Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Thursday, October 22, 2009

Keagungan Allah

Sheikh Ahmad Deedat merupakan pelopor dakwah perbandingan agama tersohor pada zaman moden. Tahukah kita siapa sebenarnya pendakwah perbandingan agama yg terawal?

Jawapannya :

Nabi Muhammad SAW, Pesuruh Allah.

Baginda SAW dlm satu kisah diriwayatkan berdialog dgn Bishop wilayah Najran, Abdul Al masih serta Abu Haritshah bin Alqamah.

Nabi SAW : Masuklah kamu ke dalam Islam.

Bishop: Kami sudahpn Islam sebelum tuan.

Nabi SAW: Kamu berdusta. kamu terhalang dari Islam disebbkn seruan kamu bahawa Allah mempunyai anak, menyembah salib serta memakan khinzir.

Bishop: Sekiranya Isa bukan anak Allah, maka siapa bapanya?

Nabi SAW: Adakah kamu mengetahui bahawa seorg anak (secara hakikinya) menyerupai bapanya?

Bishop: benar wahai tuan.

Nabi SAW: Adakah kamu mengetahui bahawasanya Tuhan kita Maha Hidup serta sama sekali tidak menerima kematian. Sebaliknya Isa menemui ajalnya?

Bishop: benar wahai tuan

Nabi SAW: Adakah kamu mengetahui bahawasanya Tuhan kita Maha Berdiri dgn sendirinya memelihara serta memberi rezeki kpd sekalian makhluk?

Bishop: Benar wahai tuan

Nabi SAW: Adakah Isa memiliki ciri sedemikian?

Bishop: Tidak wahai tuan.

Nabi SAW: Sekiranya demikian, bagaimana boleh kamu mendakwa hal itu ( Isa sbg anak Allah - penulis)?

Mendengar sabdaan baginda, perwakilan Kristian mendiamkan diri. namun mereka seterusnya mengemukakan pertanyaan kpd Rasulullah SAW.

Bishop: Adakah tuan melihat seorang itu tanpa bapanya? sekiranya benar demikian, sila kemukakan bukti.

Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Isa disisi Allah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kpdnya, jadilah engkau! Maka jadilah

Surah Ali Imran



notakaki

Allah Maha Berkuasa atas sesuatu



***artikel ini dipetik dr prakata (pengenalan) dr buku 7 Persoalan Asas2 Agama Kristian.

Wallahualam.

2 comments:

mamai said...

susungguhnya Dia lebih mengetahui dari apa yang kita tahu..dan Dia yang memberi kita ilmu

myQza said...

yup! hanya Dia yang tahu...

You may interest

Blog Widget by LinkWithin