Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Showing posts with label Why?. Show all posts
Showing posts with label Why?. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Tattoo


 
Adakah seseorang yg mahu memeluk Islam perlu dan wajib memadamkan tatu pd badannya?

Prosedur menghilangkn tatu sangat menyakitkan.

Adakah ini Islam?

Islam tidak menyusahkan penganutnya.

Jadi, tk mendatangkan mslh sekiranya seseorg itu mahu memeluk Islam walaupn badannya bertatu.

Kita sedia maklum tatu tidak melancarkn resapan air pd kulit jd bagaimana wudhu dn ibadah mualaf tadi sekiranya masih bertatu.

pokok pangkalnya, yg pentg adlh Islam tidak menyusahkan sesiapa. Bagi bukan Islam yg mahu kembali kpd fitrah Islam, tidak diwajibkan membuang tatunya.

Kenapa dan mengapa? sila rujuk pakar Fekah mengenainya.

yang pentg, sekiranya ada shbt dn kenalan yg berminat mengenai Islam..
jangan bercerita soal tatu, khatan atau zakat..

khabarkn berita gembira mengenai syahadah dan janji2 Allah kpd sesiapa yg mentauhidkan Dia

=)

Thursday, May 6, 2010

Memahami Islam sebenar

Baru2 ini alhmdulilah sy berkesempatan menghadiri satu sesi interbiu kerja.
Apa yg menyeronokkan ialah apabila sy berpeluang utk berbual dgn seorg non muslim yg sgt baik dan mesra.

Kami berbual mengenai beberapa pkr berkaitan sesi interbiu dan beliau sempat bertanyakan kpd sy persoalan samada apakah bekerja disebuah syarikat perjudian terkemuka negara ini salah disisi Islam atau hanya bersabit isu moral semata.

Dan beliau tertanya2 adakah Jabatan Agama Islam (beliau merujuk kpd JAIS) akn melakukan serbuan bagi mereka2 yg bekerja disyarikat perjudian atau mana2 syarikat yg mengeluarkan produk yg haram disisi Islam.
Ini kerana, pd pemerhatiannya beliau dapati ramai muslim yg bekerja disyarikat2 yg mengeluarkan produk haram seperti minuman keras dan judi.

Isu arak atau judi bukan isu moral semata bagi umat Islam. Ianya isu yg jelas dan dinyatakan dlm Al Quran dan Hadits. Malangnya, mgkin kerana desakan hidup dan ditambah pula dgn kekurangan ilmu menyebabkan ramai muslim bekerja disyarikat yg disebutkn tadi.

Hal ini sebenarnya mengelirukan non muslim. Sebagai cth, rmainya wanita muslim yg tidak bertudung. adakah Islam memberi mereka kebebasan atau pilihan utk tidak bertudung?

persoalan ini bermain difikiran mereka.



Seorg penceramah terkemuka pernah menceritakan bagaimana beliau dijemput menjadi panel dalam satu majlis sambuatan maulidurasul anjuran Persatuan Pekerja Islam sebuah syarikat pengeluar arak terkemuka di Selangor. Ironinya, mereka masih mahu menganjurkan majlis islah sebegini sekalipun bekerja disebuah syarikat yg sudah terang lagikan bersuluh menjual hasil utamanya khamar atau arak yg diharamkan Islam. Dimana silapnya?


"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya"

(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)


Kembali kpd shbt non muslim tadi. Sama2 kita doakan beliau bertemu hidayah Allah dan semoga diberikan ilham utk terus bertanya dan mencari Tuhan Yang Esa.

Dan buat kita yg muslim, sama2 muhasabah diri dan kembali kpd landasan asal. Matlamat tidak menghalalkan cara. Moga kita dirahmati dan dikurniakan rezeki yg halal utk setiap usaha kita. Ameen.

nasihat utk diri ini khususnya


Wallahualam

Tuesday, May 4, 2010

Jin vs manusia


Kebelakangan ini kisah2 hantu mendapat tempat dikalangan masyarakat.
Apa yg menyedihkan, anak2 kita didedahkan dgn begitu byk kisah karut yg mana boleh merosakkn akidah mereka sbg Muslim.

Mempercayai kekuasaan hantu atau ketakutan terhadap hantu berlebihan membuatkan akidah anak2 ini terumbang ambing dan rosak. Perkara ini merisaukan kita bila mana mereka akn trus dibesarkn dgn kisah2 yg mengarut dan tahyul.

Drama2 di TV menunjukkan bagaimana apabila seseorg itu diganggu hantu, maka mereka akan menemui bomoh atau pawang utk meminta bantuan.

Perkara ini menjadi gambaran biasa dalam filem atau drama hantu dan selepas melihatnya berulangkali maka minda kita dan anak2 akn dibasuh utk mempercayai bahawa sekiranya berlaku apa2 perkara mistik sebegini, maka bomoh adalah tempat yg sepatutnya kita rujuk.









Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku

Surah az-Zariyat: ayat 56


Benarkah hantu itu wujud?
Di dalam Al Quran, Allah hanya menyebut mengenai makhluk lain. 
Tidak pula disebut mengenai hantu.

'Hantu' yg kita semua dimomokkan adalah dr asalan jin dan istilah hantu hanya digunakan masyarakat sedangkan 'hantu' tidak wujud dimana2 alam.

Elakkan anak2 kita dari menonton drama tau filem berunsurkan tahyul begini bagi menjaga kesejahteraan akidah mereka.

Mari kembali kpd sebab kenapa kita diciptakanNya.






Wallahualam

Monday, April 26, 2010

Kita vs Mereka

Sejak kecil, kita ditakutkan dgn gerakan2 Kristianiti dan yahudi.

Apa yg menyedihkan dakyah ini direka2 oleh org Islam sendiri dan disampaikan generasi ke generasi..
sebagai cth :

Holy Water - tidak benar sama sekali dakwaan air ini mengandungi jampi utk memurtadkn org Islam sedangkn mereka sendiri (Kristian) tidak meminumnya.

Ibubapa bimbang dgn anak2 yg mgkin terpengaruh dgn elemen yg menjurus kpd murtad - satu aspek yg paling dan perlu dibimbangi.

Akn tetapi apakah yg lebih penting dr murtad?

Pemahaman agama yg jelas. Ibadah yg sahih dan Akidah yg sejahtera.

Terlalu byk isu disebalik semua ini.
Kita bimbang anak2 kita terjerumus dlm perangkap murtad sedangkn kita tidak menyediakn mereka bekalan cukup utk menepisnya.

Sebagai cth, kita membekalkn anak2 kita dgn peta. tapi kita tk sediakn panduan dan bimbingan bagaimana membaca peta tersebut.

Sudah terlalu lama kita takutkan gerakan mubaligh Kristian.
Apakah yg harus ditakuti sekiranya kita yakin bahawa Islam adalah kebenarannya?

Remaja masakini lebih gemar membaca ttg dakyah2 yahudi dn kisah misteri pelan kedatangan Dajal Al Masih namun persediaan ke arah menangkis dakyah dikalangan kita masih kurg dan lemah.

Selepas kita membaca dakyah2 ini apa yg kita lakukan? Sebarkan?
Sedangkan pokok pangkal dan kebenarannya masih belum pasti dn jelas.
Boleh jd kita menyumbang kpd fitnah dan memburukkn agama lain.


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” 

[Al Hujuraat : 6]


Smpai bila kita hanya bimbang dan takut sedangkan gerakan dakwah pihak satu lagi terus maju dan mara.
Kita hanya tahu menepis, menuduh dan berdoa.





Cukuplah dgn ketakutan yg kita cipta ini. 
Mari kembali kpd Al Quran dan AsSunnah


Islam agama yg benar.


 wallahualam bisawab




nasihat khusus utk diri ini 





nota
sy pernah membaca beberapa rencana mengenai dakyah yahudi dn kristianiti yg begitu popular dikalangan remaja skrg. namun, byk yg ditulis tidak berdasarkn kajian yg tepat. Bukan mahu menyokong agama lain, lebih kpd peringatan kpd kita supaya menjaga agama dan akidah kita dlm ms sama berhenti menfitnah agama org lain. Dakwah dan mesej Islam tidak akn smpai sekiranya kita menuduh org lain apa yg mereka sendiri tk pernah lakukan. Menfitnah dan memburukkan agama org bukan ajaran Islam apatah lg tnpa bukti dn sumber yg sahih.

Allah Lebih Mengetahui.

Wednesday, March 31, 2010

Apostasy 1





Apakah hukumannya?






Thursday, March 18, 2010

Atheist and Freethinker

ramai dr cerdik pndai memilih utk menjadi free thinker dan atheist.

Siapa dia atheist?
merujuk kpd golongan yang tidak percaya kewujudan Tuhan sebagai Pencipta alam. percaya alam wujud dgn sendirinya.

Free thinker pula merupakan golongan yang menerima kewujudan Pencipta tetapi memilih jalan tengah dengan tidak percaya kepada agama. mereka juga beranggapan agama itu sama saja.

Kedua2 golongan ini mempunyai 2 kitab yakni sains dan logik



bagi atheist yang tk percayakan kewujudan Tuhan, mereka percaya alam ini terjadi dengan sendirinya. muncul lah teori evolusi Charles Darwin yang percaya manusia berasal dari beruk.

Sains membuktikan alam ini mempunyai pencipta. Bagaimana kita boleh buktikan?




Pertama, sebagai contoh, sebuah mesin secanggih ini dicipta oleh seorang saintis. Persoalannya, siapakah yang tahu menggerakkan mesin ini?

Jawapannya : pencipta mesin terbabit.

Bagaimana pula dengan alam?

siapakah yang tahu menggerakkan alam ini?

Jawapannya : Pencipta alam ini.

Logik bukan?

Siapakah pula Pencipta alam ini?

Dalam Al Quran Allah ada menerangkan mengenai matahari, bentuk mukabumi, peringkat kejadian manusia dan sebagainya lebih 1400 tahun lalu.

Saintis dahulu mendakwa bumi ini rata. tapi Al Quran yang diturunkan 1400 tahun lalu menerangkan bahawa bumi ini sfera dan diperumpamakan sperti telur burung unta.



Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam kedalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam.
(Surah Luqman : 29)

"Memasukkan" di sini bermaksud Allah S.W.T. menukarkan malam kepada siang dan siang kepada malam secara perlahan-lahan. Fenomena ini hanya boleh berlaku sekiranya dunia ini berbentuk sfera. Jika dunia ini rata, pastinya pertukaran malam kepada siang dan siang kepada malam akan berlaku secara tiba-tiba..

Ayat Al-Quran di bawah juga menceritakan tentang dunia yang berbentuk sfera.

Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar ; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam.
(Surah Az-Zumar: 5)


Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah "kawwara" yang bermaksud menutup, sebagaimana serban menutup kepala. Penutupan secara "kawwara" yang bersilih ganti hanya boleh berlaku jika dunia ini berbentuk sfera.

Dunia ini sebenarnya bukanlah bulat seperti bola, tetapi "Geo-Spherical", iaitu dunia ini mendatar di Kutub Utara dan Selatan. Ini dijelaskan dalam ayat Al-Quran di bawah;

(Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya)
(Surah An-Naazi 'aat: 30)

Perkataan Arab "dahaaha" di sini bermaksud telur burung unta. la juga bermaksud sesuatu yang luas terbentang ( seperti dalam tafsiran, Yusuf Ali). Bentuk telur burung unta pula menyerupai bentuk bumi, iaitu bentuk "Geo-Spherical".

Oleh itu, Al-Quran dengan tepatnya menjelaskan bentuk sebenar bumi, walaupun manusia pada masa Al-Quran diturunkan mempercayai bahawa dunia ini berbentuk datar.


Siapakah yang mungkin mengetahui ttg mekanisme menggerakkan alam ini jika bukan Pencipta?

Point kedua, sains membuktikan bahawa siapa layak jadi Tuhan dan siapa tidak.

Sains membuktikan bahawa alam ini mempunyai jisim, masa dan ruang (time, mass and space)
sekiranya kita kecutkan alam ini, membutktikan bahawa semua yang ada di alam ini tidak layak diangkat sebagai Tuhan kerana punya jisim, masa dan ruang. betul?

Allah wujud sebelum, selepas dan semasa alam dicipta. sedangkan apa yg disembah oleh manusia hari ini (baca : bukan Islam) terikat dengan jisim, masa dan ruang.

Sains sendiri membuktkan bahawa semua ini tidak layak disembah melainkan sesuatu yg diluar 3 elemen tadi.

kita setuju, God not bounded by time.

Sudah tentu, Allah adalah pencipta kerana Allah tidak terikat dengan jisim, masa dan ruang.

Sebagai contoh, Jesus mempunyai jisim, ruang dan masa.

Jesus dilahirkan (masa:permulaan)
Jesus membesar (jisim & ruang : ketinggian, berat badan)

jadi, Jesus tidak layak disembah sebagai Tuhan.

Begitu juga dengan sembahan2 lain kerana terbukti punya elemen2 tadi.

Sains dan logik telah membuktikan bahawa siapa layak menjadi Pencipta dan siapa tidak dan tanda2 kewujudan Tuhan yakni Allahu Ahad.

Wallahualam bisawab



credit: Harun Yahya




Saturday, March 6, 2010

Do you know HIM?


English

Peace be upon Prophet Muhammad SAW

Dear friends,

Allah has no form. He is above all form. we distinguish a thing by comparing it. we know "fat" by comparing with "thin".


Allah cannot be compared to anything as Allah does not resemble anything.

Worshipping physical representations of God is considered shirk or the act of associating partners with God. it is the only unpardonable sin in Islam.


other worship statues and picture of God. islam rejects these man-made works as false gods that cannot create even " a single fly" and describes those who worship them as "feebleminded".

22:73


muslim do not try to imagine God because God is beyond the grasp of human imagination. nothing is like Him. He is so special.


(what do u think? do agree that we can compare or imagine "God" with symbols and man-made works) if we can "made" God, logically we are Gods, right?!)


Muslims focus instead on the attributes of Allah. what is Allah like? what is His nature? what does He do? the descriptions are in Allah's Names and Attributes.

We focus on the Beautiful Names and Attributes of Allah, n two well-known ones are The Most Merciful (Ar Rahim) and The Most Compassionate (Ar Rahman).


Muslims know that their every act of mercy towards things created by Allah brings them closer to Allah The Most Merciful.


The Almighty says, "if the Believer comes to Me walking, I go to him running."

Wallahualam





Bahasa Melayu

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar SAW


Sahabat2 sekalian,

Allah tidak mempunyai bentuk sebagaimana kita manusia. Dia mengatasi segala bentuk di luar kotak permikiran manusia biasa spt kita.


Kita membezakan sesuatu berdasarkan membandingkannya. Misalnya, gemuk dan kurus, sehat dan sakit, tinggi dan rendah serta cantik dan hodoh.


Akan tetapi, Allah tidak boleh dibezakan hatta dibandingkan dgn sifat2 sedemikian. Krn Allah tidak mewakili sebarang bentuk yg terlintas difikiran kita.


Menyembah benda bersifat fizikal selain Allah adalah ditakrifkan syirik dalam Islam. Ianya dosa satu2nya dosa yg tidak Allah ampunkan melainkn bertaubat nasuha.


Patung, berhala atau lakaran gmbar Tuhan adalah dilarang. Islam menolak mana2 aktiviti ini yakni apa saja buatan manusia mewakili Tuhan sebagai sia2 .


Rujuk 22: 73


Umat Islam tidak boleh membayangkan Tuhan krn Tuhan melangkaui imaginasi manusia spt kita. Tiada apa yg mampu menandingi Dia. Sesungguhnya Dia terlalu istimewa.


Sekiranya kita mencipta sesuatu itu dan mendakwanya Tuhan dan kita menyembahnya, secara logic akal krn kta telah ‘mencipta tuhan’, ini bermakna kita adalah, ‘tuhan’ bukan?


Islam tidak begitu.


Umat Islam lebih melihat sifat2 Allah berdasarkan, apa rupa Allah dan sebagainya berdasarkan Asmaul Husna yakni 99 nama2 Allah.


Salah satu dari sifat Allah ialah Ar Rahman dan Ar Rahim yg membawa maksud Maha Pemurah dan Maha Penyayang.


Umat Islam mengenali Allah menerusi sifat2 ini. Dan juga percaya kerja2 baik atau amalan ibadah membawa pengikutnya dekat dgn Pencipta.

Firman Allah SWT,

Sekiranya hambaKu selangkah mendekatiKu, seribu langkah Aku mendekatinya


Wallahualam

Tuesday, March 2, 2010

Why?

"Kenapa perempuan muslim mesti pakai tudung?"



"Kenapa orang Islam tak boleh makan babi?"



"Kenapa kena solat lima kali sehari?"



"Kenapa kena puasa sebulan ramadhan?"



"Kenapa orang Islam hanya boleh makan sembelihan orang-orang Islam dan ahli kitab?"



"Kenapa orang Islam tak boleh minum arak?"



Hikmah


Ramai orang suka memberikan hikmah atau reasons bagi soalan-soalan sebegini. Namun, kita sebenarnya tidak mengetahui sebab sebenar mengapa Allah menyuruh atau melarang sesuatu perkara melainkan yang diterangkan olehNya sendiri.

Contoh:

“Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu
agar kamu bertakwa.
(Al-Baqarah 2:183)

“…Dan dirikanlah solat;
sesungguhnya solat itu
mencegah daripada perbuatan keji dan munkar…”
(al-Ankabut 29:45)

“…Dan dirikanlah solat
untuk mengingatiKu…”
(Taha 20:14)

Tidaklah menjadi kesalahan untuk kita menerangkan hikmah-hikmah di sebalik sesuatu larangan atau suruhan samaada dari segi logic mahupun saintifik. Namun, kita tidak boleh mengatakan secara pasti bahawa hikmah-hikmah itu adalah sebab utama Allah melarang atau mewajibkan sesuatu.


Obedience is blind



Islam adalah agama yang unik. Seperti dijelaskan beberapa kali sebelum ini, kepercayaan dalam Islam adalah tidak secara membutatuli. Ia adalah berdasarkan hujah dan bukti yang jelas. Faith is not blind.

Akan tetapi, dalam perkara ketaatan, kita mengikut perintah dan larangan Tuhan secara membutatuli. Obedience is blind.


Adakah ini logik?


Katakan kita mengambil seorang budak kecil sebagai contoh. Ibu bapa budak itu melarangnya daripada bermain di tepi jalan dan melarangnya bermain dengan api.



Tetapi pada pandangan budak itu, perkara-perkara tersebut 'best' dan menyeronokkan. Dia menangis apabila ibu bapanya melarangnya daripada melakukan perkara-perkara tersebut.

Ini kerana, budak tersebut tidak tahu bahawa perkara-perkara tersebut adalah merbahaya dan boleh mendatangkan mudarat ke atas dirinya. Ibu bapanya tahu. Mereka tetap melarang budak itu.

Apabila budak itu telah cukup umur, ibu bapa budak itu menghantarnya ke sekolah.



Tetapi pada pandangan budak itu, main lebih ‘best’ daripada belajar di sekolah. Pembelajaran di sekolah membosankan.

Dia tidak tahu kepentingan mendapat pendidikan di sekolah. Ibu bapanya tetap menghantarnya ke sekolah kerana mereka mahukan masa depan yang baik bagi budak tersebut.


Tuhan Maha Mengetahui


Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia Maha Mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk bagi manusia. Disebabkan kasih-sayangNya terhadap manusia, dia menyuruh kita melakukan perkara yang penting bagi kita dan meninggalkan perkara yang buruk.

“(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul,
Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis
di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang
menyuruh mereka mengerjakan yang baik
dan melarang mereka dari mengerjakan yang buruk
dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik
dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk
dan membuang dari mereka beban-beban
dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.
Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya
dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur'an),
mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(al-A’araaf 7:157)

Selalunya hikmah bagi sesuatu suruhan atau larangan itu dapat dilihat oleh manusia. Tetapi mungkin adakalanya akal manusia tidak mengetahui hikmah di sebalik sesuatu suruhan atau larangan tersebut. Walaupun begitu, disebabkan keimanan kita terhadap Allah yang tidak membuta-tuli, kita patuh terhadap perintah Allah.

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.
Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan
tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit"."
(al-Isra’ 17:85)

Itulah sebabnya, ketaatan seorang Muslim terhadap perintah Allah adalah secara membutatuli. Our obedience is blind.

“Sesungguhnya jawaban orang-orang mu'min,
bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya
agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan:
"Kami mendengar dan kami patuh."
Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(an-Nuur 24:51)

credit: source

Monday, February 22, 2010

Poligami



Susan : Kenapa Islam membenarkn poligami? Bukankah ianya penindasan terhadap kaum wanita?





Poligami merupakan salah satu kemudahan yg ada dlm agama Islam. Poligami juga dibenarkn diamalkan sekiranya mengikut syarat2 yg ditetapkn dlm agama Islam. Lelaki tk boleh mengamalkn poligami sekiranya tidak menepati syarat2 terbabit.

Di negara Barat, poligami ditolak krn menindas kaum wanita. ironinya, di negara2 maju spt Eropah dan Amerika Syarikat, nisbah wanita kpd lelaki semakin tggi dan ini sbnrnya permasalahan yg sukar dijawab oleh para cendekiawan Barat.

Sekiranya wanita lebih ramai dpd lelaki, cthnya jumlah lelaki 1 juta org manakala wanita 1.2 juta org. Sekiranya hanya monogami dibenarkn, kemungkinan 200 ribu wanita tidak akan bersuami.

Dan apakah penyelesaian bg masalah mereka ini?

1. Perempuan simpanan

Lelaki yg mempunyai kemampuan lebih dr segi nafsu seks dan wang akn menyimpan wanita sebagai simpanan mereka. Sekiranya melahirkn anak luar nikah sekalipn, anak itu tidak akan diiktiraf. Lahirlah ramai 'Bastard' dan inikah penyelesaian terbaik bg wanita Barat?

2. Touch n go

wanita berkhidmat sbg pelacur dan memberikn khidmatnya ditukar ganti dgn wang ringgit. apakah menjadi pelacur lebih mulia pd pandangan barat?

3. Lesbian

Disebbkn nisbah wanita lebih rmai, maka perkahwinan sejenis atau lesbian dibenarkn atas alasan kemanusiaan. meskipn ianya melanggar fitrah manusia. adakah ini penyelesaian bijak bg wanita2 Barat?

Islam membenarkn poligami bg mengatasi mslh spt ibu tunggal dan balu serta anak2 yatim. Lelaki Islam digalakkan mengambil wanita2 ini sebagai isteri mereka bg mendidik dan menjaga mereka.

Nabi Muhammad SAW sendiri berkahwin dgn janda kecuali dgn Aishah r.a

Di barat kini, berlumba2 wanita mengaku menjalin hubungan seks dgn selebriti lelaki terkenal spt David Beckham, tiger Woods, John Terry, Ashley Cole dan sebagainya..

Barat menentang poligami. sedangkn poligami adlh penyelesaian terbaik segala mslh yg disebutkn diatas.

sekiranya poligami dibenarkn, nescaya maruah wanita akan lebih terbela dan dipandang tggi..

Kerana ego, ada wanita sggup meletakkan maruahnya di kaki



notakaki
Islam sebagai cara hidup

Monday, January 18, 2010

Revert

S: kenapa org Islam begitu reserved dan angkuh? Apekah Allah Tuhan umat Islam saja? Bukankah Allah Tuhan Sekalian Alam? Rahmatan Lilalamin

J: Allah Maha Esa. Dalam Surah Al Ikhlas dh sebut bahawa Allah itu Esa, tk beranak dan diperanakkan dan tiada apa yg setara dgnNya. Bolehkah Allah dimasukkn ke dlm entiti Triniti yg menjadi rukun iman umat kristian?

S: Bukankah dgn membenarkn mereka menggunakan kalimah Allah maka mereka sbnrnya akn mendekati Islam. Bagi yg mencari, mereka akn bertemu dgn apa yg mereka cari

J: kalimah Allah mmg boleh digunakn oleh org bukan Islam sebagai ganti Tuhan krn mereka smmgnya ciptaanNya. Namun, apa yg Katholik minta bukanlahapa yg mereka katakan. Mereka mahu membuktikn kpd dunia bahawa sbnrnya konsep Esa itu salah dan konsep Triniti itu benar. malah dlm Bible tk wujud perkataan Triniti. Ironinya, dlm Quran Allah berfirman mengenai Triniti.

.....dan janganlah kamu mengatakn (Tuhan itu) tiga....
Surah An Nisa':171

S: Isu ini akn membuatkn bukan Islam menjauhi Islam. Bagaimana caranya mahu mengelakkannya?

J: Mudah. Tk perlu kita terus menyesatkn mereka dgn memberi kebenaran kpd mereka yg Allah itu entiti dlm Triniti. tapi, serulah mereka kpd Islam. Nk guna nama dan kalimah Allah boleh. dgn syarat, masuklah mereka kpd Islam. Sebagaimana Nabi SAW mengajak pembesar Rom dan Parsi beriman kpd Allah.


Masuklah Islam...Anda takan menyesalinya insyaAllah..

Sunday, January 3, 2010

Ban start using Allah instead of God


Tertarik sy utk berkongsi sebuah artikel yg dipetik dr penerbitan Katholik antarabangsa mengenai isu penggunaan Allah sebagai rujukan kpd God atau Tuhan.

Roman Catholic Bishop Tiny Muskens of the Netherlands has decided that the way to ease Muslim-Everybody Else tensions is to start using "Allah" instead of "God." Noting that God does not care what we call him, Muskens thought, why not yield a little to Muslim ways?

Or would that be submit, the literal meaning of "Islam"?

"Allah is a very beautiful word for God," Muskens said on Dutch television a few days ago. "Shouldn't we all say that from now on we will name God Allah?"

Muskens pointed out that in Indonesia, the world's most populous Muslim country where he spent eight years, priests use the word "Allah" in Catholic Mass.

For the sake of peace, prosperity and clarity in the shire, let the record reflect that Muslims did not ask for this, though some in the Netherlands embraced the idea as a conciliatory gesture and in the U.S., some Muslims greeted the suggestion with enthusiasm.

Ibrahim Hooper, spokesman for the Council on American-Islamic Relations, told FoxNews.com that calling God "Allah" wouldn't require a theological leap for Christians. "It reinforces the fact that Muslims, Christians and Jews all worship the same God," Hooper said. It's not hard to understand why Muskens would tilt toward compromise. The Netherlands, which is now home to 1 million Muslims, hasn't been quite the peace 'n' love axis of the multicultural world, despite clouds of Silver Blue cannabis wafting from the city's famously mellow coffee houses.

Between the 2004 murder of Theo van Gogh, guilty of making a documentary film critical of Islam, death threats against fellow documentarian Ayaan Hirsi Ali, and the recent Muslim attack of the head of a Dutch group for "ex-Muslims," one could begin to think of invoking Allah as a savvy survival technique.

Besides, as Muskens pointed out, Allah is a lovely sounding word. Thus, in the spirit of Christian charity and Western tolerance, I've been trying it out with mixed results.

The Doxology of my Protestant childhood is problematic with the two-syllable Allah instead of the monosyllabic God, but not impossible: Praise Allah, from whom all blessings flow. Praise him, all creatures here below. Not perfect, but workable.


Changing Western language, symbols and making other accommodations to ease relations between old Europe and new isn't only a conciliatory gesture or even mere appeasement. It is submission by any other name.


America 's familiar childhood blessing is downright euphonious: Allah is great, Allah is good, let us thank him for our food. But the Apostle's Creed is a mess: I believe in Allah the Father almighty, maker of heaven and earth, and in Jesus Christ his only son ... . Oops.

Contrary to Hooper's one-God claim, Christians and Muslims don't really worship the same God. Although both religions are monotheistic — and if there's just one God, there's just one God — Christians believe Jesus was the Son of God and Muslims think otherwise.

That's not a small doctrinal difference. In fact, at the risk of exhausting the obvious, Christianity doesn't exist without, um, Christ. Of course we could rewrite the Apostle's Creed to include Muhammad: "I believe in Allah the Father Almighty ... and in Muhammad, his favorite prophet ... "

The possibilities are infinite, really. Alternatively, we could pretend to be sane and suggest that everybody go to his or her own house of worship, pray to his or her own version of the Creator, and otherwise get a grip.

Changing Western language, symbols and making other accommodations to ease relations between old Europe and new isn't only a conciliatory gesture or even mere appeasement. It is submission by any other name.

Language may be a manmade limitation, as Janaan Hashim said, speaking for the Council of Islamic Organizations of Greater Chicago, which endorses Muskens' idea. But language is not meaningless. The words we use to define and express ourselves are the fundaments of cultural and social identity. John Stuart Mill put it this way: "Language is the light of the mind."

Muskens, who retires in a few weeks, conceded that his idea likely wouldn't catch on right away. We might need another 100 years or so, but he predicted that, eventually, Allah will be the word.

Given that European Muslims are procreating at three times the rate of non-Muslims — and given the "logarithmic rate" of growth of jihadist ideology in the U.S., according to a new report by the New York Police Department's Intelligence Division — it may be sooner than that.

Peace be upon us.


Sumber


Barat dan Kristian khususnya tahu bahawa Allah sememangnya Tuhan Sekalian Alam yg selayaknya disembah.

Mengiktiraf Allah sebagai Tuhan saja tidak mncukupi.

1. Mereka mengiktiraf Allah sebagai Tuhan namun enggan mengakui KeEsaanNya.
Mereka mengakui bahawa Tuhan itu ada 3 tetapi bukan 3 Tuhan sebaliknya 1 Tuhan.
Selagi mereka tidak menolak konsep Trinity dan Incarnation ini, selagi itulah nama Allah tidak layak digunakan krn merujuk Allah sebagai 3 dlm 1 adalah pencemaran yg tidak boleh diterima.

*Trinity merujuk kpd Tuhan ada 3 yakni Father, Jesus son of God dan Ruhul Kudus (holy Ghost) tetapi bukan pula dipanggil 3 Tuhan tetapi 1 Tuhan. Incarnation merupakan konsep bagaimana Tuhan berupa makhluk.

2. Mengakui Ketuhanan Nabi Isa
Nabi Isa atau Jesus hanyalah salah seorg dr pesuruh Allah.
tempat baginda tggi namun tidaklah pula layak seorg manusia diangkat menjadi lebih tggi dr apa yg layak utknya.
Nabi Isa dituduh anak Tuhan sedangkn baginda hanyalah salah satu dr kebesaran Allah. Allah mencipta Nabi Isa lahir menerusi ibunya Maryam tnpa bapa. Allah membuktikan bahawa Dia mampu utk melakukan apa saja termasuk mencipta manusia tnpa bapanya.

Kejadian yg berlaku ke atas Isa samalah seperti penciptaan Adam.
Tidak pula Adam dianggap sebagai Anak Tuhan. Bukankah diciptakan tnpa ibubapa?

Oleh itu, selagi bukan Islam tidak menerima sifat2 Allah, maka tidak layak Allah diserupakan dgn apa yg mereka sembah.

Benar, Allah Tuhan yg selayaknya mereka dan kita semua sembah namun selagi mereka tidak mengakui kebenaran yg nyata ini, selagi itulah tidak pernah layak Allah digunakan oleh mereka.


Sekali lagi, sudah terang lagikan bersuluh..

Saturday, January 2, 2010

Allahu Ahad

Tirai 2009 Masihi dilabuhkn dgn satu keputusan kontroversi Mahkamah Tggi yg membenarkn sebuah tabloid keluaran gereja utk menggunakan nama Allah dlm penerbitan berbahasa Melayu sebagai ganti nama Tuhan.

Keputusan ini mencetuskn pertikaian memandangkan perkataan Allah yg digunakan umat Islam dikatakan eksklusif milik umat Islam itu saja.

Sedangkn sesetengah dr cendekiawan Islam melihat ianya tidak salah krn Allah merupakan Tuhan Sekalian Alam. Tuhan kpd semua makhluk.

Namun, apa yg menarik, mengapa perlunya perkataan Tuhan dlm sebuah penerbitan Katholik mahu menggunakan nama Allah? Kenapa tidak boleh menggunakan saja nama 'Tuhan' atau Father sebagaimana yg digunakan dlm penerbitan berbahasa Inggeris sebelum ini?

Mengikut kamus, di dalam bahasa Inggeris, God apabila dialih ke bahasa Melayu, maknanya Tuhan.

Persoalannya kenapa perlunya menerbitkn sesuatu dlm bahasa Melayu dan menggunakan pula Allah bukannya Tuhan sedangkn di Malaysia, Islam ditujukan kepada Melayu dan org Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan ditakrifkn mesti beragama Islam.

Ulasan saya mudah,

kenapa isu nama Allah hendak digunakan dlm terbitan Katholik?

Jawapannya adalah soalan kpd pihak mereka sendiri.

Adakah Allah yg dimaksudkn itu sama dgn Allah yg kita semua dambakan yakni tidak beranak dan diperanakkan dan tiada apa yg setara dgnNya?

Bagi Katholik, Tuhan mempunyai anak yakni Jesus Al Masih sedangkn di dalam Al Quran, Allah diperincikan sebagai Ahad yakni Tunggal dan tidak beranak atau diperanakkan.

Adakah Katholik sekadar mahu menggunakan nama Allah utk tjuan tertentu atau mereka sedar bahawa Allah yg kita semua sembah dan layak serta patut disembah adalah Allah yg Tidak beranak dan tidak diperanakkan..

Keputusan Mahkamah Tinggi ini sebenarnya tidak benar dan silap serta dilakukan dgn kabur.

Saya buta undang2 dan perundangan, namun setahu saya hanya undang2 Allah saja yg patut ditegakkan dan layak diberi keutamaan.

Sehinggalah Katholik atau mana2 agama menerima dan mengakui bahawa Allah itu Esa dan hanya Dia yg layak disembah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, maka sehingga itulah hak menggunakan nama Allah tu EXCLUSIVE milik umat Islam seluruhnya sahaja.


Apa kata anda?



notakaki

dh 2010 kita masih dijajah


Monday, October 12, 2009

Alim kucing



"Last Thursday was my birthday party.." Paul (bukan nama sebenar)
"we celebrated at Ministry of Music, Sunway."
"this week my friends and i want to go again, would u like to come and join us?"

"probably. let we think first okay" Siti (bukan nama sebenar)
"what do u think Nora (bukan nama sebenar)?"
"it's ladies nite right, paul?"

"okay then"

"what about u, Abu? come and join us!" Paul

"err...emm.." Abu (bukan nama sebenar)

"Paul, i don't think he will join us. he is kind of religious person.." Siti

"Oh, really?"


Dialog diatas merupakan perbualan Abu bersama dua gadis Melayu dan seorg lelaki Eropah di sebuah rumah.

Mereka orang Melayu.

Mereka juga beragama Islam.

Adakah bezanya apabila seorg Muslim itu dikategorikan sebagai religious atau alim dan yg lain tidak.

Adakah alim itu terletak ke atas bahu seseorg saja?
Adakah cukup bergelar alim dgn solat dan puasa saja?

Kini umat Islam sendiri menghalalkn perkara2 yg haram dn tidak menyampaikn bahawa yg haram tetap haram biarpun kpd si alim mahupun tidak.

kenapa Abu tidak menyampaikn apa yg sepatutnya - memberitahu bahawa pergi ke disko itu haram bagi org Islam!

Abu ingin menjaga airmuka 2 gadis melayu yg teruja mahu ke disko tadi dan mengeluarkn kenyataan bahawa Abu seorg alim dan tidak sepatutnya diajak ke disko. sekiranya Abu berkata bahawa Islam melarang umatnya menjejakkan kaki ke tempat haram sebegitu, nescaya jatuhlah air muka gadis Melayu tadi. Mereka akn terasa aib.

Islam menyeru umatnya menjaga aib saudaranya.

Apa sekalipn, Islam harus ditegakkan sekalipun pahit. Tindakan Abu itu tidak salah cuma tidak adil krn tidak meletakkan Islam ditempatnya.

Kisah diatas sebenarnya sebahagian dari bagaimana umat Islam melihat yg haram itu tk apa dan dibolehkan mengikut taksiran mereka.

Malangnya, biarpun Islam melarang umatnya ke disko sudah lama jelas. namun, masih ramai yg mengambil mudah krn yakin, kubur adalah kampung masing2..

Alim atau tidak tk terletak hanya kpd solat dan puasa.
Dua pkr itu wajib dilakukan dan sekiranya tidak meninggalkannya, belum tentu boleh bergelar alim krn ianya wajib bagi semua.

Sekali lagi, mesej Islam itu tidak sampai kepada tempatnya...

Tuesday, October 6, 2009

Bila yang jahil bersuara


Takziah dan Al fatihah kepada saudara kita yg berada di Sumatera, Indonesia.





Bilamana Ayatollah kembali semasa Revolusi Iran 1979 yg menyaksikan kejatuhan Shah Iran, penulis buku kontroversi tahun 1988 - Satanic Verses (Surah-surah Syaitan) - Salman Rushdie difatwakan dihukum bunuh.

Salman Rushdie pada hari ini masih sehat dan selamat di negara barunya, Britain. Beliau masih mnulis buku namun tidak 'segah' buku terawalnya yg menghina Islam, Nabi Muhammad SAW dan Al Quran.

Lebih membanggakan, Salman yg hidup kaya raya hasil konroversi itu dianugerahkan Sir oleh Ratu England atas 'sumbangannya'

Di Abuja, Nigeria beberapa tahun lalu ketika konroversi penganjuran Ratu Cantik Dunia atau Miss World hendak diadakan, bantahan diadakan krn Nigeria merupakan sebuah negara Islam serta anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Berpuluh nyawa terkorban apabila puak sekular dan puak Islam bertelagah berkenaan isu terbabit.

Ketika isu itu memuncak naik, seorg lelaki mendakwa, jika Rasulullah SAW masih hidup, nescaya baginda akan mengahwini salah seorg daripada ratu cantik Miss World tersebut.



hal ini mencetuskan pertumpahan darah teruk sehingga menyebabkan Miss World Organization dibawah Julia Morley memindahkan acara ke London. Pertandingan dimenangi wakil dari negara Islam, Turki - Azra Akin.


Di New York, seorg wanita Amina Wadud mencetuskan pertikaian dikalangan ulamak Islam apabila mengimamkan solat jumaat di Episcopal Cathedral of St. John the Divine, New York pada 18 Mac 2005 . Beliau sehingga kini mempertahankn tindakannya itu sebagai boleh dan punya ramai pengikut lelaki yg bersedia menjadi makmum. Oleh kerana Islam tidak dikuatkuasakan di US, tiada tindakan dpt diambil terhadapnya.

Di Malaysia, seorg blogger terkenal menghina Nabi Muhammad SAW dan sunnah poligami apabila mengupas isu mengenai baginda di blog miliknya.

Beliau masih sedang dlm proses perbicaraan dan belum terdapat tanda2 perbicaraan akan bermula (sehingga artikel ini ditulis)

Terbaru, NGO Sisters in Islam menubuhkan jawatankuasa mahu mendesak kerajaan menghapuskan sebarang bentuk hukuman sebat dalam undang2 syariah kerana disifatkan tidak adil dan melanggar hak asasi seseorg manusia.


****************


Lihatlah, Islam tidak hanya dihina oleh orang yg tidak memahami Islam yakni non Muslim bahkan Islam juga dihina penganutnya sendiri.

Bagaimana perkembangan agama ini disekat dan diperkotak katikkan oleh penganut agama itu sendiri dengan menggunakan saluran dan kaedah yg sangat jahil.

Mungkin ada yg menghina Islam secara tidak sengaja. Terlalu banyak contohnya seperti membuka aurat dikhalayak ramai, bersalaman berlainan jantina, meninggalkn solat dgn sengaja, mengambil serta memberi rasuah dan meminum arak.

setiap dari kita adalah refleks kpd Islam. oleh itu, janganlah kita menjadi golongan yg menjatuhkan Islam.

Islam tidak akan jatuh. dan akhirnya, kebatilan akan tetap tunduk kpd kebenaran.


nasihat khusus utk diri sendiri

Monday, September 28, 2009

Kenapa Islam ditolak?



Pendakwah perbandingan agama tersohor, Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat mengklasifikasikan beberapa alasan mengapa non muslim tertolak terhadap Islam.

1. Nabi Muhammad SAW dituduh fidofil
Bukan Islam tidak dpt menerima manusia agung ciptaan Allah adalah Nabi Muhammad SAW. Pelbagai kisah direka oleh mereka dlm pada mahu menjatuhkn maruah baginda. Kisah pelbagai versi yg menjadi fitnah ini nyata menjadi kunci mengapa Islam tidak diterima sebahagian cendekiawan dan ilmuwan Barat.

Baginda dituduh fidofil atau lpencabul kanak2 perempuan krn mengahwini seorg kanak2 bawah umur - Aishah r.a

Apa agaknya jawapan anda?

2. Poligami
Baginda juga dituduh gila seks atau sex maniac krn mengahwini berbelas isteri (sedangkn diriwayatkn isteri2 baginda tidak lebih 7 org dan hanya seorg saja anak dara yakni Aishah selebihnya janda dan ibu tunggal)

Barat mengiktiraf monogami dan menolak poligami krn mendakwa menjatuhkn maruah wanita. Ironinya, di Barat, seks bebas dijadikan kayu pengukur peningkatan maruah wanita dan terdapat beribu2 wanita yg tidak berkahwin.

Islam membenarkn poligami namun terdapat beberapa syarat yg wajib dipenuhi antaranya mampu dan boleh berlaku adil.


3. Pembahagian harta pusaka - hukum faraidh
Lelaki menerima 2/3 dari bahagian pusaka manakala wanita cuma sepertiga.
Logiknya, ia dilihat tidak adil krn seolah2 meminggirkn hak wanita. Terdapat double standard dalam Islam.
Ironinya, lelaki diberikn hak lebih krn punya tggjwb terhadap ibubapa, isteri, saudara perempuan dan tanggungannya sedangkn wanita berkuasa mutlak ke atas sepertiga harta yg diterimanya tnpa boleh diusik hatta si suami dan anak2 tnpa izinnya.

4. Perang & Keganasan
Islam dituduh menganjurkn keganasan. Perkara ini ada asasnya apabila muncul kumpulan militan yg cuba membusukkan nama Islam atas dasar jihad dan perjuangan. Kumpulan ini nyata memberi imej negatif terhadap Islam sehinggakan di Amerika Syarikat, lelaki berjanggut dilayan dgn buruk sekalipn dianya seorg sikh krn keliru antara Islam dan imej lelaki sikh.

Islam tidak pernah menganjurkn peperangan terhadap bukan Islam tnpa sebb yg kukuh. Selagimana pihak yg satu lagi memelihara perjanjian dan kesucian Islam, selagi itulah Islam akan meraikan mereka.

Rasulullah SAW sendiri merangka Piagam Madinah dgn kerjasama suku kaum bukan Islam termasuk Yahudi krn Baginda mengiktiraf kehadiran mereka di bumi Islam. Kes pengeboman di negara2 Islam ke atas tetamu bukan Islam menunjukkan seolah2 Islam memerangi setiap bukan Islam dan sengaja membunuh mereka yg tidak berdosa.

5. Sikap kita - umat Islam
Seorg shbt bukan Islam pernah bertanyakn kpd saya, kenapa ada org Islam yg minum arak, berzina dan tidak menutup aurat?

Jawapannya mudah, "Islam is not what some muslim do. Islam is what all muslim are supposed to do"



[Tragedi memperingati Karbala - sunnah atau bid'ah?]


Kita menjadi cermin refleksi terhadap pandangan bukan Islam yg menilai Islam berdasarkn umatnya bukan agamanya.

Jadi, sama2lah kita berusaha utk mengembalikn maruah Islam dan memberi contoh baik kpd bukan Islam supaya agama Islam tidak lagi diperkotak katikkan.

Wallahualam.



notakaki


Jangan persoal apa Islam buat utk kita tapi tanyalah apa kita telah buat utk Islam?


You may interest

Blog Widget by LinkWithin