Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Wednesday, August 26, 2009

yang dekat belum tentu hampir



Ketika mengikuti usrah di Bangi setahun yg lalu, naqib saya seorg lulusan US memberitahu betapa seorg kwnnya menerima Islam selepas 11 hari berada di sana.

Menurutnya, kawan tadi tidak pernah merasai kemanisan Islam semasa tggal di Malaysia hampir berbelas tahun. Akan tetapi, Allah bukakan hatinya utk menerima hidayah ketika cuma beberapa waktu di bumi asing.

US merupakan negara kapitalis. Negara org2 kuffar dalam bahasa kasarnya. Akan tetapi, di bumi ini, Islam begitu subur - tidak seperti Malaysia yg merupakan sebuah negara Islam menurut perlembagaannya namun perkembangan Islam begitu lemah dan kemungkinan mandul di sini.

Cuba kita amati, mengapa ramai dr rakan2 bukan Islam kita tidak tergerak utk memeluk Islam.

Adakah krn Islam itu tidak menarik?

Adakah Islam itu agama yg ganas?

Ada yg akan mendakwa, kerajaan tidak menggalakkan Islam berkembang. Sana sini arak diteguk umat Islam, kasino, judi ekor, murtad dan maksiat berleluasa. Malah mereka juga mendakwa Malaysia merupakan pengeksport babi terbesar rantau ini.

Ini apa yg didakwa. Semua salah kerajaan. Kerana itu tanggungjawab pemerintah
Bagaimana pula dgn tanggungjawab kita?

Apakah semuanya harus digalas oleh pemerintah? Tiadakah ruang utk kita sendiri menggerakkan diri utk menyuburkan dakwah Islam di negara ini?

Saya malu sekali apabila mengetahui kisah sahabat yg memeluk Islam di US walaupun cuma beberapa hari di sana sedangkn Islam itu tidak smpai kpdnya ketika beliau bergaul dgn masyarakat Islam yg jauh lebih besar.

Mgkin ada yg menjawab - Hidayah Allah tk mengenal siapa, apa, bila dan di mana

benar sekali.

Tetapi, adakah hanya dgn berdoa dan mengharapkn seseorg itu diberikan hidayah olehNya memadai.

Rasulullah SAW sendiri berusaha menyampaikn dakwah kpd bapa saudaranya, Abu Talib dan dalam pada itu Baginda berdoa.

Berdoa dan berusaha dalam masa yg sama.

Lihatlah sekeliling, apakah nikmat Islam ini hanya utk kita yg dilahirkn sebagai Islam? Tidak mahukah kita melihat sahabat2 kita juga merasai nikmat ini? Bagaimana rasanya dilahirkan sebagai bukan Islam?

Apakah agaknya usaha kita selama ini?
Tak mahukah kita menarik mereka dari kegelapan kepada kebenaran?

1 comment:

mamai said...

kita ta menghormati dan paling buat kita lemah bila orang islam sendiri tak menyhayati apa itu islam

You may interest

Blog Widget by LinkWithin