Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Wednesday, September 2, 2009

mata celik tapi hatinya buta


Ramadhan semakin meninggalkan kita. Jadilah kita insan yg merinduinya. Meratapi pemergiannya.. Align Center
xoxoxoxox

Baru2 ini saya bertemu dgn seorg saudara baru pada pagi Ramadhan
kami bertemu di sebuah restoran mamak jam 7.30 pagi.
Beliau meminta saya membantunya menyelesaikan sedikit masalah dan juga membawa perkhabaran bahawa sahabatnya berminat mendalami dan memeluk Islam. Syukur Alhmdulilah.

Ketibaan saya di restoran itu agak memeranjatkan.
Saya menemuinya dgn minuman dan makanan di atas meja.
Nyatalah beliau tidak berpuasa pagi itu.
katanya beliau tidak tahu berpuasa.
dan beliau tidak faham bagaimana berpuasa.

saya teringat kata2 Imam Al Ghazali

- Jika b'jumpa dgn kanak2, anggaplah mrk lebih mulia krn mrk blm banyak melakukan dosa drpd kita


- Apabila b'jumpa dgn org yg lebih tua,anggapla dia lebih mulia krn dia sudah lama beribadat drpd kita


- Apabila melihat org yg jahil,anggapla dia lebih mulia drpd kita krn dia wat dosa dlm kejahilan,sdgkan kita wat dosa dlm keadaan mengetahui..


Ramai daripada kita mengetahui kewajipan berpuasa dan bersolat. Namun, ramai juga yg sekadar berpuasa dan tidak mampu bersolat.

Solat itu amatlah berat kecuali bg mereka yg khusyuk.

Berpuasa lebih mudah dari bersolat? Sedangkan solat lebih mudah dan seketika cuma berbanding berpuasa yg memakan masa sepanjang siang dgn menahan segala hawa nafsu kita.

Baru2 ini saya menyertai forum membincangkan tindakan biadap wartawan Al Islam yg menceroboh masuk ke sebuah gereja Kristian bagi menyiasat dakwaan berlakunya pembaptisan remaja Muslim di gereja itu pada hujung mggu.

Mereka menyamar dan memasuki gereja. Apa yg memalukan, mereka berpura2 menjadi penganut Kristian dan menerima saja suapan roti dari paderi yg menyuap setiap dari org yg dtg ke gereja pagi itu. dan kemudiannya mereka meluah kembali roti dan mengambil gambarnya. Gambarnya disebarkan bersama artikel dalam majalah Al Islam terbabit.

Setelah puas menyamar dan menyiasat, mereka gagal menemui sebarang bukti dakwaan berlakunya pembaptisan anak2 Muslim di gereja berkenaan.

Apa yg malangnya, mereka TETAP menyiarkan artikel berkenaan tindakan biadap dan bodoh mereka menyelinap masuk ke rumah ibadat org lain dan berlakon seolah2 mereka pengikut Kristian.

Mgkin ada yg mempersoalkn kononnya niat mereka itu murni.
Ya, ada benarnya.

namun, apakah Islam membenarkn kita melakukan tindakan yg biadap sebegitu?
Tidakkah nama Islam akan turut tercemar bilamana pihak sebelah sana mengatakan bahawa umat Islam tidak beretika.

Niat murni wartawan terbabit utk menyiasat sgt2 dipuji. Mereka cintakan agama Allah ini. malangnya, matlamat mereka itu tidak menghalalkan cara.

saya kesal dgn tindakan ini. maka, ramailah pihak2 bukan Islam mengkritik Islam.
Jenama Islam sebagai agama kasih sayang dan kemananan diheret oleh tindakan wartawan yg berlagak hero ini.

saya percaya, kita punya banyak cara lain utk mencari kebenaran samada berlakunya pembaptisan remaja Melayu oleh gereja terbabit. sudahlah tidak punya bukti, artikel itu TETAP diterbitkan.

saya kecewa dgn masyarakat Muslim kini. Mereka mahu mendaulatkan Islam. Tapi dalam masa sama mereka tidak membantu utk Islam dipndg tggi. Mereka membenarkan Islam dipndg hina.

1. kritikan umat Islam ke atas isu sebat

2. Kepala lembu dan kuil Seksyen 23

3. Artikel Majalah Al Islam

Islam kini ditertawakan disebbkn kedangkalan pengetahuan umatnya.

Dimana silapnya?




p.s


sekiranya tidak mahu membantu Islam, janganlah sanggup membuka ruang agama Allah ini diperlekehkan.




3 comments:

lumut said...

saya tertarik dgn entry ni..
lagi2 kata2 yg ketiga itu,,,

thanx..=)

mamai said...

mereka nie pandai tapi antara yang paling bodoh

pecinta_Islam said...

masyarakat mula pandai memandai tampa merujuk ulama.malah lebih parah ulama pula ditentang dan dimaki.kelakar tngk tnjk perasaan tu..pegang kepala lembu sambil bertakbir.dimana letaknya maruah mereka.memalukan agama islam.hmm..kesian pun ade..

You may interest

Blog Widget by LinkWithin