Benarkah salam hanya utk sesama Islam saja? Benarkah dakwaan bahawa bukan Islam tidak boleh memberi salam?
jawapannya telah Allah jawab dlm Al Quran lebih 1400 tahun lalu.
Dan apabila kamu dihormati dgn suatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (penghormatan itu, yang sepadan) dengannya. Sungguh Allah memperhitungkan segala sesuatu
Surah An Nisa' Ayat 86
Dalam konteks Malaysia, kita tidak didedahkn dgn amalan memberi salam kepada bukan Islam. Malah, kita sendiri teragak2 utk memberi salam ketika menjawab panggilan krn bimbang pemanggil tadi bukan beragama Islam.
Adakah satu kesalahan mendoakan kesejahteraan saudara2 kita?
Sekiranya seseorg bukan Islam memberi salam, jawablah dgn baik dan berlapang dada. Ini adalah cara terbaik berdakwah kpd mereka ttg kebenaran.
sebagai contoh -
Yap : Asalamualaikum brother
Luqman : Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh Yap. Terima kasih. Yap, kamu tahu tak maksud salam yang kamu beri tadi?
Yap : saya pn tkpasti sebenarnya. ramai org Islam beri salam, saya pn terikut2.
Luqman : Begini, salam yg kamu berikan tadi

maksudnya, salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu
Yap : jawabnya pula?
Luqman : Sejahtera kembali ke atasmu dan rahmat Allah satu keberkatan keatasmu.
Yap : Oh, baru saya faham. Terima kasih ya.
Luqman : Yap, mahukah kamu saya ajarkan satu lagi perkataan dlm bahasa Arab yg sangat indah dan besar maknanya?
Yap : Sudah tentu.
Luqman : Lailallahaillallah Muhammadurasulullah.
Yap : Maksudnya?
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu Pesuruh Allah.
Alangkah indahnya jika kita dapat mengajarkn saudara bukan Islam kita mengenai satu2 maksud itu. Dan yang lebih penting, cari peluang utk menyampaikan kalimah shahadah yakni kebenaran hak Allah.
Sekiranya kita mengherdik atau mencerca mereka, nescaya kebenaran akan semakin jauh dan jauh.
Mgkin tak mampu nk mulakan dengan semua org, mulakan dengan org2 yg terdekat dengan kita. Salam seperti good morning atau hi juga satu permulaan yang baik. Tidak semestinya memberi salam cara Islam kerana tahap kefahaman sesetengah org itu berbeza2. Asalkan niat dan penyampaiannya berhikmah serta punya maksud yg baik.
pesanan khusus utk diri ini dan semua
Wallahualam bisawab
nota:
hal ini merupakan isu fiqh. mgkin ramai yg tk sependapat dgnnya. saya bukakan pandangan dan pembetulan sekiranya tidak bersetuju mengenainya. mengenai rujukan hadith, pkr ini juga ditulis setelah dirujuk kpd hadith Sahih Bukhari, Jilid ke3.