu

Surah Al Baqarah : 120

Apa yg menarik, antara faktor mengapa mereka bertungkus lumus menjalankn aktiviti penginjilan ini krn secara realiti, agama Kristian sudah tidak diterima dgn baik di eropah. ini merupakan pengakuan dr salah seorg pemimpin tertinggi Kristian sendiri iaitu Mendiang Pope John Paul II (1994) pada penulisannya terkenalnya Crossing The Threshold of Hope mengulas spt berikut.

Menjelang tahun 2000, dunia kita amat memerlukan kpd Iniil. Kita meraakn demikian disebbkn dunia seolah2 cuba menjauhkn dirinya dr Injil, ataupn dunia masih lg belum mengenali injil. Di mana situasi pertama - menjauhkn diri dr injil - secara realiti benar apabila merujuk kpd dunia lama, terutamanya benua Eropah manakala situasi kedua benar merujuk kpd benua Asia, Timur Tengah dan Afrika.

Pope John Paul menambah

(agama kristian) mengalami penurunan di benua Eropah namun mengalami peningkatan di benua Afrika dan Asia.

Jelas di sini, Pope john Paul sendiri mengakui agama kristian mengalami suasana muram di negara barat terutamanya eropah. namun ia mengalami peningkatan di benua afrika dan asia. ianya sudah tentu disebbkn oleh usaha gigih para mubaligh mereka.

sumber kenyataan pope john paul (crossing the threshold of hope, 1994 halaman 110)


**Suka utk saya ingtkn di sini, kebanyakan dari kita mengalami salah tafsir dan kefahaman ttg ajaran Kristian disebbkn kisah2 dongeng yg disebarkn oleh pihak yg berkepentingan dlm mensensasikn perihal Kristianiti dikalangan org Islam khususnya org Melayu.

Sebagai contoh, terminum holy water akn menyebabbkn sukar mengucap. holy water kononnya diperbuat dpd janin dan sirap yg disihir dan sebagainya. hal ini menyebabkn masyarakat kita skeptikal ttg isu sebenar yg cuba diketengahkn dlm mengatasi kemaraan mubaligh kristian ini.

*holy water biasa dicampur sedikit minyak zaitun dan sebagainya adalah air utk upacara pembaptisan dan org Kristian tidak meminumnya.


mulai hari ini, bebaskn diri kita dr segala kisah sensasi mengenai kristianiti dan belajar bagaimana menangkis dakyah mereka.

semoga umat Islam tidak terbuai2 dgn kisah sensasi sebaliknya berusaha utk memperbaiki diri dan menyelamatkn umat Islam seluruhnya.

Wallahualam.

Thursday, October 22, 2009

Keagungan Allah

Sheikh Ahmad Deedat merupakan pelopor dakwah perbandingan agama tersohor pada zaman moden. Tahukah kita siapa sebenarnya pendakwah perbandingan agama yg terawal?

Jawapannya :

Nabi Muhammad SAW, Pesuruh Allah.

Baginda SAW dlm satu kisah diriwayatkan berdialog dgn Bishop wilayah Najran, Abdul Al masih serta Abu Haritshah bin Alqamah.

Nabi SAW : Masuklah kamu ke dalam Islam.

Bishop: Kami sudahpn Islam sebelum tuan.

Nabi SAW: Kamu berdusta. kamu terhalang dari Islam disebbkn seruan kamu bahawa Allah mempunyai anak, menyembah salib serta memakan khinzir.

Bishop: Sekiranya Isa bukan anak Allah, maka siapa bapanya?

Nabi SAW: Adakah kamu mengetahui bahawa seorg anak (secara hakikinya) menyerupai bapanya?

Bishop: benar wahai tuan.

Nabi SAW: Adakah kamu mengetahui bahawasanya Tuhan kita Maha Hidup serta sama sekali tidak menerima kematian. Sebaliknya Isa menemui ajalnya?

Bishop: benar wahai tuan

Nabi SAW: Adakah kamu mengetahui bahawasanya Tuhan kita Maha Berdiri dgn sendirinya memelihara serta memberi rezeki kpd sekalian makhluk?

Bishop: Benar wahai tuan

Nabi SAW: Adakah Isa memiliki ciri sedemikian?

Bishop: Tidak wahai tuan.

Nabi SAW: Sekiranya demikian, bagaimana boleh kamu mendakwa hal itu ( Isa sbg anak Allah - penulis)?

Mendengar sabdaan baginda, perwakilan Kristian mendiamkan diri. namun mereka seterusnya mengemukakan pertanyaan kpd Rasulullah SAW.

Bishop: Adakah tuan melihat seorang itu tanpa bapanya? sekiranya benar demikian, sila kemukakan bukti.

Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Isa disisi Allah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kpdnya, jadilah engkau! Maka jadilah

Surah Ali Imran



notakaki

Allah Maha Berkuasa atas sesuatu



***artikel ini dipetik dr prakata (pengenalan) dr buku 7 Persoalan Asas2 Agama Kristian.

Wallahualam.

You may interest

Blog Widget by LinkWithin