Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Monday, September 14, 2009

kenapa kau, aku dan dia perlu berdakwah?

Aslmualaikum
selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

beberapa tahun lalu, saya merasakan hidup saya ini sudah cukup jika menjaga solat, puasa dan mengikuti program2 berunsurkn agama. hati saya lapang, jiwa saya tenang.

tiba2 seorg sahabat memberitahu,

"tahukah kamu, di sebuah kampung. ada seorg tua yg tk henti2 beribadah kpd Allah. dan di kampungya maksiat berleluasa. kemungkaran di mana2. dan org tua ini tetap teguh tnpa sedikitpn diganggu gugat oleh kemaksiatan yg berlaku."

"suatu hari, seluruh kampung diturunkn azab oleh Allah. menimpa penduduknya termasuk lelaki tua tadi."

"moralnya disini, biar hebat mana pn ibadah kita, kita sebenarnya perlu melihat dan menegah kemungkaran. bukan hanya duduk beribadat seorg diri. ingatlah, iman tidak akan bertambah dan belum tentu dijamin syurga"

diceritakan pula oleh seorg sahbat berbangsa tionghua yg memeluk Islam kpd saya

"bayangkn kamu pergi shopping di jalan TAR. tiba2 anak kamu terlepas dari pegangan tangan kamu. dan dia hilang di sebalik orang ramai. anak kamu melalui tepi2 jalan yg penuh dgn kereta dan kenderaan besar. orang ramai melihatnya. namun langsung tidak mengendahknnya. mereka sibuk dgn urusan masing2. ada yg lebih penting dr memikirkn ttg anak kamu yg diambang maut. tdak seorgpn cuba menyelamatkn anak kamu yg sebenarnya terlalu dekat dgn mereka"

"lalu anak kamu melintas jalan. dan dia maut di situ."

"saya ada ibubapa, tggal diperkampungan majoriti masyarakat Islam. berpuluh tahun tggal bersama. hubungan kami cukup baik. smpai masa, ibu saya meninggal dunia."

"selepas beberapa tahun saya memeluk Islam. apa yg saya cukup kecewa, tiada sepatah pn perkataan mengenai keindahan Islam yg cuba dikatakan kepada ibubapa saya sepjg hayat mereka."

"bayangkn diri kamu dgn perumpaan anak yg hilang tadi. tidakkah kamu marah dan kecewa bila mengetahui anak kamu dalam bahaya. dan tiada seorgpn disekeliling anak kamu cuba menyelamatkannya sekalipn dgn hanya berkata, "adik, jalan tu bahaya!"

***************************************


dan diceritakan oleh saudara yusuf Islam,



"suatu hari saya diberikan kitab Quran tafsir oleh seorang sahabat. saya ketika itu seorg atheist."

"suatu pagi, saya pergi berenang di pantai berdekatan rumah saya di California. ditakdirkan Allah saya lemas. tk semena2 saya menjerit, "sekiranya Tuhan ada, selamatkanlah aku"


saudaraku yg dikasihi Allah sekalian,

belum tentu yg lahir Islam akan mati sebagai Islam

belum tentu yg lahir kafir mati sebagai kafir

pihak yg satu lagi sedang giat bekerja. sedangkn kita masih terbuai2 dgn kenyataan propaganda

"Islam is the world fastest growing religion!"

Benarkah? apakah itu usaha2 keras dari kita? siapa 'kita' tu? sedangkn kita tidak bekerja, bagaimana Islam boleh menjadi agama yg paling pesat berkembang?

Berbanggakah kita dgn angka 1.3 billion umat Islam jika kita langsung tidak bergerak?

Berbanggakah kita dgn angka 1.3 billion jika umat Islam masih belum mengangkat Al Quran dan Assunah sebagai pegangan yg sebnar?

Dakwah tidak dtg dlm satu bentuk

Dakwah kpd non muslim dan muslim perlu seiring.

Adakah Nabi SAW melakukn dakwah?
Tidak?

Nabi SAW pernah menjemput Kabilah Nasoro utk berdialog di dalam masjid.

kalo kita tanak ikut Nabi, kita nk ikut siapa?



notakaki

saya tiada niat mengkritik, juga tiada niat memperbetulkn. cuma ingin sama2 muhasabah diri

2 comments:

Beruwang said...

sebarkan walaupun sebaris ayat demi kebaikan

mamai said...

biar kita lahir sebagai islam namun andai kata kita tak mampu menghayati ajaran islam itu maka kita hanya mewari nama islam itu sahaja....

bersama-sama kita saling ingat mengingati...berjuang dengan cara kita menuju matlamat yang sama

You may interest

Blog Widget by LinkWithin