Takziah dan Al fatihah kepada saudara kita yg berada di Sumatera, Indonesia.
Bilamana Ayatollah kembali semasa Revolusi Iran 1979 yg menyaksikan kejatuhan Shah Iran, penulis buku kontroversi tahun 1988 - Satanic Verses (Surah-surah Syaitan) - Salman Rushdie difatwakan dihukum bunuh.
Salman Rushdie pada hari ini masih sehat dan selamat di negara barunya, Britain. Beliau masih mnulis buku namun tidak 'segah' buku terawalnya yg menghina Islam, Nabi Muhammad SAW dan Al Quran.
Lebih membanggakan, Salman yg hidup kaya raya hasil konroversi itu dianugerahkan Sir oleh Ratu England atas 'sumbangannya'
Di Abuja, Nigeria beberapa tahun lalu ketika konroversi penganjuran Ratu Cantik Dunia atau Miss World hendak diadakan, bantahan diadakan krn Nigeria merupakan sebuah negara Islam serta anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Berpuluh nyawa terkorban apabila puak sekular dan puak Islam bertelagah berkenaan isu terbabit.
Ketika isu itu memuncak naik, seorg lelaki mendakwa, jika Rasulullah SAW masih hidup, nescaya baginda akan mengahwini salah seorg daripada ratu cantik Miss World tersebut.
hal ini mencetuskan pertumpahan darah teruk sehingga menyebabkan Miss World Organization dibawah Julia Morley memindahkan acara ke London. Pertandingan dimenangi wakil dari negara Islam, Turki - Azra Akin.
Di New York, seorg wanita Amina Wadud mencetuskan pertikaian dikalangan ulamak Islam apabila mengimamkan solat jumaat di Episcopal Cathedral of St. John the Divine, New York pada 18 Mac 2005 . Beliau sehingga kini mempertahankn tindakannya itu sebagai boleh dan punya ramai pengikut lelaki yg bersedia menjadi makmum. Oleh kerana Islam tidak dikuatkuasakan di US, tiada tindakan dpt diambil terhadapnya.
Di Malaysia, seorg blogger terkenal menghina Nabi Muhammad SAW dan sunnah poligami apabila mengupas isu mengenai baginda di blog miliknya.
Beliau masih sedang dlm proses perbicaraan dan belum terdapat tanda2 perbicaraan akan bermula (sehingga artikel ini ditulis)
Terbaru, NGO Sisters in Islam menubuhkan jawatankuasa mahu mendesak kerajaan menghapuskan sebarang bentuk hukuman sebat dalam undang2 syariah kerana disifatkan tidak adil dan melanggar hak asasi seseorg manusia.
****************
Lihatlah, Islam tidak hanya dihina oleh orang yg tidak memahami Islam yakni non Muslim bahkan Islam juga dihina penganutnya sendiri.
Bagaimana perkembangan agama ini disekat dan diperkotak katikkan oleh penganut agama itu sendiri dengan menggunakan saluran dan kaedah yg sangat jahil.
Mungkin ada yg menghina Islam secara tidak sengaja. Terlalu banyak contohnya seperti membuka aurat dikhalayak ramai, bersalaman berlainan jantina, meninggalkn solat dgn sengaja, mengambil serta memberi rasuah dan meminum arak.
setiap dari kita adalah refleks kpd Islam. oleh itu, janganlah kita menjadi golongan yg menjatuhkan Islam.
Islam tidak akan jatuh. dan akhirnya, kebatilan akan tetap tunduk kpd kebenaran.

nasihat khusus utk diri sendiri
2 comments:
bagaimana hukum islam hendak dijalankan ekiranya yang islam itu sendiri menentangnya..bila si jahil di angakat jadi pemimpin inilah hasilnya
bro yusof..mohon kebenaran untuk meminjam petikan dari entry ini..terima kasih.
Post a Comment