Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Wednesday, September 7, 2011

Bolehkah bukan Islam ke syurga?


Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula).

Surah Ar-Ra’d : 35


Ketika menyertai satu dialog bersama kumpulan internet yang disertai penganut dari agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan juga atheist serta agnostic, saya tertarik dengan persoalan mengenai neraka dan syurga.

Kebanyakan agama di dunia percaya akan kewujudan dua tempat ini. Begitu juga dalam Islam. Kita dijanjikan ganjaran syurga sekiranya taatkan perintah Allah dan juga balasan neraka bagi yang ingkar.

Adilkah syurga untuk  umat Islam dan neraka bagi bukan Islam walaupun seseorang bukan Islam itu banyak melakukan kebaikan di dunia sepanjang hayatnya?

Analoginya begini.

James dan Bruno masing2 pengguna petrol syarikat Petro. James menggunakan sebuah motosikal 110cc manakala Bruno memiliki sebuah kereta mewah. Setiap hari James dan Bruno akan mengisi minyak di Petro. Satu hari, tuan punya stesen minyak menawarkan kad ganjaran ABC buat pengguna setianya. Sesiapa yang menggunakan minyak boleh menebus mata di Petro dengan syarat memiliki kad ABC terlebih dahulu. Bruno tidak berminat walaupun berkali-kali ditawarkan. Baginya, beliau cuma mahu menggunakan minyak dan kurang berminat dengan ganjaran yang ditawarkan. Setiap hari Bruno membelanjakan lebih Rm100 untuk isian petrol. Berbeza dengan James yang hanya berbelanja RM10 sehari untuk petrol dan memiliki kad ABC.

Sampai satu masa yang dijanjikan, pemilik Petro mengumumkan ganjaran sebuah rumah banglo mewah mengadap tasik buat pelanggannya yang setia. James bertuah kerana menjadi pelanggan yang setia dan hadiah itu menjadi miliknya. Hal ini menimbulkan kemarahan Bruno yang mendakwa berbelanja saban hari beratus ringgit dan sepatutnya beliau berhak menerima ganjaran banglo tersebut bukannya James.

Kesimpulannya mudah, Bruno cuma melanggan di syarikat Petro tapi tak pernah berminat untuk memiliki kad ganjaran ABC supaya melayakkan dia menerima ganjaran kelak dari pihak Petro. Berbanding James yang cuma berbelanja 10% dari jumlah Bruno untuk isian petrol tetapi memiliki kad tebus ganjaran yang membolehkannya menerima ganjaran lumayan.

James: umat Islam
Bruno: Bukan Islam
Kad ABC: kalimah syahadah.


I bear witness that there is no deity except Allah, Who has no partner, and Muhammad is His slave servant and messenger
 



Allah SWT berfirman yang bermaksud: Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah (debu yang halus) nescaya dilihatNya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dilihatNya.

(Surah Al-Zilzal, ayat 7-8)


Kunci kepada syurga dan neraka ialah kalimah yang membesarkan Allah, menolak Ilah selain Allah sebagai Maha Pencipta, Tuhan yang layak disembah dan pengakuan Rasulullah SAW sebagai Pesuruh Allah.

Kepada sahabat bukan Islam sekalian, kunci untuk kalian ke syurga Allah adalah kalimah ini. Kalimah agung yang menjarakkan antara kamu dengan syurga Allah. Sesungguhnya tiada yang lebih adil selain ALLAH SWT. Dan kepada sahabat muslim yang dikasihi, mengakui kalimah syahadah bukanlah tiket untuk kita melupakan segala suruhanNya dan melakukan laranganNya kerana sesungguhnya Allah itu Tuhan Maha Adil.


untuk diri ini khususnya. 

4 comments:

mamai said...

bila hidup tanpa pegangan memang sukar..umpama berjalan tanpa tujuan

Ismi Ijmi said...

analogi tu mmg sgt3 kena pada isunya..

hakikatnya Kad ABC tu bukan suatu pilihan, tapi pemberian kepada sesiapa yang dikehendaki, betul tak?

gadisBunga said...

hmm.suatu contoh yang agak berkesan...

blog-tips-kurus said...

Alhamdulillah.. kebetulan bace ini di pagi Jumaat yg indah ni. semoga kita semua tidak goyah..

You may interest

Blog Widget by LinkWithin