Aslmualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda
Mereka membantah tindakan kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yg memindahkan kuil dari tapak cadangan asal Seksyen 19 ke tapak industri Seksyen 23 di sini. Bantahan penduduk ini kurg diberi perhatian sehinggalah kepala lembu dibawa dan dipijak2.
Menurut sumber, kepala lembu dipijak bukannya bertujuan menghina agama lain (khasnya Hindu). Ini krn mereka cuma mahu protes dan menunjukkan betapa kerajaan negeri berotak lembu dlm menyelesaikn isu tersebut. Ini apa yg saya difahamkn. Mereka tiada niat menghina agama lain pada mulanya. Mungkin krn kepala lembu itu suatu yg sensitif dikalangan masyarakat tambahan pula isu kuil, ianya sudah tentu memberi mesej kurang baik.
Dalam pada mempromosi toleransi antara kaum dan agama, saya melihat ramai yg mempertahankan tindakan memijak kepala lembu dan protes terhadap kuil itu sebagai wajar dan tepat krn mereka mempunyai hak. Tidak kurang juga yg melihat ianya sebagai tindakan bodoh oleh umat Islam yg berlandaskn emosi.
Berkenaan memijak kepala lembu - walau apa pn alasannya adalah tidak patut dilakukan. Kepala lembu itu juga merupakan makanan. Lembu dikorbankn setiapkali musim haji tiba dan lembu juga makhluk Allah. Mengapa diperlakukn sedemikian rupa?
Lembu juga isu yg sensitif dikalangan penganut Hindu krn mereka menganggapnya suci dan tidak memakan dagingnya kecuali boleh meminum susunya.
Demonstrasi jalanan - Tindakan memprotes pembinaan kuil ini saya lihat sebagai kemarahan memuncak penduduk. Sewaktu menunaikn solat jumaat baru2 ini (hari kepala lembu dipijak), penduduk Seksyen 23 menyeru jamaah Masjid Negeri turut sama berdemo menolak provokasi pembinaan kuil. Saya sebut provokasi kerana kuil dibina atas tapak tanah industri.
Ramai yg mendakwa (khasnya umat Islam sendiri), mengapa kita tidak boleh meraikan kepelbagaian agama dgn membenarkn saja kuil itu dibina diperumahan majoriti Islam?
Di kawasana perumahan saya sendiri, masjid dibina ditengah2 perumahan majoriti bukan Islam. Sudah tentu hal berkenaan azan akan dibangkitkn penduduk bukan Islam.
Mengenai toleransi, sy kira Islam sememangnya meraikan kepelbagaian agama. Ketika sahabat Nabi SAW menawan Baitulmaqdis dan Andalus, mereka tidak pernah mengubah gereja atau sinagog Yahudi menjadi masjid. Mereka menerima kepelbagaian agama dgn syarat Islam terjunjungn megah.
Kini, selain kepala lembu malang - Islam juga dipijak2.
Pembinaan kuil tidak salah. Binalah. Cuma bukan dikawasan perumahan Seksyen 23 krn mereka membeli tanah dan rumah di situ dgn pengetahuan - tiada kuil atau tokong Cina disitu.
Janganlah memperbesarkn isu kuil ini sebagai sentimen agama.
Sewaktu membaca respon di akhbar arus perdana, seorg penduduk Seksyen 19 mendakwa mereka menolak pembinaan kuil krn beberapa sebb. Bukannya suka2 mereka menolak tnpa sebb yg jelas.
Di Batu Caves yg majoriti penduduknya Islam, patung Dewa Murugan dibina megah. Sesiapa yg melalui MRR2 akan dpt menikmati permandangan yg mustahil dilihat di negara2 Islam lain. Malah di negara Barat sekalipun.
Jadi, adakah masih berlaku ketidakadilan disini?
Di Selangor saja, masjid cuma beberapa ratus sedangkn kuil (yg dibina secara halal dan haram) mencecah ribuan. Malah, di Midvalley sendiri, pusat beli belah itu dibina tnpa sedikitpun menjejaskan strukturnya.
Mengenai azan yg membingitkan telinga para penduduk bukan Islam.
Adakalanya masjid dan surau dgn sengaja memasang pita rakaman mengaji atau ceramah yg kuat mengganggu penduduk bukan Islam pd pagi Ahad. Cukuplah azan saja berkumandang 5 waktu. Rakaman mengaji dan ceramah tidak wajib disiarkan secara kuat krn kita hidup berjiran dan haruslah bertoleransi.
mengenai seruan azan - tiada kompromi utknnya. Azan harus disiarkan. Cuma kurang beberapa minit saja dalam sehari dan saya tidak rasa ianya terlalu mengganggu sepertimana setiap senja jiran Hindu saya membunyikan loceng bersama asap2 dan menggoncang colok sehingga menusuk hidung.
Kita dipersimpangan. Dalam menegakkan syiar, wajarkah kita mengalah?
Pada saya, Islam itu sudah jelas. Bersederhanalah dalam semua hal. Apabila Islam dihina, kita bangkit melawan. Apabila berlaku pertembungan agama, kita raikan kepelbagaian tnpa menjejaskn akidah kita sebagai seorg Islam.
Jika mahu orang lain hormat kita. Kita harus belajar menghormati diri sendiri.
2 comments:
kita perlu tegas dalm kelembutan..bertoleransi bukan bermakna kita mengalah dan tidak bermakna kita menurut juga...
perlu bijak dalam menagani isu yang melibatkan agama dan kaum...
byk benda umat islam kena sedar.and byk benda jugak kita kena lakukan untuk modify otak2 umat akhit zaman ni.....isk.
thanx amik kad raya itu..=)
Post a Comment