Polemik hudud dan pelaksanaannya menjadi buah mulut masyarakat. Masih ramai pihak yang berbelah bahagi dengan keperluan pelaksanaanya dalam masyarakat majmuk Malaysia.
Benarkah hudud hanya untuk orang Islam dan kenapa bukan Islam menentangnya sedangkan mereka tidak berkaitan?
Pelaksanaan hudud memerlukan suatu kajian menyeluruh dan bukannya dilaksanakan terburu-buru kerana kesilapan dalam melaksanakannya akan mencalar Islam sebagai agama yang syumul dan adil.
Aku percaya kerajaan Kelantan sudah membuat kajian mengenainya bertahun-tahun.
Kenapa perlu menentang?
Ada beberapa golongan yang menentang antaranya yang tidak faham akan konsep pelaksanaannya, bimbang kepentingan mereka diganggu dan menentang tanpa mahu memahaminya.
Apa yang diharapkan dalam pelaksanaan undang-undang hudud ini ialah mengurangkan kadar jenayah di Malaysia kerana ternyata undang-undang sivil sediada GAGAL untuk membanteras jenayah yang semakin meningkat dan membimbangkan.
Berpuluh tahun perundangan sivil dilaksanakan dan ternyata gagal.
Kenapa tidak kita beri peluang kepada undang-undang hudud. Sekurang-kurangnya kita mempunyai alternatif kerana ianya nyata dari Allah.
No comments:
Post a Comment