Disclaimer
This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.
Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.
Apabila seseorang itu merasakan ada yang tak kena dengan cara hidup dan kehidupannya sekarang, jalan terbaik adalah berubah.
Berubah atau berhijrah merupakan suatu ruang baru untuk kita berfikir dan meninggalkan segala yang menghalang kita daripada maju dan berjaya.
Begitu juga dalam soal akidah bilamana saudara2 baru kembali kepada fitrah Islam berhijrah meninggalkan agama asal yang tidak memberikan mereka ketenangan jiwa yang hakiki.
Dalam kehidupan, manusia akan sentiasa diuji. Lari dari ujian seolah2 melarikan diri dari medan jihad. Sebesar mana sekalipn ujian yang Allah berikan, sebesar itu jugalah hikmah menanti dan Allah telah bukakan jalan seluas2nya.
Bila diuji, duduk sejenak merenung kembali nikmat2 yang telah Dia limpahkan dibandingkan dengan sekelumit ujian yang Allah titiskan.
Sentiasa belum terlambat untuk berhijrah selagi nafas mampu dihela sedalam dalamnya
Untuk diri ini khususnya
Selamat Datang Tahun Baru 1432 Hijriah
3 comments:
Hijrah. Hikmah mengapa Allah cipta esok serta esok, serta esok untuk kita.i'ALlah ;)
Every passing moment is a chance to turn it all around~~ :)
Smga diberi kekuatan utk hadapi segala halangan ketika melakukan perubahan~~
Syauqah
Post a Comment