Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Showing posts with label Siri perjalanan muallaf. Show all posts
Showing posts with label Siri perjalanan muallaf. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Kita dan mualaf

Soalan: Siapakah yang bertanggungjawab untuk menjaga dan membimbing mualaf?

Jawapan: Perkim, Jakim, ulama, ustaz, semua umat islam, Pemerintah atau sesiapa yang berpeluang bertemu dengan mualaf...

Bila kita sebut nama-nama diatas, ini bermakna kita melepaskan tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Sedangkan Kitalah yang bertanggungjawab terhadap mualaf..




Ya, aku (baca: diri sendiri)

Tuesday, November 22, 2011

Syahadah & Birokrasi

Baru-baru ni seorang jiran saya yang hanya dikenali sebagai Uncle Lim meninggal dunia. Uncle Lim seorang yang baik. Gemar membantu jiran yang dalam kesusahan. Kebaikannya disenangi oleh ramai orang.

Dilahirkan dalam keluarga cina di kampung Melayu, jadinya Uncle Lim sudah biasa dengan orang Islam. Perkataan macam alhamdulillah, asalamualaikum dan inshaAllah sudah menjadi percakapan biasa baginya. Niatnya bukan untuk mempersenda tapi lebih kepada terbiasa disebabkan pergaulan sehariannya disekeliling masyarakat Muslim.

Seringkali jiran-jiran bercerita tentang Uncle Lim yang pernah meluahkan hasrat untuk memeluk Islam. Namun, mungkin sangsi dan menyangka niatnya main-main maka sehinggalah hari matinya, Uncle Lim masih bukan Islam. Memeluk Islam bagi mereka rumit kerana terpaksa mencari masa membawa (bakal) mualaf ke pejabat agama yang jauh dan mengisi borang yang pelbagai. rumit sekali.


Akan tetapi, sebenarnya memeluk Islam tidak memerlukan itu semua. Cukuplah bersaksi Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Maka Islam lah dia itu. Dan sesiapa juga boleh mengislam seseorang yang lain. Tak perlu melalui suatu proses rumit dan menyusahkan. Kerana Islam itu menyenangkan.

Malangnya, kerenah birokrasi dan sikap kita menyebabkan seseorang itu yang sepatutnya mendapat cahaya hidayahNya mati dalam keadaan tidak beriman.

Ajal, takdir dan hidayah itu tidak seharusnya dijadikan alasan atau penyebab untuk menutup kelemahan kerana kita pernah diberikan peluang. seharusnya tidak dipersiakan. selebihnya urusan Dia.

Semoga kita dapat selamatkan ramai lagi Uncle Lim di luar sana dan muslim yang masih jauh dariNya.
Kerana Islam bukan hanya untuk kita.

Untuk diri ini khususnya.

Thursday, June 30, 2011

Saudara baru

Waktu kat surau tak lama dlu aku terdengar satu perbualan antara seorang saudara baru dengan seorang lelaki Muslim*. Perbualannya singkat tapi beri penuh pengajaran. Aku tahu dia saudara baru sebabnya dia pernah bertanyakan aku cara2 nak solat beberapa minggu sebelum tu.

Jam menunjukkan pukul 7.15 petang dan lelaki Muslim tadi masih bersembang2 dengan saudara baru tu di kerusi depan surau.

"Bila kau nak solat asar? Ni dah pukul 7 lebih. wudhu pun tak ambil lagi.."

"Kejap lagi. Nak pegi la ni.."

"Tengah2 solat nanti tiba2 azan. macam mana? Dah tak sah solat kan?"

"Ape pulak. Yang pentg kita solat sebelum azan tu. Dah lepas angkat takbir kalo azan maghrib masuk kira sah lagi.."

"Yeke macam tu? Tapi janganlah kau sengaja lambat-lambatkan pulak..."


* (baca) dilahirkan Islam
 



Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul




untuk diri sendiri khususnya

Tuesday, March 23, 2010

Memahami muallaf



Ketika berkesempatan bertemu seorang sahabat,Lee di Pulau Pinang baru2 ini, beliau bkongsi satu kisah lucu yg dialaminya.

Menurutnya, beliau tidak menukar namanya kpd dlm bahasa Arab dan mengekalkan apa yg telah dinamakan oleh keluarganya sebelum beliau menemui Islam.

Ketika majlis akad nikahnya dgn seorg wanita Melayu setahun lalu, saksi2 perkahwinannya berbisik sesama mereka kononnya bimbang beliau akan melarikan anak2 mereka nanti selepas berkahwin krn beliau tidak menukar namanya kpd nama Islam atau bahasa Arab sebagaimana biasa dan ber Bin kn Abdullah.





Menukar nama merupakan satu isu yg sensitf bagi masyarakat Cina. Ini kerana ia membawa nama asal usul keturunan mana dan dari generasi ke berapa seseorang itu.

Dalam Islam, menukar nama kepada dalam bahasa Arab tidak diwajibkan. Nama seserog Muslim itu hendaklah membawa maksud yang baik. Tk kira dalam apa bahasa sekalipun dan tidak semestinya dalam bahasa Arab.

Apa yang lebih penting memberi pemahaman Tauhid terlebih dahulu.

Juga kita silap bilamana mempersoalkan samada mereka sudah 'potong' atau belum sedangkan mengenali Allah itu lebih utama berbanding soal itu - pd peringkat awal memeluk Islam

Selepas akidah mantap, barulah kita memasukkan elemen2 fiqh yg sesuai dgn tahap seseorg mukalaf tersebut.

Jadi, apabila datang seseorg yg berminat ttg Islam, jgn bercerita dulu soal puasa, zakat, solat, haji dan sebagainya. Juga tk perlu sentuh soal potong dan menukar nama.

Yang lebih pentng, kukuhkan akidah saudara kita dgn asas mentauhidkan Allah.



Wallahualam bisawab



Sunday, March 14, 2010

Bersama muallaf 1



Syukur alhmdulilah hari ni Allah perkenalkn dgn dua saudara seakidah yg sgt tegar berjuang mempertahankan syahadah mereka.

Bro yusuf menceritakan pengalaman bliau menerima Islam dan nyata air mata ini bergenang lagi memikirkn betapa bersyukurnya diri ini yg lahir dan menerima Islam tnpa perlu sebarang tentangan dan halangan.

menurut bro yusuf, bliau memeluk Islam ketika tingkatan 5 dan mengamalkan Islam secara sembunyi. beliau juga masih belum memberitahu ahli keluarganya ttg pilihannya itu. beliau bimbang akn menyakiti hati ibunya yg sgt2 tidak menyenangi Islam

kita dberikan ruang yg sgt selesa utk beribadah dan solat. sedangkan bliau, terpaksa curi2 solat di rumahnya sendiri. bliau tetap tk mahu meninggalkan solat walau sesulit mana sekalipn. sedangkn kita? diberikan pelbagai kemudahan namun masih gagal memenuhi tuntutan sebagai seorg muslim.

mendengarkn kisah kedua dr bro adam menyebabkn hati ini terasa sgt terharu. bro adam menceritakan bagaimana bliau mengkaji agama2 sebelum menemui Islam sbg cara hidupnya kini. setelah keluarganya mengetahui hasratnya memeluk Islam, bliau dihalau keluar rumah.

tk terbayang bagaimana ahli keluarga yg terdekat sggup memperlakukan sebegitu andai terkena kpd kita. namun bro adam tetap kuat dan semgt mahu menyelamatkn akidah keluarganya.

moga bro berdua dan saudara seagama yg lain akn trus tegar berjuang utk syahadah ini.




Ada org lahir sebagai Islam,membesar dlm suasana Islam dan mempunyai segala keselesaan dlm beribadah sebagai muslim.

namun, selalunya brg yg percuma tidak kita hargai..
kita akn lebih hargai brg yg mana ada harga yg harus kita bayar...

moga sama2 kita bersyukur dgn hidayah yg Allah berikan ini dan berdoa ianya tidak akan ditarik atas kelalaian kita.


nasihat khas utk diri sendiri dan semua.


wallahualam bisawab

Sunday, January 31, 2010

Syukur



Syukur alhmdulilah

Islam br saja menerima kehadiran seorg saudara baru pg td..

dgn lafaz syahadah penuh tenang dan lancar dlm bahasa Inggeris saudara Abdul Allah (yg minta identitinya dirahsiakn) hadir ke dlm agama yg benar ini.

terlalu bangga dan syukur dgn kebesaran Allah. Subhanallah!

menjadi saksi pengislaman merupakn detik yg tk boleh dibeli dgn nilai wang ringgit..

walaupn kamera mampu merakamkn detik2 indah tersebut, namun terlalu berbeza dgn apa yg mata ini rakamkn.

perasaannya sukar ditafsir dan disusun dlm baris2 ayat.

semoga kita yg Islam ini sedar diri dan slalu memperbaharui taubat.

Sunday, September 13, 2009

Islam untuk semua

"kenapa kau sibuk2 nk dakwah pada non muslim?"
"dorang selalu hina Islam!"
"sedangkn rmai lg org Islam yg dh mcm kafir. kenapa tk dakwah?"
"kuman sebarang laut kau dok teropong..bangkai gajah depan mata kau tak nampak!"



Apabila mendengar pandangan dan kata2 sebegini, hati saya sedikit terguris. Bukan bermkna saya berkecil hati dgn kata2 itu akan tetapi saya sangat sedih apabila org Islam memandang non muslim sebagai musuh.

Benar.

Mereka adalah musuh. hanya jika mereka menentang Islam. Ketika ini, non muslim menghina Islam krn menerima persepsi negatif dari umat Islam sendiri. Lihatlah pengeboman di jakarta, Pakistan, Mumbai, Bali, serangan bom di Lubnan dan Iraq.

Apakah ini membantu mengubah persepsi non muslim yg Islam bukan agama terror? Rasulullah seorg pengganas?

Kita hanya mampu dan tahu bersuara. Menyalahkn non muslim atas segala yg berlaku. Kita ditindas krn kita terlalu lemah. kita tidak bersatu. kita meninggalkan ajaran Quran dan Sunnah. Kita menunjukkan sisi gelap Islam. Persoalannya, ada ke sisi gelap Islam?

Islam agama Allah. tiada cacat celanya.

Kita umat Islam saja yg mempunyai sisi hitam yg kita palitkn ke atas Islam atas nama perjuangan.

nah, perjuangan apakah yg menghalalkn pembunuhan sedemikian rupa?

jangan menuduh org lain. lihat dlu diri kita.

Seorg shbt saya seorg mubaligh Kristian keturunan Filipina di US bertanya kpd saya,

"what u call us (non muslims)?"

saya jwb, "infidels or non believers. i think in ur belief, u also call us non believers right?"


dia jawab, "no, i call u all 'brothers"



persoalan mengapa perlunya berdakwah kpd non muslim?

saya tertarik dgn komen seorg sahabat blogger,

Blogger mamai said...

sesungguhnya mereka juga manusia seperti kita cuma bezanya peganggan mereka...mereka bukan musuh andai kita tidak melayan mereka seperti musuh

andai musuh jika dilayan seperti saudara pasti dia akan menjadi saudara..

hati manusia sama ada masa lembut juga ia


[terima kasih bro mamai]


Apakah Islam hanya agama utk org melayu atau arab saja? Adakah kerana Nabi Muhammad SAW berbangsa arab maka Islam hanya perlu berlegar disekitar itu saja?

Di Lauh Mahfuz sana, setiap dr kita telah Allah ambil kesaksian. Setiap dr kita adalah Islam.

Apakah kita hanya perlu memeluk tubuh saja melihat Tian Chua, Ong Ka Ting, Samy Velloo, Idris Jala, Karpal Singh dan lain2 dalam keadaan maaf sebut - kafir.

Sahabat2 yg saya muliakan dan dikasihi Allah sekalian,

Hidayah Allah tu takan boleh dpt atau sampai kepada setiap org. Benar.
bayangkan kita dilahirkn oleh ibubapa non muslim. dibesarkn dgn suasana non muslim. dan akhirnya mati sebagai kafir.

seorg shbt saya selepas memeluk Islam begitu marah dgn orang Islam. Katanya, selepas 27 tahun membesar tnpa sebarang pegangan agama tetap, dia akhirnya memeluk Islam. NAmun, apa yg dikesalkn, sebelum memeluk Islam, tiada sepatah pn perkataan 'Islam' atau ajakan sahabat2 Islamnya kpd Islam hatta menceritakan kpdnya ttg Islam selama mereka berkenalan.

kenapa agaknya?

Mgkin berdakwah kpd non muslim bukan kemahiran atau passion semua org. tapi, kita perlu berdakwah dgn cara yg kita yakin dan selesa dgnnya. jika selesa menulis, maka menulislah. jika mampu berdakwah rumah ke rumah maka lakukanlah. jika mampu memberi sumbangan wang ringgit maka sumbangkanlah.

itu antara usaha yg mampu utk kita lakukan.
sekiranya tk mampu buat apa2, cukuplah sekadar tonjolkn akhlak Islam yg baik. itu juga sebahagian dakwah.

jgn melihat kek dan skop Islam itu sempit. pelbagai cara boleh berdakwah.

lakukanlah. insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Rujuk Surah Muhammad Ayat 7 yg bermaksud jika kita tolong agama Allah maka Allah akan menolong kita.

yakinlah dgn janji ALLAH.

menjawab soalan yg di atas. mengapa perlunya dakwah pd non muslim?

lihatlah sana sini sudah banyak pertubuhan yg menaungi program dan dakwah islah sesama Islam.

ABIM
PKPI
GAMIS
PEMBINA
ISMA
PAS
JIM
TABLIGH

masih kurang pertubuhan dan individu yg mahu bergerak utk menarik dan menyentuh hati non muslim di malaysia.

insyaAllah setiap org punya bahagian masing2.
kita lakukan kerja kita. dan mereka melakukan kerja mereka. kita sama2 mendambakan keredhaan Allah SWT. bagi yg bergerak dalam pertubuhan di atas, teruskan usaha kalian. insyaAllah.


nota kaki

penulis membangunkan blog ini pada asalnya untuk berkongsi hujah dalam menangkis hujah non muslim. selingan siri perjalanan mualaf ini adalah bagi berkongsi kesedaran yg sebagaimana pengalaman lalu penulis yg tidak endah ttg comparative religion. utk semua, siri perjalanan mualaf ini adalah bagi membetulkan persepsi silap penulis serta umat Islam terhadap dakwah kpd non muslim dan tanggungjawab terhadap saudara baru.

kita semua punya tanggungjwb




p.S

Ya Allah, moga apa yg aku ungkapkn akn aku laksanakan. Ameen.

Wallahualam.


Friday, September 11, 2009

jalan itu masih terbentang

Aslmualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi SAW

Sewaktu menyertai suatu program bersama perkampungan org asli anjuran Kelab Perkim UIA PJ di Tanah Tggi Cameron, sy berkesempatan bertemu dgn penduduk org asli yg jauh di pedalaman.

Di sana terdapat beberapa kampung org asli dan sayangnya hanya sebuah saja dihuni orang asli yg telah diIslamkn. selebihnya diambil alih pihak Kristian.

Bila diamati kembali, mengapa pihak Islam tidak berupaya menarik minat mereka2 ini kembali kpdnya. Setelah diselidiki, sebuah gereja didirikan di tgh2 perkampungan itu. gereja kecil itu tak ubah seperti rumah2 biasa yg dilihat diperkampungan itu. Menurut seorg penduduk, paderi di situ merupakan penduduk asal kampung tersebut yg aktif berdakwah.

Di kampung yg kami singgah selama seminggu itu, tiada langsung surau atau masjid utk umat Islam. sekiranya mahu ke masjid hatta hanya utk solat Jumaat terpaksa menempuh jalan tanah merah yg memakan masa lebih 3 jam (jika menaiki trak atau pikap). penduduk di sini lebih selesa berjalan kaki krn sudah biasa.

Berkenaan gereja di kampung tersebut, sy merasakan dimana silapnya kita?

Lawatan kami ke kampung tersebut hanyalah permulaan utk mencari tapak membina surau sedangkn pihak sebelah sana sudah jauh kedepan. Malah mereka melantik dan mengasuh anak jati kampung utk menyebarkn dakwah.

Allah SWT melantik nabi dan rasul dikalangan manusia krn hanya manusia sesama manusia saling percaya dan mengenali. Itu sebbnya nabi dan rasul bukan dikalangan jin atau malaikat. Strategi yg Allah gunapakai malangnya tidak kita praktikkan.

dalam mendidik kanak2 misalnya, kita haruslah menjadi seperti mereka. memahami mereka dan menyelami isi hati mereka. jika kita meletakkn diri kita spt mana kita skrg, nescaya kita tidak mgkin akan memahami jiwa lembut mereka.




begitu juga halnya dgn dakwah.

Saya tidak menyalahkn mana2 pihak. tiada gunanya menuding jari.

apa yg penting, kita haruslah memasang strategi kedepan.

ketika tsunami melanda tanahair beberapa thn lalu, sana sini bantuan dihulurkan. Apa yg saya dimaklumkn oleh seorg shbt tionghua, pihak Buddha terlebih dahulu smpai ke lokasi kejadian membawa bekalan bantuan kemanusiaan dan makanan. mereka telah lama bersiap sedia dgn bekalan makanan dan kemanusiaan utk persiapan. sentiasa siap siaga

bagi pihak Islam, kita hanya reaktif. bila berlaku sesuatu, kita mengumpul dana berbulan2 lamanya. sedangkn pihak memerlukannya sekarang.

contoh lain bagaimana Palang Merah Antarabangsa membantu mangsa Gaza dan Tebing Barat.

sebagaimana kisah yg saya baca di blog baru2 ini, seorg sahabat menyelamatkan penagih2 dadah yg dijaga oleh pihak gereja di Kuala Lumpur. tahniah kpd gereja krn tidak memilih bulu dalam membantu mereka2 ini.

namun, yg dibantu itu Islam.
bagaimana dgn akidah mereka?

kita memandang jijik penagih dadah yg dianggap sampah masyarakat.
kita sebenarnya lebih sampah krn sesungguhnya Allah lebih jijik terhadap kita yg angkuh mendongak langit sedangkan mereka ini lebih memerlukan sokongan dan bantuan.

selagimana mereka bernyawa, pintu taubat masih terbuka. kita yg masih sehat dan Alhmdulilah mempunyai fikrah memahami halal haram sentiasalah mendoakan husnul khotimah krn belum tentu masa dpn menjanjikn syurga sekiranya kita hanya melihat salah org lain dan menjatuhkn hukum.


Jika mahu makan ikan
belajarlah dari nelayan


kita tk perlu malu atau terhina. belajarlah bagaimana strategi agama lain melakukan dakwah.
belum terlambat utk melakukan perubahan.

nasihat khusus utk saya dan sahabat2 yg dikasihi sekalian.



p.s

kadangkala biarpun pahit
kebenaran harus ditelan

krn sebagaimana ubat
ianya adalah penawar


Wallahualam


Monday, September 7, 2009

shall we?

"Why our people still question about Allah's Law?"
"It is already stated in Koran. Why our government still don't want to implement that?"

"They prefer to implement man-made law instead of His Law!"Align Center
"Just follow the Law. Enough. That's it!"


Itulah sebahagian kata2 marah pensyarah saya sewaktu rakan sekelas membentangkan tajuk "APOSTASY" Jumaat lalu.

Rakan sekelas sy mencadangkan supaya kerajaan mengetatkan sedikit undang2 berkaitan murtad dikalangan orang Islam di Malaysia. Syukur Alhmdulilah krn mereka masih menaruh harapan agar kes2 murtad seperti Nyonya Tahir, Siti Fatimah dan Azlina Jailani tidak lg kedengaran.

Persoalannya, adakah dgn mengetatkan undang2 Islam khasnya Syariah, murtad masih dpt dibendung? Pertanyaan ini merupakan kata2 org yg pesimis. Siapa kita utk membendung golongan murtad secara senyap. Azlina Jailani misalnya gagal dlm percubaannya menggugurkan perkataan 'Islam' pada Mykadnya. Akan tetapi, adakah kita berjaya menghalangnya dr murtad?

Di negara Timur Tengah dan Teluk khasnya Arab Saudi dan Iran, hukuman bagi murtad adalah BUNUH! Ianya adalah undang2 Islam yg jelas. Namun, kebanyakan negara Islam masih ragu2 utk mengamalkannya dgn alasan "belum cukup mampu"

Mengapa Allah meletakkan MATI sebagai hukuman bagi si murtad?
Terlalu besar hikmahnya.

Mengapa Allah meletakkan potong tangan sebagai hukuman mencuri?
Terlalu besar hikmahnya.

Kita hanya mempersoalkan mengikut kehendak nafsu dan pertimbangan logik kita tnpa berlandaskan nas dan dalil Allah. Lebih malang lagi, umat Islam sendiri menegah undang2 Islam ini ditegakkan.

Berkenaan murtad.
Sewaktu isu Apostasy dibentangkan, ramai yg menyalahkan kerajaan krn gagal melaksanakan hukum Allah bg kes2 murtad yg membimbangkan.
Saya kagum dgn pandangan dan debat bernas yg keluar dr mulut pelajar dan pensyarah universti yg bukan major dalam bidang agama.

Inilah masalah yg selalunya timbul. Orang yg kurg arif bercakap psl agama.

Mereka mendesak hukum Allah dalam Quran ditegakkan dan menyalahkan kerajaan.
Saya akui. kerajaan Malaysia terlalu lembik utk mengamalkan Islam yg sebenar. Tapi, adakah dgn menuding jari kpd kerajaan maka segala permasalahan ini akan selesai?

Adakah kita hanya mahu berpeluk tubuh dan melihat saja seorg demi seorg murtad. Dan bagaimana pula jika sekiranya saudara kita sendiri yg murtad. Apakah masa itu baru kita hendak bertindak?

Apa yg boleh kita lakukan? Kita tk semampu kerajaan..

Tidak. Kita boleh lakukan sesuatu. Tidak semestinya hanya kerajaan yg mampu lakukan perubahan. Segalanya boleh bermula dr kita.

Teringat kisah bagaimana Nabi Allah Ibrahim a.s dibakar dalam api marak oleh Raja Namrud. Seekor burung yg melihatnya kemudian berulang alik mengambil air menggunakan paruhnya yg kecil dr sungai. Maka, binatang2 lain melihatnya dgn hairan. lalu mereka bertanya,

"wahai burung, tidakkah sia2 saja tindakan kamu (mengambil air utk memadamkan api yg marak) itu?"

jawab burung, "Aku lebih takut pertanyaan Allah kpdku kelak. Apakah usahaku ketika kekasihNya sedang dlm kesusuahan!"

Allah tk nilai kejayaan.
Yang penting usaha kita yg istiqamah


Wahai saudaraku yg dikasihi

Apakah pula usaha kita?






p.S

Islam sedang dimomokkan oleh byk pihak termasuk umatnya sendiri


Wednesday, September 2, 2009

mata celik tapi hatinya buta


Ramadhan semakin meninggalkan kita. Jadilah kita insan yg merinduinya. Meratapi pemergiannya.. Align Center
xoxoxoxox

Baru2 ini saya bertemu dgn seorg saudara baru pada pagi Ramadhan
kami bertemu di sebuah restoran mamak jam 7.30 pagi.
Beliau meminta saya membantunya menyelesaikan sedikit masalah dan juga membawa perkhabaran bahawa sahabatnya berminat mendalami dan memeluk Islam. Syukur Alhmdulilah.

Ketibaan saya di restoran itu agak memeranjatkan.
Saya menemuinya dgn minuman dan makanan di atas meja.
Nyatalah beliau tidak berpuasa pagi itu.
katanya beliau tidak tahu berpuasa.
dan beliau tidak faham bagaimana berpuasa.

saya teringat kata2 Imam Al Ghazali

- Jika b'jumpa dgn kanak2, anggaplah mrk lebih mulia krn mrk blm banyak melakukan dosa drpd kita


- Apabila b'jumpa dgn org yg lebih tua,anggapla dia lebih mulia krn dia sudah lama beribadat drpd kita


- Apabila melihat org yg jahil,anggapla dia lebih mulia drpd kita krn dia wat dosa dlm kejahilan,sdgkan kita wat dosa dlm keadaan mengetahui..


Ramai daripada kita mengetahui kewajipan berpuasa dan bersolat. Namun, ramai juga yg sekadar berpuasa dan tidak mampu bersolat.

Solat itu amatlah berat kecuali bg mereka yg khusyuk.

Berpuasa lebih mudah dari bersolat? Sedangkan solat lebih mudah dan seketika cuma berbanding berpuasa yg memakan masa sepanjang siang dgn menahan segala hawa nafsu kita.

Baru2 ini saya menyertai forum membincangkan tindakan biadap wartawan Al Islam yg menceroboh masuk ke sebuah gereja Kristian bagi menyiasat dakwaan berlakunya pembaptisan remaja Muslim di gereja itu pada hujung mggu.

Mereka menyamar dan memasuki gereja. Apa yg memalukan, mereka berpura2 menjadi penganut Kristian dan menerima saja suapan roti dari paderi yg menyuap setiap dari org yg dtg ke gereja pagi itu. dan kemudiannya mereka meluah kembali roti dan mengambil gambarnya. Gambarnya disebarkan bersama artikel dalam majalah Al Islam terbabit.

Setelah puas menyamar dan menyiasat, mereka gagal menemui sebarang bukti dakwaan berlakunya pembaptisan anak2 Muslim di gereja berkenaan.

Apa yg malangnya, mereka TETAP menyiarkan artikel berkenaan tindakan biadap dan bodoh mereka menyelinap masuk ke rumah ibadat org lain dan berlakon seolah2 mereka pengikut Kristian.

Mgkin ada yg mempersoalkn kononnya niat mereka itu murni.
Ya, ada benarnya.

namun, apakah Islam membenarkn kita melakukan tindakan yg biadap sebegitu?
Tidakkah nama Islam akan turut tercemar bilamana pihak sebelah sana mengatakan bahawa umat Islam tidak beretika.

Niat murni wartawan terbabit utk menyiasat sgt2 dipuji. Mereka cintakan agama Allah ini. malangnya, matlamat mereka itu tidak menghalalkan cara.

saya kesal dgn tindakan ini. maka, ramailah pihak2 bukan Islam mengkritik Islam.
Jenama Islam sebagai agama kasih sayang dan kemananan diheret oleh tindakan wartawan yg berlagak hero ini.

saya percaya, kita punya banyak cara lain utk mencari kebenaran samada berlakunya pembaptisan remaja Melayu oleh gereja terbabit. sudahlah tidak punya bukti, artikel itu TETAP diterbitkan.

saya kecewa dgn masyarakat Muslim kini. Mereka mahu mendaulatkan Islam. Tapi dalam masa sama mereka tidak membantu utk Islam dipndg tggi. Mereka membenarkan Islam dipndg hina.

1. kritikan umat Islam ke atas isu sebat

2. Kepala lembu dan kuil Seksyen 23

3. Artikel Majalah Al Islam

Islam kini ditertawakan disebbkn kedangkalan pengetahuan umatnya.

Dimana silapnya?




p.s


sekiranya tidak mahu membantu Islam, janganlah sanggup membuka ruang agama Allah ini diperlekehkan.




Thursday, August 27, 2009

birokrasi , saudara baru dan....

Baru2 ini juga, saya ada ke pejabat PERKIM di Masjid Negeri Selangor. Saya dan seorg kerani di sana berbincang ttg prosedur bagaimana mahu mengislamkan saudara baru dan juga apa yg boleh JAIS, MAIS dan PERKIM bantu saudara baru yg mengalami kesulitan selepas memeluk Islam. khasnya mereka yg dibuang keluarga, ditinggalkan suami/isteri dan ada yg diugut bunuh!

saya bertanyakan satu kes di mana sebuah keluarga di Melaka yg memeluk Islam. Mereka kesempitan wang dan berulangkali ditolak pihak berkuasa agama hanya krn mereka dikelaskan tidak layak utk menerima bantuan sekalipun mereka tidak berkemampuan.

Apa yg dikesalkan, pihak gereja dtg menyumbg dan membantu mereka sekeluarga tnpa sebarang kerenah birokrasi.

mgkin ada yg akan menyalahkan gereja. ada yg menyalahkan pihak berkuasa agama dan juga keluarga itu.

namun, apakan daya bila seseorg itu terdesak, tambahan pula akidah yg belum mantap, mereka ini terpaksa menerima dan terhutang budi.

kenapakah pusat zakat dan jabatan agama yg mengutip beratus juta zakat tidak mengenepikan birokrasi dan melihat kes2 ini dari sudut insani?

takkanlah hanya kerana ketiadaan beberapa dokumen atau tidak cukup syarat tidak melayakkan mereka ini yg selayaknya menerima bantuan ditolak.

ada juga yg melayan muallaf dgn sinis dan berkata Islam bukan agama meminta2..

tk bolehkah kita kurangkan sedikit birokrasi demi menjaga akidah saudara baru ini?

p.s

sebelum nk datang masuk Islam wajib bawa sama salinan ic, gmbr 5 keping atau salinan passport (utk warga asing)

adakah isi borang lebih penting dari mengucap dua kalimah syahadah terlebih dahulu?Align Center

Wednesday, August 26, 2009

yang dekat belum tentu hampir



Ketika mengikuti usrah di Bangi setahun yg lalu, naqib saya seorg lulusan US memberitahu betapa seorg kwnnya menerima Islam selepas 11 hari berada di sana.

Menurutnya, kawan tadi tidak pernah merasai kemanisan Islam semasa tggal di Malaysia hampir berbelas tahun. Akan tetapi, Allah bukakan hatinya utk menerima hidayah ketika cuma beberapa waktu di bumi asing.

US merupakan negara kapitalis. Negara org2 kuffar dalam bahasa kasarnya. Akan tetapi, di bumi ini, Islam begitu subur - tidak seperti Malaysia yg merupakan sebuah negara Islam menurut perlembagaannya namun perkembangan Islam begitu lemah dan kemungkinan mandul di sini.

Cuba kita amati, mengapa ramai dr rakan2 bukan Islam kita tidak tergerak utk memeluk Islam.

Adakah krn Islam itu tidak menarik?

Adakah Islam itu agama yg ganas?

Ada yg akan mendakwa, kerajaan tidak menggalakkan Islam berkembang. Sana sini arak diteguk umat Islam, kasino, judi ekor, murtad dan maksiat berleluasa. Malah mereka juga mendakwa Malaysia merupakan pengeksport babi terbesar rantau ini.

Ini apa yg didakwa. Semua salah kerajaan. Kerana itu tanggungjawab pemerintah
Bagaimana pula dgn tanggungjawab kita?

Apakah semuanya harus digalas oleh pemerintah? Tiadakah ruang utk kita sendiri menggerakkan diri utk menyuburkan dakwah Islam di negara ini?

Saya malu sekali apabila mengetahui kisah sahabat yg memeluk Islam di US walaupun cuma beberapa hari di sana sedangkn Islam itu tidak smpai kpdnya ketika beliau bergaul dgn masyarakat Islam yg jauh lebih besar.

Mgkin ada yg menjawab - Hidayah Allah tk mengenal siapa, apa, bila dan di mana

benar sekali.

Tetapi, adakah hanya dgn berdoa dan mengharapkn seseorg itu diberikan hidayah olehNya memadai.

Rasulullah SAW sendiri berusaha menyampaikn dakwah kpd bapa saudaranya, Abu Talib dan dalam pada itu Baginda berdoa.

Berdoa dan berusaha dalam masa yg sama.

Lihatlah sekeliling, apakah nikmat Islam ini hanya utk kita yg dilahirkn sebagai Islam? Tidak mahukah kita melihat sahabat2 kita juga merasai nikmat ini? Bagaimana rasanya dilahirkan sebagai bukan Islam?

Apakah agaknya usaha kita selama ini?
Tak mahukah kita menarik mereka dari kegelapan kepada kebenaran?

Tuesday, August 25, 2009

Sesungguhnya jalan ini masih jauh.......

Aslmualaikum wbt
Selawat dan salam ke atas Nabi SAW


Alhmdulilah kita kini melalui Ramadhan Al Mubarak. Moga memperoleh keberkatan darinya.

Baru2 ini saya bertemu dgn seorg pendakwah di Masjid Kolej Islam Malaya (bersebelahan Matrikulasi UIA Petaling Jaya).

Perjumpaan dgn beliau membuka mata saya ttg 'pekerjaan' sebagai seorg pendakwah.

Saya lihat di masjid berkenaan, ramai muallaf yg dtg mengikuti kelas Tauhid dan fardhu ain. Suasana mendamaikan sekali apabila melihat insan2 yg diberikn Allah hidayahNya ini begitu tekun mengikuti kelas seumpama anak2 kecil yg baru mengenal alam persekolahan.

Ramai yg masih belum mengetahui tanggungjawab sebagai pendakwah.
Ada yg melihat berdakwah hanyalah dgn menyampaikan ilmu di surau2 dan masjid2. Tambahan pula kini Ramadhan, saban hari ada kuliah maghrib. Alhmdulilah, ianya satu pkr yg baik diteruskan.

tetapi bagaimana pula perjalanan dakwah kepada non Muslim?

ramai dpd kita tidak kisah apabila melihat apek atau aso bersusah payah menunggang basikal membawa jinjitan beg jualan. begitu juga kita tidak pernah hairan apabila melihat wanita India menunggu ditepi jalan dgn menjual kalungan bunga kpd orang ramai yg mahu memasuki kuil.

bagi kita, mereka ini hanyalah melakukan pekerjaan yg sia2. akhirnya mereka akan ditempatkn di api neraka sebagai kayu api.

inilah juga antara apa yg diajar kpd saya ketika saya masih kecil.
sy diajar yg bukan Islam itu kafir.
dan kafir tempatnya di neraka. menjadi bahan bakar org mukmin yg berdosa.

benar, ianya telah ditetapkn dalam Al Quran. Sila rujuk surah Al Kafirun.

"Aku tidak sembah apa yg kamu sembah dan kamu tidak sembah apa yg aku sembah"

"Bagiku agamaku, bagi kamu agama kamu"


Sy mahu kita semua melihat non Muslim dari perspektif berbeza.
jangan lihat non Muslim itu sebagai musuh atau golongan yg akan dilaknat dalam api beraka.

maksud saya, apabila melihat mereka, terbitkn rasa syukur dlm diri. kita beruntung dilahirkan Islam atau setidak2nya mampu menerima hidayahNya - IMAN. Suatu yg paling besar yg dikurniakan Allah.

cuba letakkan kita ditempat non Muslim tadi.

bayangkn kita dilahirkan sebagai beragama buddha misalnya.

seorg muallaf memberitahu saya, beliau sedih dan marah selepas menganut Islam. beliau tinggal di perkampungan Melayu Islam. orang2 Islam berbuat baik kepada mereka sekeluarga. melayan mereka dgn baik. Namun, sehinggalah ibubapanya meninggal dunia, tidak pernah sepatah pun ayat yg menyeru kepada mentauhidkan Allah keluar dr mulut2 orang2 Islam yg baik tadi.

Benar, hidayah itu milik Allah. Mutlak milikNya.

tetapi, apakah kita hanya perlu berpeluk tubuh dan membiarkn saja non Muslim itu? tidakkah kita mahu melihat nikmat ini dikongsi?

kenapa ramai di antara kita terlalu berkira utk berkongsi bahawa hanya Allah Tuhan yg layak semua manusia dan alam ini sembah?

Tuan dan puan dikasihi Allah,

marilah kita buang jauh2 persepsi negatif ini.
lihatlah jiran2 kita, Ravi, Raj Singh, Ah Fatt, Ah Meng..
renung wajah mereka..
adakah pernah kita lakukan sesuatu setidak2nya berbaik dgn jiran? tunjukkan kpd mereka yg Islam itu agama yg syumul?



lakukan dari skrg
ambil peluang utk mengetahui kepercayaan mereka dan cuba menyampaikan apa yg kita percaya dalam cara yg paling mudah.
lakukan mengikut kemampuan kita.
berdoalah.
moga satu hari nanti jiran2 kita juga menerima Islam sebagaimana kita. yg membezakan kita semua adalah hidayah Allah.

Hidayah itu rahsia Allah

selamat 'bekerja' kepada semua

You may interest

Blog Widget by LinkWithin