Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Thursday, August 27, 2009

birokrasi , saudara baru dan....

Baru2 ini juga, saya ada ke pejabat PERKIM di Masjid Negeri Selangor. Saya dan seorg kerani di sana berbincang ttg prosedur bagaimana mahu mengislamkan saudara baru dan juga apa yg boleh JAIS, MAIS dan PERKIM bantu saudara baru yg mengalami kesulitan selepas memeluk Islam. khasnya mereka yg dibuang keluarga, ditinggalkan suami/isteri dan ada yg diugut bunuh!

saya bertanyakan satu kes di mana sebuah keluarga di Melaka yg memeluk Islam. Mereka kesempitan wang dan berulangkali ditolak pihak berkuasa agama hanya krn mereka dikelaskan tidak layak utk menerima bantuan sekalipun mereka tidak berkemampuan.

Apa yg dikesalkan, pihak gereja dtg menyumbg dan membantu mereka sekeluarga tnpa sebarang kerenah birokrasi.

mgkin ada yg akan menyalahkan gereja. ada yg menyalahkan pihak berkuasa agama dan juga keluarga itu.

namun, apakan daya bila seseorg itu terdesak, tambahan pula akidah yg belum mantap, mereka ini terpaksa menerima dan terhutang budi.

kenapakah pusat zakat dan jabatan agama yg mengutip beratus juta zakat tidak mengenepikan birokrasi dan melihat kes2 ini dari sudut insani?

takkanlah hanya kerana ketiadaan beberapa dokumen atau tidak cukup syarat tidak melayakkan mereka ini yg selayaknya menerima bantuan ditolak.

ada juga yg melayan muallaf dgn sinis dan berkata Islam bukan agama meminta2..

tk bolehkah kita kurangkan sedikit birokrasi demi menjaga akidah saudara baru ini?

p.s

sebelum nk datang masuk Islam wajib bawa sama salinan ic, gmbr 5 keping atau salinan passport (utk warga asing)

adakah isi borang lebih penting dari mengucap dua kalimah syahadah terlebih dahulu?Align Center

2 comments:

Basuh Baju said...

birokrasi sgt menyusahkan..sampai ke tahap nak beragama pon disusahkan..

mamai said...

aku setuju dengan kamu...aku pernah merasa susahnya birokrasi bila aku membawa seorang sahabat memeluk islam..sampai aku malu sendiri

You may interest

Blog Widget by LinkWithin