Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Saudara baru

Waktu kat surau tak lama dlu aku terdengar satu perbualan antara seorang saudara baru dengan seorang lelaki Muslim*. Perbualannya singkat tapi beri penuh pengajaran. Aku tahu dia saudara baru sebabnya dia pernah bertanyakan aku cara2 nak solat beberapa minggu sebelum tu.

Jam menunjukkan pukul 7.15 petang dan lelaki Muslim tadi masih bersembang2 dengan saudara baru tu di kerusi depan surau.

"Bila kau nak solat asar? Ni dah pukul 7 lebih. wudhu pun tak ambil lagi.."

"Kejap lagi. Nak pegi la ni.."

"Tengah2 solat nanti tiba2 azan. macam mana? Dah tak sah solat kan?"

"Ape pulak. Yang pentg kita solat sebelum azan tu. Dah lepas angkat takbir kalo azan maghrib masuk kira sah lagi.."

"Yeke macam tu? Tapi janganlah kau sengaja lambat-lambatkan pulak..."


* (baca) dilahirkan Islam
 



Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul




untuk diri sendiri khususnya

Sunday, February 27, 2011

Kafir


Ketika seorang ustaz melawat Yemen baru-baru ini, beliau disapa oleh seorang penduduk tempatan yang mengagumi Malaysia.

Katanya, "Kamu sungguh bertuah berada di bumi Malaysia. Di sini masyarakatnya hampir semua Islam jadi kami tak berkesempatan untuk berdakwah. Tetapi kamu punya peluang itu. Negara kamu masyarakatnya majmuk. Kamu sungguh bertuah!"

Bertuahkah kita? Atau kita mensia-siakan peluang keemasan tersebut..





Entry ulangan



 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

1. Katakanlah (Muhammad), "Wahai orang-orang kafir!
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah.
4. dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, untuk aku agamaku."

Surah Al Kafirun Ayat 1-6


Ketika berdiskusi dgn seorg kenalan menerusi laman sosial Friendster dalam group Islam, Christian, Buddhist, Hindu which one is true? tidak lama dlu, apa yg menarik dlm perbincangan kami ialah penggunaan perkataan kafir dikalangan masyarakat Islam terhadap semua orang bukan Islam.

Menurut Brother Brent yang berketurunan Cina Filipina dan menetap di Amerika Syarikat, beliau yang juga penganut Protestant bertanya kpd saya

"what u muslim call us (non muslim)?"

saya jwb, "infidels or non believer"

Brent, "but we call u (muslims), brothers.."


pemahaman mengenai apa itu infidels atau kafir masih cetek pd saya. saya tidak mengetahui apakah perkataan yang lebih sesuai memandangkan ianya dibenam dlm pemikiran saya dan kebanyakan rakan lain bahawa bukan Islam itu kafir.

Perkataan kafir atau infidels ini sebenarnya tidak layak ditujukan kepada SEMUA bukan Islam. Ini kerana, perkataan kafir yg dipanggil Allah dalam Surah Al Kafirun merujuk kpd org2 bukan Islam yg telah dtg kepadanya KEBENARAN dan mereka yang mengetahui akannya, sengaja menutup kebenaran itu dan menolaknya.

Nah, inilah org KAFIR sebagaimana sepatutnya.

Di Malaysia sendiri, majoriti penduduk bukan Islam yg sebilangan kita label sebagai kafir sebenarnya belum pernah sampai kepadanya kebenaran yakni syahadah dan mentauhidkan Allah. Kalau adapun pemahaman yang salah mengenai Islam berdasarkan pengamatan terhadap sikap buruk umat Islam itu sendiri.

Bagaimana boleh kita label mereka kafir sedangkan kebenaran tidak pernah smpai kepada mereka?

Dan siapakah yg bertugas utk menyampaikan kebenaran ini?

meyakini bahawa setiap yang lahir sebagai Muslim akan kekal Muslim dan yang lahir bukan Islam akan mati sebagai bukan Islam adalah silap.

Allah itu Maha Adil.

Dalam pada berusaha utk mensejahterakan akidah dan mensahihkan ibadah, menjadi tugas kita utk menyampaikan kebenaran.

Pesan Nabi SAW dlm sahih Bukhari, sampaikan bagiku walau satu ayat.

Moga mulai saat ini kita berhenti memandang saudara bukan Islam kita sebagai kafir atau musuh sebaliknya melayan dan melihat mereka sebagai saudara dan menunaikan hak2nya sebagai saudara.


renungan utk diri sendiri dan semua khususnya



Wallahualam bisawab

Monday, January 31, 2011

Karma vs Ujian



"Kau percaya pada karma?"


Bila kita teraniaya dan dianiaya, selalunya kita akan mengharapkan orang disebelah sana tu akan menerima balasannya.

Kalau ikut hukum alam, buat baik akan dibalas baik
Buat jahat dibalas jahat. Itulah karma.

Seorang sahabat aku tak lama dulu seorang lelaki yang jahat. kaki perempuan, ganja dan tak solat, tak puasa.
Satu hari dia berubah dan tinggalkan perkara2 jahiliyahnya.
Ditakdirkan Allah, dia bertemu dengan seorang gadis dan gadis itu meninggal dalam kemalangan kereta yang dipandunya.

Dia mula menyalahkan takdir kerana dia dahpun meninggalkan apa yang dikatakan, 'dosa semalam'
Dia mula meyakini karma dan percaya ini semua ujian yang Allah beri atas apa yang pernah dilalui tu.

Terus terang, aku tak percaya kepada karma.

Aku lebih suka kalau kita rujuk apa yang berlaku sebagai ujian Tuhan.
Manusia hidup untuk diuji ketahanan imannya.

Sebagai contoh, seseorang yang kaki perempuan akan diuji dengan kehadiran gadis2 untuk bersamanya. Selagi dia tak lepasi ujian itu, selagi itulah dirinya akan kekal diuji sedemikian rupa.



Kadang ada sahabat mendakwa diuji perkara yang sama berulang2. Sebenarnya itulah apa yang dikata selagi kamu belum diuji, jangan mengaku kamu telah beriman.

Allah Tuhan yang Maha Adil.


Seringkali kita mengeluh dan salahkan takdir bilamana ujian mendatang dalam pd kita tak sedar. Tapi inilah hakikat hidup, iman sejengkal yang kita ada belum cukup untuk melawaskan dugaan dan serangan syaitan yang akan menggoyahkan iman kita untuk rasa was was kepada Allah.

Seorang brader pernah bgtahu aku,

"Selagi kau belum laksanakan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang, jangan kau berani nak salahkan Tuhan dengan apa yang Dia tetapkan."

Bagi sesiapa yang merasakan dirinya belum cukup redha dengan ujian Allah, tanya balik diri ini, apakah segala yang Allah perintah kita telah ikut?

Bila kita bersedih dan kemurungan disebbkan ujian, dengan itu syaitan akan menghampiri dan merosakkan akidah kita dengan mempersoalkan keadilan tanpa kita sedar kita sebenarnya mempersoalkan Allah.

Jika dunia ini dirasakan kejam, siapakah Penciptanya?

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung. Moga kita sama2 lepasi ujian ini dan jadi umat yang terbaik. Hanya kita yang mampu ubah apa yang ditentukan pada kita samada pengakhirannya baik atau sebaliknya. Teruskan berjuang wahai sahabat.

Pujuklah hati ini yang masih jauh dari Allah.


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma’aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

2:286



cc: dari aku,  untuk aku dan kepada aku..khususnya





Sunday, January 2, 2011

Apa khabar iman?

Selalunya kita jarang untuk belajar memahami sensitiviti dalam agama orang lain
Mgkin disebabkan kita tahu bahawa hanya Islam agama yang benar dan ritual2 agama lain disifatkan pelik dan sia2. Namun bagaimana amalan dan ibadah kita sendiri?

Pengalaman satu

Suatu hari, saya keluar  dengan kenalan non Muslim dan beberapa teman Muslim. Tiba waktu solat, yang selalunya ditangguh2 utk berjemaah memandangkan aktiviti lain 'lebih' penting untuk didahulukan, teman non Muslim tadi mengingatkan;

"Bukan dah masuk waktu solat ke? Pergilah solat dulu"



Pengalaman dua

Majlis jamuan ringan diadakan yang melibatkan percampuran non Muslim dan saudara Muslim, tiba waktu untuk menjamah makanan, tegur seorang non Muslim mengingatkan;

"Tunggulah. Sorang dari korang lead la baca doa makan dulu"





cc: untuk diri ini khususnya

Monday, November 15, 2010

Takdir & Pilihan

Ketika berkesempatan menziarahi Interactive Dakwah training (IDT)  bulanan yang diadakan baru2 ini, syukur dan terharu melihat beberapa saudara baru yang tekun menambah ilmu mengenai perbandingan agama.

Juga ketekunan dan kegigihan beberapa sahabat yang hadir untuk kelas Kristianiti.

Setiap jalan yang kita lalui itu adalah pilihan kita sendiri. Jika kita memilih jalan maksiat janganlah salahkan takdir kerana hidup ini Allah berikan kita akal untuk mendidik nafsu dan kebebasan memilih.

Menurut kisah seorang sahabat, ketika bersama dengan sekumpulan manusia, beliau terdetik rasa malu untuk mengundur diri ke surau menunaikan solat dan dipandang janggal sedangkan solat itu wajib bagi setiap orang Islam yang berkuasa. Namun digagahi juga kerana mengenangkan ianya tanggungjawab yang wajib ditunaikan sebagai seorang Islam.


*********


Sabda Rasulullah SAW  "Islam itu dimulai dalam keadaan asing, dan suatu saat akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”

Sahabat lalu bertanya “Ya Rasulullah, Siapakah orang asing itu ? Rasulullah menjawab ”Itulah orang yang berbuat baik di waktu manusia berbuat kerosakan

H.R. Muslim 




Sahabat yang dirahmati Allah, mari mengembalikan cara hidup Islam. Kerana Islam bukan sekadar agama semata. Islam adalah cara hidup lengkap.
Moga kamu, saya dan kita semua diteguhkan hati bermujahadah dalam kembali kepada fitrah Islam.
Ameen.

Friday, November 5, 2010

Prophet Muhammad SAW





Video ini membuatkan saya menitiskan air mata mendengarkan kisah betapa cintanya Nabi Muhammad SAW terhadap kita ummatnya.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW. Nabi, Rasul dan Pesuruh Allah yang amat dicintai.

Kami merinduimu

Saturday, September 18, 2010

Liku

 
Bila seorang soleh cuba utk masuk ke dalam satu kumpulan manusia yang penuh kebatilan
pengakhirannya dua

pertama

berjaya menarik mereka ke arah kebaikan
menunjukkan jalan yang lurus
menjadi panduan dan rujukan 

kedua

hanyut dalam kebatilan
terbuai2 dengan maksiat
lupa pada matlamat asal




Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka anggaplah ia musuhmu , kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. 
35 : 6

Wednesday, September 1, 2010

Hati

utk diri sendiri khususnya

Sunday, August 29, 2010

Erti merdeka



Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.



Seringkali kita membayangkan setiap bukan Islam itu kafir
sedangkan maksud kafir itu sendiri tidak kita fahami

Kafir yg dinyatakan oleh Allah dlm Surah Al Kafirun itu merujuk kepada bukan Islam yg mana setelah dtg kpdnya kebenaran lalu menolak dan menafikannya.
Ini bermakna selagi Islam atau kebenaran tidak smpai kepadanya, tidaklah seseorang itu layak digelar kafir
Di Malaysia, usaha2 ke arah mendidik dan mengajak kepada kebenaran kurang dan byk perkara yg berlaku menunjukkan kelemahan kita sebagai muslim yg gagal menafsir dgn bijak ayat2 Allah dan menggunakannya sebagai medium membezakan Islam dan bukan Islam. Sedangkan Allah menyuruh kita mencari titik persamaan.


Islam itu rahmat sekalian alam
janganlah kita sempitkan ia utk sesetengah golongan
mari menyebarkan ayat2 Allah
mengikut kemampuan kita.

semoga Allah beri mereka dan kita hidayah.
Ameen

Islam itu indah 
:)



Salam Kemerdekaan Malaysia ke-53




notakaki
bersyukur dilahirkan Islam dibumi Malaysia

Sunday, July 25, 2010

Thursday, July 1, 2010

Tattoo


 
Adakah seseorang yg mahu memeluk Islam perlu dan wajib memadamkan tatu pd badannya?

Prosedur menghilangkn tatu sangat menyakitkan.

Adakah ini Islam?

Islam tidak menyusahkan penganutnya.

Jadi, tk mendatangkan mslh sekiranya seseorg itu mahu memeluk Islam walaupn badannya bertatu.

Kita sedia maklum tatu tidak melancarkn resapan air pd kulit jd bagaimana wudhu dn ibadah mualaf tadi sekiranya masih bertatu.

pokok pangkalnya, yg pentg adlh Islam tidak menyusahkan sesiapa. Bagi bukan Islam yg mahu kembali kpd fitrah Islam, tidak diwajibkan membuang tatunya.

Kenapa dan mengapa? sila rujuk pakar Fekah mengenainya.

yang pentg, sekiranya ada shbt dn kenalan yg berminat mengenai Islam..
jangan bercerita soal tatu, khatan atau zakat..

khabarkn berita gembira mengenai syahadah dan janji2 Allah kpd sesiapa yg mentauhidkan Dia

=)

Wednesday, June 30, 2010

Thursday, May 27, 2010

Andai ini Jumaat yang akhir





Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.



Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan  seraya berkata " Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.






Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbuny lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng in setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang


 nota

Siapa sangka, setiap risalah yg HAQ itu mampu menyentuh hati2 manusia diluar sana. Kita hanya menyampaikan. selebihnya urusan Dia.

Sama2 renungi Surah Muhammad Ayat 7

: )

Wednesday, May 26, 2010

Suci dalam debu

Ketika dijemput menghadiri jamuan "Charity Dinner" Kelab Perkim Pusat Asasi UIA tk lama dlu
kebetuln sy bertemu dgn penyanyi nasyeed indie, Muaz

Berbual dgn Muaz sgguh menarik
Beliau mengutarakan pandangan mengenai dakwah menerusi muzik

Walaupn rmai ulama tidak menyenangi 'dakwah' begini namun Muaz percaya dgn apa yg dipegangnya iaitu selagi apa yg disampaikan itu memberi manfat kpd org lain dn tidak melalaikan. Beliau juga berhujah menggunakan dalil2 yg jelas.




** Suatu masa dlu, lagu nasyeed Raihan begitu popular
Antaranya ialah lagu Puji Pujian
Sampai skrg ianya masih lagu yg paling sy gemari

Pernah sy mendengar seorg kanak2 bukan Islam menyanyi2 lagu tersebut ketika promo nya ditayangkn di TV

Mgkin dia tidak faham apa maksud sebenar lagu tersebut

tapi sekurang2nya, mesej dakwah itu sampai dan sy percaya sekiranya dibukakan pintu hatinya, kanak2 tadi akan menjadi seorg yg mencari dn berjumpa insyaALLAH

Begitulah yg berlaku kpd seorg shbt, Bro Yusuf yg memeluk Islam pd usia 15 tahun selepas bertahun2 tidur paginya dikejutkan dgn azan subuh.

hati manusia itu milik Allah. Bila2 masa Dia boleh jentik dan bolak balik kan.
Hidayah semestinya milik mutlak Dia.

Moga setiap usaha kita dipandang olehNya

: )

nota
sangat minat suara dn lagu2 Allahyarham Ustaz Asri Rabbani

Monday, April 26, 2010

Kita vs Mereka

Sejak kecil, kita ditakutkan dgn gerakan2 Kristianiti dan yahudi.

Apa yg menyedihkan dakyah ini direka2 oleh org Islam sendiri dan disampaikan generasi ke generasi..
sebagai cth :

Holy Water - tidak benar sama sekali dakwaan air ini mengandungi jampi utk memurtadkn org Islam sedangkn mereka sendiri (Kristian) tidak meminumnya.

Ibubapa bimbang dgn anak2 yg mgkin terpengaruh dgn elemen yg menjurus kpd murtad - satu aspek yg paling dan perlu dibimbangi.

Akn tetapi apakah yg lebih penting dr murtad?

Pemahaman agama yg jelas. Ibadah yg sahih dan Akidah yg sejahtera.

Terlalu byk isu disebalik semua ini.
Kita bimbang anak2 kita terjerumus dlm perangkap murtad sedangkn kita tidak menyediakn mereka bekalan cukup utk menepisnya.

Sebagai cth, kita membekalkn anak2 kita dgn peta. tapi kita tk sediakn panduan dan bimbingan bagaimana membaca peta tersebut.

Sudah terlalu lama kita takutkan gerakan mubaligh Kristian.
Apakah yg harus ditakuti sekiranya kita yakin bahawa Islam adalah kebenarannya?

Remaja masakini lebih gemar membaca ttg dakyah2 yahudi dn kisah misteri pelan kedatangan Dajal Al Masih namun persediaan ke arah menangkis dakyah dikalangan kita masih kurg dan lemah.

Selepas kita membaca dakyah2 ini apa yg kita lakukan? Sebarkan?
Sedangkan pokok pangkal dan kebenarannya masih belum pasti dn jelas.
Boleh jd kita menyumbang kpd fitnah dan memburukkn agama lain.


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” 

[Al Hujuraat : 6]


Smpai bila kita hanya bimbang dan takut sedangkan gerakan dakwah pihak satu lagi terus maju dan mara.
Kita hanya tahu menepis, menuduh dan berdoa.





Cukuplah dgn ketakutan yg kita cipta ini. 
Mari kembali kpd Al Quran dan AsSunnah


Islam agama yg benar.


 wallahualam bisawab




nasihat khusus utk diri ini 





nota
sy pernah membaca beberapa rencana mengenai dakyah yahudi dn kristianiti yg begitu popular dikalangan remaja skrg. namun, byk yg ditulis tidak berdasarkn kajian yg tepat. Bukan mahu menyokong agama lain, lebih kpd peringatan kpd kita supaya menjaga agama dan akidah kita dlm ms sama berhenti menfitnah agama org lain. Dakwah dan mesej Islam tidak akn smpai sekiranya kita menuduh org lain apa yg mereka sendiri tk pernah lakukan. Menfitnah dan memburukkan agama org bukan ajaran Islam apatah lg tnpa bukti dn sumber yg sahih.

Allah Lebih Mengetahui.

Sunday, April 25, 2010

Zikrulmaut



Mengingati mati adlh tarbiyah terbaik..

Dunia yg dikejar bersifat sementara

klik SINI utk membaca satu artikel menarik tulisan Ustz Zaharudin.net

Moga kita sama2 merenunginya.

Saturday, April 24, 2010

Di mana bahagia?


Ibnu Hibban meriwayatkan satu hadis Rasulullah SAW mengenai bahagia...
Jiran yg baik
Isteri solehah
Kenderaan yg baik
rumah yg luas...



Definisi bahagia terlalu luas utk dirungkaikn...


Seorg ibu mengaku bahagia melihat anak2nya membesar menjadi manusia berguna

Seorg guru bahagia bilamana anak muridnya mendapat keputusan cemerlang

Seorg anak merasa bahagia punya kasih syg mencurah dr kedua ibubapa

Seorg kekasih bahagia dihargai oleh kekasihnya


Apakah ini bahagia hakiki?


Bahagiakah bila kita bangun pg jam 8 dn terlepas subuh?

Bahagiakah kita bila tiada lg org menegur kelalaian kita?

Bahagiakah bila kita meninggalkn suruhanNya dan tegar melakukan laranganNya?

Bahagiakah kita dgn harta bertimbun2 sedangkn disatu sudut sebuah keluarga mengadu kelaparan?








nota

dimana bahagia?




utk diri ini khususnya

Wednesday, April 21, 2010

Buang Tabiat

Tertarik sy dgn satu pandangan seorg ustaz dlm satu ceramah mengenai penambahbaikan sistem hubungan masjid dan masyarakat baru2 ini.

Menurutnya, masyarakat kita susah nk keluar dr kebiasaan.
Apa sj perkara yg dilakukan secara diluar kebiasaan akn dianggap sebagai buang tabiat

Buang tabiat pula merujuk kpd istilah org2 lama kpd mereka yg semakin dekat ajalnya.

Sebagai contoh,

Apabila wartawan bertemu dgn keluarga si mati, soalan yg wajib ditanya ialah

"apakah perubahan yg berlaku pd arwah beberapa hari ni....?"

"Arwah tiba2 byk ckp, suka bergurau, makan dgn banyak..pegi masjid...solat jemaah"


Dan apabila shbt2 kita yg ingin berubah kpd kebaikan, perkara pertama yg kita akn sebut ialah,

"Buang tebiat ke hang tiba2 pegi masjid subuh ni?"

Ketika sy tggal di hostel tk lama dlu,
seorg shbt sy begitu meminati gitar dn muzik..
dan beliau jarang2 solat melainkn solat Jumaat di masjid.

satu hari, apabila singgah di biliknya, beberapa rakan terkejut melihatnya solat

masing2 bertanya,

"eh, tahu solat rupanya.."

"buang tebiat budak ni.."
"ingatkn dh tk knal tikar sejadah"

dan yg lebih ekstrem berkata,  "hari2 sibuk dgn muzik, solat pn tk guna, bukan diterima.."

apabila bertemu dn bertanya pd shbt td, beliau mengadu, lama tk solat krn merasakn dirinya jahat dan tidak diterima solatnya seolah2 mengiyakn kata2 rakan2 td.

Apa yg menyedihkn ialah, apabila seseorg itu mahu keluar dr kegelapan ke cahaya, bermacam kata2 yg menyakitkn akn kita keluarkn.

Bukankah lebih baik kita memujinya apabila seseorg yg tk pernah solat, tiba2 tergerak utk solat sekalipn cuma satu waktu sehari. ia satu permulaan yg sgt baik.
ataupn, cukuplah sekadar menghadiahkn sekuntum senyuman.

Sahabat begini perlukn bimbingan dn skongan.
Dan kata2 yg menyakitkn itu sbnrnya lebih tajam dr mata pedang

Jom berubah!!!




Pesanan utk diri ini dan semua.

Wallahualam bisawab



Tuesday, April 13, 2010

Memperkenalkan Allah kepada kanak-kanak


"Kita tk takut Allah. kita takut hantu...."

"kenapa ckp mcm tu?"

"Sebb kita nmpk hantu...tp tk nmpk Allah"

Media byk memaparkan gambaran kisah2 tahyul spt hantu yg banyak merosakkan akidah kanak2.

Dlm pd mendidik juga, pendekatan yg kita beri kebanyakannya menjurus kpd menakutkn dn bukannya mendidik dgn kata sebenar.


sebagai cth:


"adik jgn pegi main dkt gelap tu...nt ade momok"

"jangan nanges2...nt hantu dgr"

"jgn tdo lmbt, nt hantu dtg"


pkr ini membuatkn anak2 diprogramkn dan banyak merosakkan akidah mereka krn lebih mempercayai kewujudan hantu berbanding Allah.


Bagaimana memperkenalkn Allah kpd anak2 kecil?


Satu pendekatan yg sy pernah lakukn kpd adik sy yg berumur 5tahun.


"adik, Allah tu ada tk?"


"tkda.."


"knape tkda?"


"tk nmpk pn?"


sy cubit adik sy sedikit kuat...


"sakit tk?"


"sakit!"


"mana sakit? tk nmpk pn?"


"nii...."


"mana? tk nmpk pn.."


"niii....sakit!"


"haa...td adik kata sakit. tp abg tk nmpk pn adik sakit kt mana. tp adik rs sakit kn? mcm tu jugk Allah. adik tk nmpk mn Allah, tp Allah tu ada. kn?"





pentg sbnrnya utk kita meyakinkn dr kecil kpd adik2 kita ttg kewujudan Allah dn apa yg dia blh nmpk dn sentuh tu bukannya Allah.


mari kita sama2 boikot pendekatan media yg menanam program kpd anak2 ttg hantu bg memastikn anak2 kita lebih sejahtera akidahnya.




Wallahualam bisawab

Saturday, April 3, 2010

Jangan Marah

Seorang kenalan memberitahu sy, org yg slalu memaki hamun dan marah2 baru2 ini meminta pertolongan drnya.

kata sahabat tadi, dia tk mahu menolong krn sakit hati dgn perbuatan org tadi.
katanya, dia tk boleh nk hipokrit membantu sedangkn dianya tidak ikhlas. apatah lagi selepas perbuatan org tu kpdnya.

sy membawa shbt td mengimbau kisah dimana pd zaman Nabi SAW, seorg yahudi memaki hamun dan membaling sampah kpd baginda setiapkali baginda melalui jalan tersebut.

dan, baginda tk pnah sekalipn mengadu pd shbt atau membenci yahudi terbabit.

kalau kita, bgaimana agaknya?

dan selepas beberapa lama, baginda dapati yahudi terbabit tidak kelihatan lg menunggunya di jalan utk membaling sampah kpdnya, baginda bertanyakn kpd jiran yahudi terbabit dn mendapati dianya sakit.

baginda SAW segera menziarahinya, mengemas rumahnya dan menyediakn makanan utknya.

ats kebaikan inilah, yahudi tadi akhirnya malu dn insaf serta akhirnya memeluk Islam di hadapan Baginda SAW.


kata shbt tadi, tk mgkin beliau mampu berpendirian dan bersikap spt Rasulullah SAW.

pada saya, sape lagi suri ikutan terbaik? kalau kita tk nak ikut baginda Nabi SAW, kita nk ikut siapa?

Baginda menjalankn dakwah seiring dgn akhlak murni baginda...

Baginda contoh terbaik.

berbalik kisah shbt tadi, sy pernah mengalami mslh yg sama baru2 ini...
walaupn sukar utk memaafkn perbuatan org...namun apa yg lebih menenangkn ialah berusaha memaafkan apa adanya..

membersihkn jiwa2 kita dr perasaan benci dan marah...






Betul, kita manusia biasa..mana mgkin kita mampu sehebat akhlak Nabi SAW. tetapi, sama2 kita berusaha dan menjadikan baginda teladan terbaik dlm amalan seharian kita.

mulakn hari dgn senyuman krn itulah sedekah yg mulia, besar ganjarannya tetapi paling sukar utk dikeluarkan

: )


utk diri sendiri dn semua khususnya

Wallahualam bisawab.



**masih belajar utk senyum

You may interest

Blog Widget by LinkWithin