Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Sunday, September 13, 2009

Islam untuk semua

"kenapa kau sibuk2 nk dakwah pada non muslim?"
"dorang selalu hina Islam!"
"sedangkn rmai lg org Islam yg dh mcm kafir. kenapa tk dakwah?"
"kuman sebarang laut kau dok teropong..bangkai gajah depan mata kau tak nampak!"



Apabila mendengar pandangan dan kata2 sebegini, hati saya sedikit terguris. Bukan bermkna saya berkecil hati dgn kata2 itu akan tetapi saya sangat sedih apabila org Islam memandang non muslim sebagai musuh.

Benar.

Mereka adalah musuh. hanya jika mereka menentang Islam. Ketika ini, non muslim menghina Islam krn menerima persepsi negatif dari umat Islam sendiri. Lihatlah pengeboman di jakarta, Pakistan, Mumbai, Bali, serangan bom di Lubnan dan Iraq.

Apakah ini membantu mengubah persepsi non muslim yg Islam bukan agama terror? Rasulullah seorg pengganas?

Kita hanya mampu dan tahu bersuara. Menyalahkn non muslim atas segala yg berlaku. Kita ditindas krn kita terlalu lemah. kita tidak bersatu. kita meninggalkan ajaran Quran dan Sunnah. Kita menunjukkan sisi gelap Islam. Persoalannya, ada ke sisi gelap Islam?

Islam agama Allah. tiada cacat celanya.

Kita umat Islam saja yg mempunyai sisi hitam yg kita palitkn ke atas Islam atas nama perjuangan.

nah, perjuangan apakah yg menghalalkn pembunuhan sedemikian rupa?

jangan menuduh org lain. lihat dlu diri kita.

Seorg shbt saya seorg mubaligh Kristian keturunan Filipina di US bertanya kpd saya,

"what u call us (non muslims)?"

saya jwb, "infidels or non believers. i think in ur belief, u also call us non believers right?"


dia jawab, "no, i call u all 'brothers"



persoalan mengapa perlunya berdakwah kpd non muslim?

saya tertarik dgn komen seorg sahabat blogger,

Blogger mamai said...

sesungguhnya mereka juga manusia seperti kita cuma bezanya peganggan mereka...mereka bukan musuh andai kita tidak melayan mereka seperti musuh

andai musuh jika dilayan seperti saudara pasti dia akan menjadi saudara..

hati manusia sama ada masa lembut juga ia


[terima kasih bro mamai]


Apakah Islam hanya agama utk org melayu atau arab saja? Adakah kerana Nabi Muhammad SAW berbangsa arab maka Islam hanya perlu berlegar disekitar itu saja?

Di Lauh Mahfuz sana, setiap dr kita telah Allah ambil kesaksian. Setiap dr kita adalah Islam.

Apakah kita hanya perlu memeluk tubuh saja melihat Tian Chua, Ong Ka Ting, Samy Velloo, Idris Jala, Karpal Singh dan lain2 dalam keadaan maaf sebut - kafir.

Sahabat2 yg saya muliakan dan dikasihi Allah sekalian,

Hidayah Allah tu takan boleh dpt atau sampai kepada setiap org. Benar.
bayangkan kita dilahirkn oleh ibubapa non muslim. dibesarkn dgn suasana non muslim. dan akhirnya mati sebagai kafir.

seorg shbt saya selepas memeluk Islam begitu marah dgn orang Islam. Katanya, selepas 27 tahun membesar tnpa sebarang pegangan agama tetap, dia akhirnya memeluk Islam. NAmun, apa yg dikesalkn, sebelum memeluk Islam, tiada sepatah pn perkataan 'Islam' atau ajakan sahabat2 Islamnya kpd Islam hatta menceritakan kpdnya ttg Islam selama mereka berkenalan.

kenapa agaknya?

Mgkin berdakwah kpd non muslim bukan kemahiran atau passion semua org. tapi, kita perlu berdakwah dgn cara yg kita yakin dan selesa dgnnya. jika selesa menulis, maka menulislah. jika mampu berdakwah rumah ke rumah maka lakukanlah. jika mampu memberi sumbangan wang ringgit maka sumbangkanlah.

itu antara usaha yg mampu utk kita lakukan.
sekiranya tk mampu buat apa2, cukuplah sekadar tonjolkn akhlak Islam yg baik. itu juga sebahagian dakwah.

jgn melihat kek dan skop Islam itu sempit. pelbagai cara boleh berdakwah.

lakukanlah. insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Rujuk Surah Muhammad Ayat 7 yg bermaksud jika kita tolong agama Allah maka Allah akan menolong kita.

yakinlah dgn janji ALLAH.

menjawab soalan yg di atas. mengapa perlunya dakwah pd non muslim?

lihatlah sana sini sudah banyak pertubuhan yg menaungi program dan dakwah islah sesama Islam.

ABIM
PKPI
GAMIS
PEMBINA
ISMA
PAS
JIM
TABLIGH

masih kurang pertubuhan dan individu yg mahu bergerak utk menarik dan menyentuh hati non muslim di malaysia.

insyaAllah setiap org punya bahagian masing2.
kita lakukan kerja kita. dan mereka melakukan kerja mereka. kita sama2 mendambakan keredhaan Allah SWT. bagi yg bergerak dalam pertubuhan di atas, teruskan usaha kalian. insyaAllah.


nota kaki

penulis membangunkan blog ini pada asalnya untuk berkongsi hujah dalam menangkis hujah non muslim. selingan siri perjalanan mualaf ini adalah bagi berkongsi kesedaran yg sebagaimana pengalaman lalu penulis yg tidak endah ttg comparative religion. utk semua, siri perjalanan mualaf ini adalah bagi membetulkan persepsi silap penulis serta umat Islam terhadap dakwah kpd non muslim dan tanggungjawab terhadap saudara baru.

kita semua punya tanggungjwb




p.S

Ya Allah, moga apa yg aku ungkapkn akn aku laksanakan. Ameen.

Wallahualam.


3 comments:

mamai said...

teruskan perjuangan kamu pedulikan dengan segala tomahan...

dalam kelembutan itu kita selitkan ketegasan...tidak bermakna lembut itu kita lemah dan keras itu kita kuat

yusuf mujahidin ™ said...

terima kasih atas semngtnya.

moga Allah bls dgn kebaikan

Fir Firdausi (Bro Fir) said...

betapa sukarnya berdakwah kepada nons..

ana pernah satu kali diberi peluang berdakwah dgn nons..tp last2 xtw nak mula mana..
masih dlm peringkat belajar..

masih xsempt2 nak join pgrm perkim..allah..=(

You may interest

Blog Widget by LinkWithin