Aslmualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi SAW
Selawat dan salam ke atas Nabi SAW
Sewaktu menyertai suatu program bersama perkampungan org asli anjuran Kelab Perkim UIA PJ di Tanah Tggi Cameron, sy berkesempatan bertemu dgn penduduk org asli yg jauh di pedalaman.
Di sana terdapat beberapa kampung org asli dan sayangnya hanya sebuah saja dihuni orang asli yg telah diIslamkn. selebihnya diambil alih pihak Kristian.
Bila diamati kembali, mengapa pihak Islam tidak berupaya menarik minat mereka2 ini kembali kpdnya. Setelah diselidiki, sebuah gereja didirikan di tgh2 perkampungan itu. gereja kecil itu tak ubah seperti rumah2 biasa yg dilihat diperkampungan itu. Menurut seorg penduduk, paderi di situ merupakan penduduk asal kampung tersebut yg aktif berdakwah.
Di kampung yg kami singgah selama seminggu itu, tiada langsung surau atau masjid utk umat Islam. sekiranya mahu ke masjid hatta hanya utk solat Jumaat terpaksa menempuh jalan tanah merah yg memakan masa lebih 3 jam (jika menaiki trak atau pikap). penduduk di sini lebih selesa berjalan kaki krn sudah biasa.
Berkenaan gereja di kampung tersebut, sy merasakan dimana silapnya kita?
Lawatan kami ke kampung tersebut hanyalah permulaan utk mencari tapak membina surau sedangkn pihak sebelah sana sudah jauh kedepan. Malah mereka melantik dan mengasuh anak jati kampung utk menyebarkn dakwah.
Allah SWT melantik nabi dan rasul dikalangan manusia krn hanya manusia sesama manusia saling percaya dan mengenali. Itu sebbnya nabi dan rasul bukan dikalangan jin atau malaikat. Strategi yg Allah gunapakai malangnya tidak kita praktikkan.
dalam mendidik kanak2 misalnya, kita haruslah menjadi seperti mereka. memahami mereka dan menyelami isi hati mereka. jika kita meletakkn diri kita spt mana kita skrg, nescaya kita tidak mgkin akan memahami jiwa lembut mereka.
begitu juga halnya dgn dakwah.
Saya tidak menyalahkn mana2 pihak. tiada gunanya menuding jari.
apa yg penting, kita haruslah memasang strategi kedepan.
ketika tsunami melanda tanahair beberapa thn lalu, sana sini bantuan dihulurkan. Apa yg saya dimaklumkn oleh seorg shbt tionghua, pihak Buddha terlebih dahulu smpai ke lokasi kejadian membawa bekalan bantuan kemanusiaan dan makanan. mereka telah lama bersiap sedia dgn bekalan makanan dan kemanusiaan utk persiapan. sentiasa siap siaga
bagi pihak Islam, kita hanya reaktif. bila berlaku sesuatu, kita mengumpul dana berbulan2 lamanya. sedangkn pihak memerlukannya sekarang.
contoh lain bagaimana Palang Merah Antarabangsa membantu mangsa Gaza dan Tebing Barat.
sebagaimana kisah yg saya baca di blog baru2 ini, seorg sahabat menyelamatkan penagih2 dadah yg dijaga oleh pihak gereja di Kuala Lumpur. tahniah kpd gereja krn tidak memilih bulu dalam membantu mereka2 ini.
namun, yg dibantu itu Islam.
bagaimana dgn akidah mereka?
kita memandang jijik penagih dadah yg dianggap sampah masyarakat.
kita sebenarnya lebih sampah krn sesungguhnya Allah lebih jijik terhadap kita yg angkuh mendongak langit sedangkan mereka ini lebih memerlukan sokongan dan bantuan.
selagimana mereka bernyawa, pintu taubat masih terbuka. kita yg masih sehat dan Alhmdulilah mempunyai fikrah memahami halal haram sentiasalah mendoakan husnul khotimah krn belum tentu masa dpn menjanjikn syurga sekiranya kita hanya melihat salah org lain dan menjatuhkn hukum.
Jika mahu makan ikan
belajarlah dari nelayan
belajarlah dari nelayan
kita tk perlu malu atau terhina. belajarlah bagaimana strategi agama lain melakukan dakwah.
belum terlambat utk melakukan perubahan.
nasihat khusus utk saya dan sahabat2 yg dikasihi sekalian.
p.s
kadangkala biarpun pahit
kebenaran harus ditelan
krn sebagaimana ubat
ianya adalah penawar
Wallahualam
kadangkala biarpun pahit
kebenaran harus ditelan
krn sebagaimana ubat
ianya adalah penawar
Wallahualam
1 comment:
selalunya kita menapak kebelakang kala orang lari kedepan...
mungkin kita rasa kita terlalu mudah disini
Post a Comment