Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Tuesday, March 16, 2010

Infidels




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

1. Katakanlah (Muhammad), "Wahai orang-orang kafir!
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah.
4. dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, untuk aku agamaku."

Surah Al Kafirun Ayat 1-6


Ketika berdiskusi dgn seorg kenalan menerusi laman sosial Friendster dalam group Islam, Christian, Buddhist, Hindu which one is true? tidak lama dlu, apa yg menarik dlm perbincangan kami ialah penggunaan perkataan kafir dikalangan masyarakat Islam terhadap bukan Islam.

Menurut Brother Brent yang berketurunan Cina Filipina dan menetap di Amerika Syarikat, beliau yang juga penganut Protestant bertanya kpd saya

"what u muslim call us (non muslim)?"

saya jwb, "infidels or non believer"

Brent, "but we call u (muslims), brothers.."




pemahaman mengenai apa itu infidels atau kafir masih cetek pd saya. saya tidak mengetahui apakah perkataan yang lebih sesuai memandangkan ianya dibenam dlm pemikiran saya dan kebanyakan rakan lain bahawa bukan Islam itu kafir.

Perkataan kafir atau infidels ini sebenarnya tidak layak ditujukan kepada SEMUA bukan Islam. Ini kerana, perkataan kafir yg dipanggil Allah dalam Surah Al Kafirun merujuk kpd org2 bukan Islam yg telah dtg kepadanya KEBENARAN dan mereka yang mengetahui akannya, sengaja menutup kebenaran itu dan menolaknya.

Nah, inilah org KAFIR sebagaimana sepatutnya.

Di Malaysia sendiri, majoriti penduduk bukan Islam yg sebilangan kita label sebagai kafir sebenarnya belum pernah sampai kepadanya kebenaran yakni syahadah dan mentauhidkan Allah.

Bagaimana boleh kita label mereka kafir sedangkan kebenaran tidak pernah smpai kepada mereka?

Dan siapakah yg bertugas utk menyampaikan kebenaran ini?

meyakini bahawa setiap yang lahir sebagai Muslim akan kekal Muslim dan yang lahir bukan Islam akan mati sebagai bukan Islam adalah silap.

Allah itu Maha Adil.

Dalam pada berusaha utk mensejahterakan akidah dan mensahihkan ibadah, menjadi tugas kita utk menyampaikan kebenaran.

Pesan Nabi SAW dlm sahih Bukhari, sampaikan bagiku walau satu ayat.


Moga mulai saat ini kita berhenti memandang saudara bukan Islam kita sebagai kafir atau musuh sebaliknya melayan dan melihat mereka sebagai saudara dan menunaikan hak2nya sebagai saudara.

Tertarik saya dgn ulasan sahabat blogger, Bro Mamai, katanya

andai musuh dilayan seperti saudara, pasti dianya menjadi saudara..


renungan utk diri sendiri dan semua khususnya



Wallahualam bisawab



9 comments:

myQza said...

TQ so much!

mmg selalu aku sebut org bukan Islam kafir.. tetapi sete;ah baca penerangan kamu.. aku baru faham..

Anonymous said...

Askmkm.
Kak G pun tak berani mengkafir-kafir orang. Tp Kak G setuju mereka belum mendapat petunjuk ... mmg mubaligh Islam amat kurang.
Kita pula hanya boleh memberitahu secara berhemah kerana dlm agama tdk ada paksaan. Tp jika mereka mati dlm kesesatan, hukumnya mereka ttp mendurhaka kpd Allah SWT.
Kak G selalu berdoa di dlm hati semoga mereka mendapat petunjuk, terutama yg tinggi budi & baik hati.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

semoga kita diberi kekuatan..Aminn

kidzz love said...

Salam..jadi kita nak sebut mereka sebagai apa ?..yang masih belum Islam, sebab mereka may be akan memelu Islam, cuma masanye kita belum tahu.

mamai said...

setiap manusia itu punya hati dan biar segelap mana hati itu pasti ada sedikit untuk ruang untuk kebenaran...kita masih tak cuba cuma menduga

Jalaks said...

ler..silap la aku selama nih..tq bro..hahaha..aku maen hentam jer ..

Wawan Saini said...

salam sahabat..
byk gak silap yang saya buat selama nie..
thanks bro..
ukhuwah fillah..:)

yusuf mujahidin ™ said...

si tedi

=) insyaAllah. sama2 kita perbaiki diri


kak G

berdoa utk kebaikan besar ganjarannya.
=)


iffats

Ameen.
=)


kiddzlove

panggil mereka 'saudara..'
=)

bro mamai

dan kita masih bersangka buruk..
tq bro. kata2 bro tu mmh pnuh pengertian.
=)

jalak

insyaAllah kita ubah slow2..
sebar2kn bro
=)


safwan

insyaAllah. sama2 kita perbaiki.
=)





dan terima kasih krn singgah
=)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Sup:

Thanks for sharing. Baru tahu pengertian sebenar perkataan kafir tu. A ah kan. Sian kepada mereka yg ada niat utk mendalami agama Islam tetapi turut digelar kafir dan ada yg lebih kasar menyebut laknatuAllah.

You may interest

Blog Widget by LinkWithin