Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Friday, March 26, 2010

Bersama muallaf 2

Ketika mengikuti program homestay ke Kedah tk lama dulu, bersama kami ada beberapa pelajar antarabangsa. salah seorangnya bukan Islam.

Kami menginap semalam di masjid sebuah universiti di utara tanahair.

Ketika berehat di dalam masjid, sahabat tadi yg bernama Manuel telah bertanya kpd saya samada bolehkah beliau bercakap di dalam masjid. ini kerana bagi org kristian, bercakap di gereja adalah dilarang. dan beliau hairan melihat org Islam rancak berbual di masjid seolah2 ianya tidak menjadi masalah.

Di Jerman menurutnya, pengunjung gereja hanya boleh bersuara seperti berbisik dan tidak dibenarkan bercakap kuat khususnya perkara tidak berkaitan keagamaan.

senario di sini berbeza begitu juga tempatnya. masyarakat Islam berbual kosong di masjid seolah2 tiada rs hormat kpd pemilik rumah tersebut.

Secara kiasannya, masjid merupakan 'rumah' Allah. dan sebagai tetamu, wajar atau tidak kita bercakap hal2 yg tkda kaitan dgn tuan rumah dan bercakap kuat seolah2 tidak menghormati tuan rumah?



Pertanyaan Manuel tadi menyedarkn saya betapa kita masih meringankan hal 'sekecil' ini sedangkan masjid atau musolla merupakan tempat ibadah yg perlu dihormati.


khusus utk diri sendiri dan semua


Wallahualam bisawab

7 comments:

Ismi Ijmi said...

ok..pengajaran

mamai said...

masjid itu tempat beribadat tapi kita buat tempat megumpat dan berpolitik

Anonymous said...

Aslmkm.
Itulah komen Christians & Jewish alike kpd Muslims ... terkedu kita dibuatnya ... tp mahu dijawap apa selain memberi pelbagai alasan jumud ... sedihkan?

Wawan Saini said...

salam sahabat..
perkongsian berguna.
:)

Mohd Shahrul Hafizi said...

U-sup: Aku anti-org suka borak dlm masjid. kalau nak borak, lepak la kt beranda masjid ke. ok la sikit kan. huhuhu.

iyllienaz said...

emanuel vonarx??

singkong panggang said...

sebab tu ak jarang solat kat masjid yang ramai orang.

masjid bagi ak tempat untuk tenangkan fikiran.

bila ak terpaksa menjawab soalan2 dunia makcik2 ak terasa semak.

You may interest

Blog Widget by LinkWithin