Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Tuesday, September 29, 2009

Original sin

Dosa warisan atau original sin merupakan salah satu rukun yg wajib dipercayai penganut Kristian. Mereka percaya manusia menanggung dosa Adam dan Hawa yg dihasut syaitan utk memakan buah larangan di syurga lalu di buang ke dunia.

Redemption of sin through the crucifixion is not Jesus's teaching?

This is the doctrine of atonement accepted by the church three to four centuries after jesus left the earth. it contradicts the bible itself as the following passage show :


Deutronomy 24:16 ; "the fathers shall not be put to death for the children, neither shall the children be pun to death for the fathers: every man shall be put to death for his own sin."

> ayat di atas jelas menunjukkan Bible sendiri menolak teori dosa warisan.


jeremiah 31:30
"but every one shall die for his own iniquity.."


ezekiel 18:20
"the soul that sinneth, it shall die. the son shall not bear the iniquity of the father, neither the father bear the iniquity of the son: righteousness of the righteous shall be upon him, and the wickedness of the wicked shall be upon him."


so adam and eve were responsible for their own sin, which had also been forgiven by Allah according to the islamic version.


read what jesus himself said in Matthew 7:1 and 2

"judge not, that ye be not judged. for with what judgment ye judge, ye shall be judged and with what measure ye mete, it shall be measured to u again."


I corinthians

"now he that planeth and he that watereth are one; and every man shall receive his own reward according to his own labour. "


do u still believe in original sin?


read matthew 19:14

"but jesus said, Suffer little children, and forbid them not, to come unto me: for a such is the kingdom of heaven."


everybody is born without sin and all children belong to the kingdom of heaven. do u know that it was paul who abolished the mosaic law?


read acts 13:39

"and by him all that believe are justified from all things from which ye could not be justified by the law of moses"


let me ask a question. why do u believe in the resurrection if paul himself, who never saw jesus alive, admitted that this was his gospel?


read II timnothy 2:8

"remember that jesus christ of the seed of david was raised from the dead according to my gospel ."


do u think that a baby who is die a moment he/she born, where he/she will go? hell or heaven?




Monday, September 28, 2009

Kenapa Islam ditolak?



Pendakwah perbandingan agama tersohor, Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat mengklasifikasikan beberapa alasan mengapa non muslim tertolak terhadap Islam.

1. Nabi Muhammad SAW dituduh fidofil
Bukan Islam tidak dpt menerima manusia agung ciptaan Allah adalah Nabi Muhammad SAW. Pelbagai kisah direka oleh mereka dlm pada mahu menjatuhkn maruah baginda. Kisah pelbagai versi yg menjadi fitnah ini nyata menjadi kunci mengapa Islam tidak diterima sebahagian cendekiawan dan ilmuwan Barat.

Baginda dituduh fidofil atau lpencabul kanak2 perempuan krn mengahwini seorg kanak2 bawah umur - Aishah r.a

Apa agaknya jawapan anda?

2. Poligami
Baginda juga dituduh gila seks atau sex maniac krn mengahwini berbelas isteri (sedangkn diriwayatkn isteri2 baginda tidak lebih 7 org dan hanya seorg saja anak dara yakni Aishah selebihnya janda dan ibu tunggal)

Barat mengiktiraf monogami dan menolak poligami krn mendakwa menjatuhkn maruah wanita. Ironinya, di Barat, seks bebas dijadikan kayu pengukur peningkatan maruah wanita dan terdapat beribu2 wanita yg tidak berkahwin.

Islam membenarkn poligami namun terdapat beberapa syarat yg wajib dipenuhi antaranya mampu dan boleh berlaku adil.


3. Pembahagian harta pusaka - hukum faraidh
Lelaki menerima 2/3 dari bahagian pusaka manakala wanita cuma sepertiga.
Logiknya, ia dilihat tidak adil krn seolah2 meminggirkn hak wanita. Terdapat double standard dalam Islam.
Ironinya, lelaki diberikn hak lebih krn punya tggjwb terhadap ibubapa, isteri, saudara perempuan dan tanggungannya sedangkn wanita berkuasa mutlak ke atas sepertiga harta yg diterimanya tnpa boleh diusik hatta si suami dan anak2 tnpa izinnya.

4. Perang & Keganasan
Islam dituduh menganjurkn keganasan. Perkara ini ada asasnya apabila muncul kumpulan militan yg cuba membusukkan nama Islam atas dasar jihad dan perjuangan. Kumpulan ini nyata memberi imej negatif terhadap Islam sehinggakan di Amerika Syarikat, lelaki berjanggut dilayan dgn buruk sekalipn dianya seorg sikh krn keliru antara Islam dan imej lelaki sikh.

Islam tidak pernah menganjurkn peperangan terhadap bukan Islam tnpa sebb yg kukuh. Selagimana pihak yg satu lagi memelihara perjanjian dan kesucian Islam, selagi itulah Islam akan meraikan mereka.

Rasulullah SAW sendiri merangka Piagam Madinah dgn kerjasama suku kaum bukan Islam termasuk Yahudi krn Baginda mengiktiraf kehadiran mereka di bumi Islam. Kes pengeboman di negara2 Islam ke atas tetamu bukan Islam menunjukkan seolah2 Islam memerangi setiap bukan Islam dan sengaja membunuh mereka yg tidak berdosa.

5. Sikap kita - umat Islam
Seorg shbt bukan Islam pernah bertanyakn kpd saya, kenapa ada org Islam yg minum arak, berzina dan tidak menutup aurat?

Jawapannya mudah, "Islam is not what some muslim do. Islam is what all muslim are supposed to do"



[Tragedi memperingati Karbala - sunnah atau bid'ah?]


Kita menjadi cermin refleksi terhadap pandangan bukan Islam yg menilai Islam berdasarkn umatnya bukan agamanya.

Jadi, sama2lah kita berusaha utk mengembalikn maruah Islam dan memberi contoh baik kpd bukan Islam supaya agama Islam tidak lagi diperkotak katikkan.

Wallahualam.



notakaki


Jangan persoal apa Islam buat utk kita tapi tanyalah apa kita telah buat utk Islam?


Monday, September 21, 2009

Islam dulu atau Kristian?



Ajaran Kristian berada di muka bumi Allah ini lebih 2000 tahun lalu (hampir menyamai usia Nabi Isa a.s @ Jesus) sedangkn Islam hadir selepas Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu pertamanya di gua hira'

Persoalannya, benarkah Kristian ajaran yg disampaikn oleh Nabi Isa a.s dan nabi2 sebelum baginda?

Ajaran Kristian ajaran yg diajar oleh Paul St Tarsus yg tidak pernah bertemu sendiri dgn Jesus (dibaca sebagai Nabi Isa a.s) semasa hayatnya. Paul mendakwa Jesus membawa ajaran Kristian, Mengikut sumber sahih, Jesus sendiri tidak mengetahui perkataan Kristian sepanjang hayatnya.

Jesus diutuskan Allah SWT sebagaimana rasul lain sebelumnya bagi menyampaikn kebenaran dan membimbing manusia ke arah mentauhidkn Allah SWT.

Kebanyakan rasul diperintahkn membimbing kaum Bani Israel yg selalu ingkar akan perintah Allah SWT. Ini termasuklah membunuh rasul yg diutuskn utk mereka.

Itu merupakan alasan kukuh mengapa kebanyakan rasul antaranya Nabi Musa, Jesus dan Daud diutuskn kpd kaum Bani Israel atau Yahudi sekarang.

Pandita Kristian, Buhairo semasa menyambut kedatangan rombongan kabilah perniagaan Abu Talib (bapa saudara Nabi SAW) mengetahui tanda2 kedatangan rasul yg terakhir krn ianya disebut dalam Injil. Kelahiran rasul terakhir ini mencetuskn ketakutan dan kemarahan kaum Bani Israel krn mereka tidak dpt menerima rasul ini bukan dikalangan mereka. Rasul ini keturunan Nabi Ibrahim dan berbangsa Arab.

Buhairo yg melihat dari jauh bagaimana gumpalan awan melindungi kabilah yg disertai Nabi Muhammad SAW ketika itu yakin bahawa Muhammad bin Abdullah itulah bakal imam kpd seluruh umat manusia.

Rasulullah SAW diperintahkn oleh Allah menjadi rasul dan nabi kpd seluruh manusia tidak kira Arab, Bani Israel atau Romawi sedangkn Jesus sebenarnya diturunkn kpd hanya utk kaum Bani Israel.

Jesus mengumpul kembali 12 org dari keturunan Nabi Yaakob a.s dan dicatatkan oleh sejarawan, pengikut rapat baginda ada 12 orang semuanya.

Dari Nabi Adam sehinggalah Jesus, semuanya membawa ajaran yg sama yakni Islam. Pandangan kononnya Jesus membawa ajaran Kristian adalah karut krn sepanjang hayat baginda, perkataan Kristian langsung tidak pernah kedengaran.

Perkataan Christian - Chistos - Christ - Messiah dialih bahasa dari bahasa Yunani (Greek) yg membawa maksud gelaran.

Dicatatkn dlm Bible, Jesus menyampaikn ajaran di sinagog Yahudi dan bukannya gereja krn gereja tidak wujud ketika itu.

Berbeza dgn Nabi Muhammad SAW. masjid didirikan di zaman baginda. masjid Qiblatain, masjid Quba' dan masjid Nabi antara masjid2 yg dibina.

Jika nabi dan rasul terdahulu membawa ajaran Kristian, mengapa tidak wujud perkataan itu dalam kitab2 terdahulu yakni Taurat dan Zabur?

Kitab Bible bukanlah kitab Injil. Pada zaman Jesus, kitab Bible tidak wujud.

Nabi dan rasul sebelum Jesus sebenarnya membawa ajaran yg sama dgn Nabi Muhammad SAW. begitu tu dgn Jesus sendiri.

Nabi Muhammad SAW bukan membawa ajaran agama baru sebaliknya hanya meneruskan usaha para anbiya sebelum baginda. Baginda diutuskan utk seluruh umat manusia dan tidak terhad kpd satu2 kaum saja.


Hadhrat Isa (A.S.) himself told of the coming of Prophet Muhammad (Peace be upon him). In the Bible, Jesus (A.S.) says,

If you love me, Keep my commandments. And I will pray to the Father and He shall give you another comforter that he may abide with you forever.
(Bible, John 14-15/16)

But when the comforter is come, whom I will send unto you from the Father, even the spirit of Truth, which proceedeth from the Father, he shall testify of me, and he also shall bear witness, because ye have been with me from the beginning.

(Bible, John 15-26/27)

I have yet many things to say unto you, but you cannot bear them now. How be it when he, the spirit of Truth will come, he will guide you into all truth, for he shall speak not of himself, but whatsoever he shall hear, that he shall speak, and he will show you things to come. He shall glorify me, for he shall receive of mine, and he shall show it unto you.

(Bible, John 16-12/14)

ramai dikalangan pengikut Jesus yg disesatkn oleh Paul St Tarsus percaya Jesus adalah Tuhan@Anak Tuhan. Sedangkn pada hayatnya, baginda tidak pernah mengaku baginda adalah anak Tuhan.


malah ketika dilahirkn oleh ibunya, Maryam. Malaikat Jibrail memberitahu Maryam bahawa beliau tidak perlu bimbang akan fitnah yg bakal dilemparkn kpdnya oleh masyarakat sekeliling krn melahirkn anak tnpa bapa krn Jesus sendiri akan berkata2 menerangkn segalanya. Allah SWT mengurniakn Jesus mukjizat dan ianya tidak mustahil bagi Allah.

"Lo! I come unto u with sign form your Lord. lo! I fashion for u out of clay the likeness of a bird, and I breathed into it and it is a bird by Allah's leave. I heal him who was born blind, and the leper, and I raise the dead, by Allah's leave. and I announce to u what u eat and what u store in your houses. Lo! herein verily is a portent for u if u are to be believers. and (I come) confirming that which was before me of the Torah, and to make lawful some of that which was forbidden unto u. I come unto u with a sign from your Lord, so keep your duty to Allah and obey me.


Lo! Allah is my Lord and your Lord, so worship Him. That is a straight path.


(QURAN 3:49-51)





notakaki

Tidakkah kita kesian dgn mereka? Mereka masih tidak mengetahui akan kebenaran ini. Adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh dan membiarkn mereka diperbodohkn smpai bila2?



Thursday, September 17, 2009

Holy Bible vs Holy Quran




"Belajar Quran pn tk abes lagi...ni plak nk blaja Bible.."
"Boleh terpesong akidah nanti!!"

Untuk sesiapa yg berfikir sedemikian, maka segeralah beristighfar. Ini krn, jika kita telah meletakkn iktikad terhadap kitab Al Quran, kenapa pula akidah kita boleh terpesong? Ini bermakna kita masih belum percaya atau beriman terhadap Al Quran dalam erti kata sebenar.

Sewaktu mengikuti Bible Study tidak lama dlu, tangan saya menggigil memegang Bible King James Version yg dihadiahkn kpd saya. Seumur hidup saya, itulah kali pertama saya menatap kitab yg menjadi pegangan berbilion umat Kristian itu.

Pelbagai mitos yg saya dgr. Antaranya, kitab Bible ini adalah Injil yg dipesongkn. Ada yg mendakwa kitab ini boleh menyebabkn kita lari akidah krn terdapat beberapa ayat yg mengelirukan antara kata2 Tuhan dan kata2 manusia.

Syukur Alhmdulilah, selepas mempelajari beberapa maklumat ttg Bible, hati saya lapang. Bible yg selama ini ditakuti ramai hanyalah sebuah kitab yg mengandungi kisah2 lemah yg langsung tidak boleh disamakan dgn Al Quran. Kitab Bible juga bukan kata2 Tuhan krn penuh percanggahan dan kelemahan yg ketara.

contoh:

II Samuel 8:4

And david took from him a thousand chariots and seven hundred horsemen, and twenty thousand footmen...


- Bandingkan dengan


I Chronicles 18:4

And David took from him a thousand chariots and seven thousand horsemen, and twenty footmen...


Persoalan : seven hundred or seven thousand?


II Kings 8:26

Two and twenty years old was Ahaziah when he began to reign


- Bandingkan dengan


II chronicles 22:2

Forty and two years old was Ahaziah when he began to reign


Persoalan : Twenty-two or forty-two years?




Layakkah Bible dipanggil 'Holy Bible' jika terdapat percanggahan yg ketara ini? Layakkah kitab 'suci' yg kononnya dtg dr Tuhan punya kesilapan? Adakah Tuhan melakukan kesilapan?

Terlalu banyak percanggahan yg terdapat dalam kitab ini.

Kepada sahabat2 sekalian,

Al Quran adalah Kalamullah yg mulia. Tiada cacat celanya krn Al Quran datang dr Allah SWT. Dan Dia memelihara Quran dari sesiapapun.

Ayat Surah Al Ikhlas sendiri membuktikan keesaan Allah yg tiada galang gantinya.
Al Quran bukan sekadar kitab suci utk dibaca, ditadabbur atau ditafakuh. sebaliknya kitab ini dijadikan panduan kita dalam mecapai mardhatillah yakni keredhaanNya duniawi dan ukhrawi. insyaALLAH.

Notakaki

Nah, kini adakah dgn mendalami Bible akidah kita akan terpesong? Bolehkah kita yakin dgn kitab rekaan yg penuh kelemahan ini dibandingkn dgn Kalamullah?

Jika masih rasa ragu2 utk memegang Bible, maka beristighfarlah

something might goes wrong somewhere

Oh..

Selamat Menyambut 1Syawal

=)

Maaf segala silap dan kesilapan yg disengajakn.

yang Baik dari Allah

yang lemah dari saya hambaNya

Jaga diri

Aslmualaikum

Wednesday, September 16, 2009

Kenali pandemik M.U.R.T.A.D


Aslmualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Umum tahu dan arif mengenai kes2 murtad yg menjadi2 dikalangan masyarakat Islam di negara ini. Biarpun satu kes sehari dibandingkan dgn berbelas juta umat Islam di Malaysia, kes murtad harus diperangi ke akar umbi.

Dari sudut perundangan, kita (umat Islam) telah kalah sebelum bertanding. Perlembagaan Persekutuan yg kita junjung ini adalah duri dalam daging dlm pada menegah anak2, saudara malah kita sendiri keluar dari agama Allah ini.

Beberapa tahun lalu, saudari Azlina Jailani memohon digugurkan dari Mykad, status agama Islamnya. Keputusan Mahkamah Persekutuan ketika itu menolak permohonan Azlina atau nama barunya, Lina Joy. Biarpun kalah, mereka sebenarnya telah menang secara moral. Umat Islam yg murtad cuma tidak boleh menukar status agama pada Mykad namun boleh kekal murtad tnpa sebarang tindakan oleh pihak berwajib.

Siapa agaknya harus dipersalahkn?


Mengenali agama Kristian.

Agama Kristian pada asasnya merupakan agama yg tidak pernah di dengari atau diketahui oleh manusia yg dipuja2 penganutnya iaitu Jesus Son of Mary (Isa Ibnu Maryam). Dalam kita Al Quran, Nabi Isa a.s disebut Allah sebagai Isa Ibnu Maryam manakala penganut Kristian menggelarnya Jesus Christ atau Jesus Son of God.

Sejarah membuktikan bahawa tiada gereja pada zaman Isa Al Masih. Gereja mula dibina beberapa lama selepas "kematian" Jesus.

Sepanjang hayatnya, Jesus mengajar 12 pengikutnya di synagog dan bukannya gereja. Kitab Bible juga bukan kitab Injil yg dipesongkn. Ini krn kitab Injil adalah berbeza dgn kitab Bible. Kitab Injil diturunkn Allah kpd Nabi Isa sedangkn Bible merupakan himpunan surat2 dan juga buku2 Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian baru.

Umat Islam sendiri mendakwa Bible adalah Injil yg telah dipesongkan walaupun hakikatnya Injil dan Bible adalah dua kitab yg berbeza.

Ajaran Kristian adalah ajaran yg diasaskn Paul Tarsus. Paul tidak pernah bertemu dgn Jesus sepanjang hayatnya dan Jesus tidak pernah mengajarkn ttg Kristian sepanjang hayatnya.

Diceritakan oleh seorg sahabat, "Apabila turunnya Nabi Isa a.s ke bumi oleh Allah nanti, Baginda tidak tahu menahu namanya adalah Jesus Christ. Jika dipanggil pengikut Kristian, necaya baginda tidak akan menyahut krn namanya bukan Jesus Christ"

Ajaran Kristian sepertimana ajaran2 lain termasuk Islam mempunyai rukun tersendiri.
Jika Islam mempunyai 6 Rukun Iman yg wajib dipegang teguh, Kristian pula percaya kpd beberapa rukun mereka.

1. Dosa warisan (Original sin)

Kristian mendakwa seluruh manusia adalah berdosa dan mewarisi dosa2 Adam dan Hawa. itulah sebbnya setiap bayi yg lahir wajib melalui proses pembaptisan bg mencuci dosa2 silam jika tidak ianya akan masuk ke neraka.

Secara logiknya, adakah bayi yg mati selepas dilahirkn itu turut berdosa? Ke mana agaknya dia akan ditempatkn? Syurga atau neraka? - menurut kepercayaan Kristian

2. Triniti (3 dalam 1, 1 dalam 3)

Kristian percaya Tuhan ada 3. iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Ruhul Qudus (Holy Spirit/Ghost)
Adalah haram mengatakan 3 Tuhan sebaliknya 1 Tuhan.

Ironinya, di dalam Bible tidak wujud perkataan Trinity
sebaliknya Trinity ada disebut didalam Quran oleh Allah. Allah melarang manusia menyembah Tuhan yg ada 3 iaitu Trinity kerana Trinity adalah rekaan Paul dan Jesus tidak pernah mengajarnya.

Logiknya, 1+1+1=3

3. Penyaliban Jesus Christ

Kristian juga percaya Jesus telah disalib. Disalib krn bagi menebus dosa2 manusia. Dengan itu, beliau menanggung seluruh dosa2 manusia krn beliau cintakan manusia.

Ironinya, bagaimana "Tuhan" boleh mati? sedangkn jika "Tuhan" mati, maka hilanglah sifat Tuhan yg tidak mati, tidak makan dan tidak minum.

Menurut sejarah Islam, lelaki yg disalib adalah Yahudza dimana Allah menukar dirinya sepertimana wajah Jesus pada malam tentera Romawi mahu membunuh Jesus.
Jesus dituduh mahu merampas takhta Maharaja Rom ketika itu hasil fitnah jahat kaum Yahudi.

Seorang sahabat saya beragama Kristian kini di U.S.
Sesiapa yg mempercayai penyaliban Jesus ini maka dia layak utk mendapat Salvation pada Hari Akhir.

4. Jesus Anak Tuhan
Kristian percaya, Jesus dilahirkan oleh ibu yg masih dara yakni Maryam atau Mary.
Mereka mendakwa Jesus adalah anak Tuhan yg dilahirkn oleh Maryam. hal ini disebut dalam Kitab Bible atau lebih tepat ayat John 3:16

Pernahkah saudara sekalian menonton gusti WWF? Stone Cold Steve Austin ada memakai bagu tertera 3:16 yg membawa maksud

JOHN 3:16

"For God so loved the world that he gave his only Son, so that

everyone who believes in him will not perish but have eternal life.


Islam percaya dan disebutkn dalam Al Quran

"Lo! the likeness of jesus with Allah is as the likeness of Adam. He created him from dust, then He said unto him: Be! and he is. (QURAN 3:59)

> Kun Fayakun
Kelahiran Jesus secara mukjizat ini merupakan bukti kekuasaan Allah SWT. Sebagaimana Nabi Adam dilahirkn tnpa bapa, begitulah halnya dgn Jesus. Baginda dilahirkn tnpa bapa atas kekuasaan Allah SWT. Tiada yg mustahil bagi Allah.


Ini adalah sebahagian dpd asas2 agama Kristian yg patut kita semua fahami supaya tiada lagi salah faham dan pkr2 yg mengacau akidah kita dan anak2 kita.

For English version of this article, please click here



notakaki:

Sekiranya ada permintaan utk disiarkn sepenuhnya dalam English mohon diberitahu. Untuk rujukan lebih kefahaman, saya ada menulis dalam English dan boleh dirujuk ke Labels (Tulisan lain) utk lebih maklumat.

Selepas penerangan ringkas ini, saya percaya adalah tidak logik bagi umat Islam seperti kita yg Allah kurniakn akal ini masih mahu memilih selain Allah berdasarkn kelemahan2 yg ada pada agama selain Islam. Nyata Kristian adalah ajaran ciptaan manusia dan bukannya ajaran dari Tuhan yakni Allah SWT.

Lailahaillallah Muhammadurasullullah

Segala yg baik datang dari Allah, yg kurang adalah kelemahan saya.

Wallahualam.


Tuesday, September 15, 2009

Perlembagaan Persekutuan dan alkisah murtad...

[Kisah ini dipetik dari suatu sumber yg saya sudah lupa beberapa tahun lalu]


Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu?

Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah.

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun
1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem
hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu.

Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C.

Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon
19 Nov 1997,

"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia.

Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan...... Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November
1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam." Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur
(18tahun) berhak mutlak menukar agamanya.

Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun
1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


notakaki

jaga dan selalulah bertanya ttg akidah ahli keluarga serta saudara kita

Monday, September 14, 2009

kenapa kau, aku dan dia perlu berdakwah?

Aslmualaikum
selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

beberapa tahun lalu, saya merasakan hidup saya ini sudah cukup jika menjaga solat, puasa dan mengikuti program2 berunsurkn agama. hati saya lapang, jiwa saya tenang.

tiba2 seorg sahabat memberitahu,

"tahukah kamu, di sebuah kampung. ada seorg tua yg tk henti2 beribadah kpd Allah. dan di kampungya maksiat berleluasa. kemungkaran di mana2. dan org tua ini tetap teguh tnpa sedikitpn diganggu gugat oleh kemaksiatan yg berlaku."

"suatu hari, seluruh kampung diturunkn azab oleh Allah. menimpa penduduknya termasuk lelaki tua tadi."

"moralnya disini, biar hebat mana pn ibadah kita, kita sebenarnya perlu melihat dan menegah kemungkaran. bukan hanya duduk beribadat seorg diri. ingatlah, iman tidak akan bertambah dan belum tentu dijamin syurga"

diceritakan pula oleh seorg sahbat berbangsa tionghua yg memeluk Islam kpd saya

"bayangkn kamu pergi shopping di jalan TAR. tiba2 anak kamu terlepas dari pegangan tangan kamu. dan dia hilang di sebalik orang ramai. anak kamu melalui tepi2 jalan yg penuh dgn kereta dan kenderaan besar. orang ramai melihatnya. namun langsung tidak mengendahknnya. mereka sibuk dgn urusan masing2. ada yg lebih penting dr memikirkn ttg anak kamu yg diambang maut. tdak seorgpn cuba menyelamatkn anak kamu yg sebenarnya terlalu dekat dgn mereka"

"lalu anak kamu melintas jalan. dan dia maut di situ."

"saya ada ibubapa, tggal diperkampungan majoriti masyarakat Islam. berpuluh tahun tggal bersama. hubungan kami cukup baik. smpai masa, ibu saya meninggal dunia."

"selepas beberapa tahun saya memeluk Islam. apa yg saya cukup kecewa, tiada sepatah pn perkataan mengenai keindahan Islam yg cuba dikatakan kepada ibubapa saya sepjg hayat mereka."

"bayangkn diri kamu dgn perumpaan anak yg hilang tadi. tidakkah kamu marah dan kecewa bila mengetahui anak kamu dalam bahaya. dan tiada seorgpn disekeliling anak kamu cuba menyelamatkannya sekalipn dgn hanya berkata, "adik, jalan tu bahaya!"

***************************************


dan diceritakan oleh saudara yusuf Islam,



"suatu hari saya diberikan kitab Quran tafsir oleh seorang sahabat. saya ketika itu seorg atheist."

"suatu pagi, saya pergi berenang di pantai berdekatan rumah saya di California. ditakdirkan Allah saya lemas. tk semena2 saya menjerit, "sekiranya Tuhan ada, selamatkanlah aku"


saudaraku yg dikasihi Allah sekalian,

belum tentu yg lahir Islam akan mati sebagai Islam

belum tentu yg lahir kafir mati sebagai kafir

pihak yg satu lagi sedang giat bekerja. sedangkn kita masih terbuai2 dgn kenyataan propaganda

"Islam is the world fastest growing religion!"

Benarkah? apakah itu usaha2 keras dari kita? siapa 'kita' tu? sedangkn kita tidak bekerja, bagaimana Islam boleh menjadi agama yg paling pesat berkembang?

Berbanggakah kita dgn angka 1.3 billion umat Islam jika kita langsung tidak bergerak?

Berbanggakah kita dgn angka 1.3 billion jika umat Islam masih belum mengangkat Al Quran dan Assunah sebagai pegangan yg sebnar?

Dakwah tidak dtg dlm satu bentuk

Dakwah kpd non muslim dan muslim perlu seiring.

Adakah Nabi SAW melakukn dakwah?
Tidak?

Nabi SAW pernah menjemput Kabilah Nasoro utk berdialog di dalam masjid.

kalo kita tanak ikut Nabi, kita nk ikut siapa?



notakaki

saya tiada niat mengkritik, juga tiada niat memperbetulkn. cuma ingin sama2 muhasabah diri

Sunday, September 13, 2009

Islam untuk semua

"kenapa kau sibuk2 nk dakwah pada non muslim?"
"dorang selalu hina Islam!"
"sedangkn rmai lg org Islam yg dh mcm kafir. kenapa tk dakwah?"
"kuman sebarang laut kau dok teropong..bangkai gajah depan mata kau tak nampak!"



Apabila mendengar pandangan dan kata2 sebegini, hati saya sedikit terguris. Bukan bermkna saya berkecil hati dgn kata2 itu akan tetapi saya sangat sedih apabila org Islam memandang non muslim sebagai musuh.

Benar.

Mereka adalah musuh. hanya jika mereka menentang Islam. Ketika ini, non muslim menghina Islam krn menerima persepsi negatif dari umat Islam sendiri. Lihatlah pengeboman di jakarta, Pakistan, Mumbai, Bali, serangan bom di Lubnan dan Iraq.

Apakah ini membantu mengubah persepsi non muslim yg Islam bukan agama terror? Rasulullah seorg pengganas?

Kita hanya mampu dan tahu bersuara. Menyalahkn non muslim atas segala yg berlaku. Kita ditindas krn kita terlalu lemah. kita tidak bersatu. kita meninggalkan ajaran Quran dan Sunnah. Kita menunjukkan sisi gelap Islam. Persoalannya, ada ke sisi gelap Islam?

Islam agama Allah. tiada cacat celanya.

Kita umat Islam saja yg mempunyai sisi hitam yg kita palitkn ke atas Islam atas nama perjuangan.

nah, perjuangan apakah yg menghalalkn pembunuhan sedemikian rupa?

jangan menuduh org lain. lihat dlu diri kita.

Seorg shbt saya seorg mubaligh Kristian keturunan Filipina di US bertanya kpd saya,

"what u call us (non muslims)?"

saya jwb, "infidels or non believers. i think in ur belief, u also call us non believers right?"


dia jawab, "no, i call u all 'brothers"



persoalan mengapa perlunya berdakwah kpd non muslim?

saya tertarik dgn komen seorg sahabat blogger,

Blogger mamai said...

sesungguhnya mereka juga manusia seperti kita cuma bezanya peganggan mereka...mereka bukan musuh andai kita tidak melayan mereka seperti musuh

andai musuh jika dilayan seperti saudara pasti dia akan menjadi saudara..

hati manusia sama ada masa lembut juga ia


[terima kasih bro mamai]


Apakah Islam hanya agama utk org melayu atau arab saja? Adakah kerana Nabi Muhammad SAW berbangsa arab maka Islam hanya perlu berlegar disekitar itu saja?

Di Lauh Mahfuz sana, setiap dr kita telah Allah ambil kesaksian. Setiap dr kita adalah Islam.

Apakah kita hanya perlu memeluk tubuh saja melihat Tian Chua, Ong Ka Ting, Samy Velloo, Idris Jala, Karpal Singh dan lain2 dalam keadaan maaf sebut - kafir.

Sahabat2 yg saya muliakan dan dikasihi Allah sekalian,

Hidayah Allah tu takan boleh dpt atau sampai kepada setiap org. Benar.
bayangkan kita dilahirkn oleh ibubapa non muslim. dibesarkn dgn suasana non muslim. dan akhirnya mati sebagai kafir.

seorg shbt saya selepas memeluk Islam begitu marah dgn orang Islam. Katanya, selepas 27 tahun membesar tnpa sebarang pegangan agama tetap, dia akhirnya memeluk Islam. NAmun, apa yg dikesalkn, sebelum memeluk Islam, tiada sepatah pn perkataan 'Islam' atau ajakan sahabat2 Islamnya kpd Islam hatta menceritakan kpdnya ttg Islam selama mereka berkenalan.

kenapa agaknya?

Mgkin berdakwah kpd non muslim bukan kemahiran atau passion semua org. tapi, kita perlu berdakwah dgn cara yg kita yakin dan selesa dgnnya. jika selesa menulis, maka menulislah. jika mampu berdakwah rumah ke rumah maka lakukanlah. jika mampu memberi sumbangan wang ringgit maka sumbangkanlah.

itu antara usaha yg mampu utk kita lakukan.
sekiranya tk mampu buat apa2, cukuplah sekadar tonjolkn akhlak Islam yg baik. itu juga sebahagian dakwah.

jgn melihat kek dan skop Islam itu sempit. pelbagai cara boleh berdakwah.

lakukanlah. insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Rujuk Surah Muhammad Ayat 7 yg bermaksud jika kita tolong agama Allah maka Allah akan menolong kita.

yakinlah dgn janji ALLAH.

menjawab soalan yg di atas. mengapa perlunya dakwah pd non muslim?

lihatlah sana sini sudah banyak pertubuhan yg menaungi program dan dakwah islah sesama Islam.

ABIM
PKPI
GAMIS
PEMBINA
ISMA
PAS
JIM
TABLIGH

masih kurang pertubuhan dan individu yg mahu bergerak utk menarik dan menyentuh hati non muslim di malaysia.

insyaAllah setiap org punya bahagian masing2.
kita lakukan kerja kita. dan mereka melakukan kerja mereka. kita sama2 mendambakan keredhaan Allah SWT. bagi yg bergerak dalam pertubuhan di atas, teruskan usaha kalian. insyaAllah.


nota kaki

penulis membangunkan blog ini pada asalnya untuk berkongsi hujah dalam menangkis hujah non muslim. selingan siri perjalanan mualaf ini adalah bagi berkongsi kesedaran yg sebagaimana pengalaman lalu penulis yg tidak endah ttg comparative religion. utk semua, siri perjalanan mualaf ini adalah bagi membetulkan persepsi silap penulis serta umat Islam terhadap dakwah kpd non muslim dan tanggungjawab terhadap saudara baru.

kita semua punya tanggungjwb




p.S

Ya Allah, moga apa yg aku ungkapkn akn aku laksanakan. Ameen.

Wallahualam.


Friday, September 11, 2009

jalan itu masih terbentang

Aslmualaikum.
Selawat dan salam ke atas Nabi SAW

Sewaktu menyertai suatu program bersama perkampungan org asli anjuran Kelab Perkim UIA PJ di Tanah Tggi Cameron, sy berkesempatan bertemu dgn penduduk org asli yg jauh di pedalaman.

Di sana terdapat beberapa kampung org asli dan sayangnya hanya sebuah saja dihuni orang asli yg telah diIslamkn. selebihnya diambil alih pihak Kristian.

Bila diamati kembali, mengapa pihak Islam tidak berupaya menarik minat mereka2 ini kembali kpdnya. Setelah diselidiki, sebuah gereja didirikan di tgh2 perkampungan itu. gereja kecil itu tak ubah seperti rumah2 biasa yg dilihat diperkampungan itu. Menurut seorg penduduk, paderi di situ merupakan penduduk asal kampung tersebut yg aktif berdakwah.

Di kampung yg kami singgah selama seminggu itu, tiada langsung surau atau masjid utk umat Islam. sekiranya mahu ke masjid hatta hanya utk solat Jumaat terpaksa menempuh jalan tanah merah yg memakan masa lebih 3 jam (jika menaiki trak atau pikap). penduduk di sini lebih selesa berjalan kaki krn sudah biasa.

Berkenaan gereja di kampung tersebut, sy merasakan dimana silapnya kita?

Lawatan kami ke kampung tersebut hanyalah permulaan utk mencari tapak membina surau sedangkn pihak sebelah sana sudah jauh kedepan. Malah mereka melantik dan mengasuh anak jati kampung utk menyebarkn dakwah.

Allah SWT melantik nabi dan rasul dikalangan manusia krn hanya manusia sesama manusia saling percaya dan mengenali. Itu sebbnya nabi dan rasul bukan dikalangan jin atau malaikat. Strategi yg Allah gunapakai malangnya tidak kita praktikkan.

dalam mendidik kanak2 misalnya, kita haruslah menjadi seperti mereka. memahami mereka dan menyelami isi hati mereka. jika kita meletakkn diri kita spt mana kita skrg, nescaya kita tidak mgkin akan memahami jiwa lembut mereka.




begitu juga halnya dgn dakwah.

Saya tidak menyalahkn mana2 pihak. tiada gunanya menuding jari.

apa yg penting, kita haruslah memasang strategi kedepan.

ketika tsunami melanda tanahair beberapa thn lalu, sana sini bantuan dihulurkan. Apa yg saya dimaklumkn oleh seorg shbt tionghua, pihak Buddha terlebih dahulu smpai ke lokasi kejadian membawa bekalan bantuan kemanusiaan dan makanan. mereka telah lama bersiap sedia dgn bekalan makanan dan kemanusiaan utk persiapan. sentiasa siap siaga

bagi pihak Islam, kita hanya reaktif. bila berlaku sesuatu, kita mengumpul dana berbulan2 lamanya. sedangkn pihak memerlukannya sekarang.

contoh lain bagaimana Palang Merah Antarabangsa membantu mangsa Gaza dan Tebing Barat.

sebagaimana kisah yg saya baca di blog baru2 ini, seorg sahabat menyelamatkan penagih2 dadah yg dijaga oleh pihak gereja di Kuala Lumpur. tahniah kpd gereja krn tidak memilih bulu dalam membantu mereka2 ini.

namun, yg dibantu itu Islam.
bagaimana dgn akidah mereka?

kita memandang jijik penagih dadah yg dianggap sampah masyarakat.
kita sebenarnya lebih sampah krn sesungguhnya Allah lebih jijik terhadap kita yg angkuh mendongak langit sedangkan mereka ini lebih memerlukan sokongan dan bantuan.

selagimana mereka bernyawa, pintu taubat masih terbuka. kita yg masih sehat dan Alhmdulilah mempunyai fikrah memahami halal haram sentiasalah mendoakan husnul khotimah krn belum tentu masa dpn menjanjikn syurga sekiranya kita hanya melihat salah org lain dan menjatuhkn hukum.


Jika mahu makan ikan
belajarlah dari nelayan


kita tk perlu malu atau terhina. belajarlah bagaimana strategi agama lain melakukan dakwah.
belum terlambat utk melakukan perubahan.

nasihat khusus utk saya dan sahabat2 yg dikasihi sekalian.



p.s

kadangkala biarpun pahit
kebenaran harus ditelan

krn sebagaimana ubat
ianya adalah penawar


Wallahualam


Wednesday, September 9, 2009

kepala lembu, azan dan kepelbagaian agama..



Aslmualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda


Hari ini beberapa saudara seagama didakwa dibawah Akta Hasutan dan Akta Polis krn mengadakan perhimpunan kepala lembu dihadapan SUK Selangor di Shah Alam.

Mereka membantah tindakan kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yg memindahkan kuil dari tapak cadangan asal Seksyen 19 ke tapak industri Seksyen 23 di sini. Bantahan penduduk ini kurg diberi perhatian sehinggalah kepala lembu dibawa dan dipijak2.

Menurut sumber, kepala lembu dipijak bukannya bertujuan menghina agama lain (khasnya Hindu). Ini krn mereka cuma mahu protes dan menunjukkan betapa kerajaan negeri berotak lembu dlm menyelesaikn isu tersebut. Ini apa yg saya difahamkn. Mereka tiada niat menghina agama lain pada mulanya. Mungkin krn kepala lembu itu suatu yg sensitif dikalangan masyarakat tambahan pula isu kuil, ianya sudah tentu memberi mesej kurang baik.

Dalam pada mempromosi toleransi antara kaum dan agama, saya melihat ramai yg mempertahankan tindakan memijak kepala lembu dan protes terhadap kuil itu sebagai wajar dan tepat krn mereka mempunyai hak. Tidak kurang juga yg melihat ianya sebagai tindakan bodoh oleh umat Islam yg berlandaskn emosi.

Berkenaan memijak kepala lembu - walau apa pn alasannya adalah tidak patut dilakukan. Kepala lembu itu juga merupakan makanan. Lembu dikorbankn setiapkali musim haji tiba dan lembu juga makhluk Allah. Mengapa diperlakukn sedemikian rupa?

Lembu juga isu yg sensitif dikalangan penganut Hindu krn mereka menganggapnya suci dan tidak memakan dagingnya kecuali boleh meminum susunya.

Demonstrasi jalanan - Tindakan memprotes pembinaan kuil ini saya lihat sebagai kemarahan memuncak penduduk. Sewaktu menunaikn solat jumaat baru2 ini (hari kepala lembu dipijak), penduduk Seksyen 23 menyeru jamaah Masjid Negeri turut sama berdemo menolak provokasi pembinaan kuil. Saya sebut provokasi kerana kuil dibina atas tapak tanah industri.

Ramai yg mendakwa (khasnya umat Islam sendiri), mengapa kita tidak boleh meraikan kepelbagaian agama dgn membenarkn saja kuil itu dibina diperumahan majoriti Islam?

Di kawasana perumahan saya sendiri, masjid dibina ditengah2 perumahan majoriti bukan Islam. Sudah tentu hal berkenaan azan akan dibangkitkn penduduk bukan Islam.

Mengenai toleransi, sy kira Islam sememangnya meraikan kepelbagaian agama. Ketika sahabat Nabi SAW menawan Baitulmaqdis dan Andalus, mereka tidak pernah mengubah gereja atau sinagog Yahudi menjadi masjid. Mereka menerima kepelbagaian agama dgn syarat Islam terjunjungn megah.

Kini, selain kepala lembu malang - Islam juga dipijak2.

Pembinaan kuil tidak salah. Binalah. Cuma bukan dikawasan perumahan Seksyen 23 krn mereka membeli tanah dan rumah di situ dgn pengetahuan - tiada kuil atau tokong Cina disitu.

Janganlah memperbesarkn isu kuil ini sebagai sentimen agama.

Sewaktu membaca respon di akhbar arus perdana, seorg penduduk Seksyen 19 mendakwa mereka menolak pembinaan kuil krn beberapa sebb. Bukannya suka2 mereka menolak tnpa sebb yg jelas.

Di Batu Caves yg majoriti penduduknya Islam, patung Dewa Murugan dibina megah. Sesiapa yg melalui MRR2 akan dpt menikmati permandangan yg mustahil dilihat di negara2 Islam lain. Malah di negara Barat sekalipun.

Jadi, adakah masih berlaku ketidakadilan disini?

Di Selangor saja, masjid cuma beberapa ratus sedangkn kuil (yg dibina secara halal dan haram) mencecah ribuan. Malah, di Midvalley sendiri, pusat beli belah itu dibina tnpa sedikitpun menjejaskan strukturnya.

Mengenai azan yg membingitkan telinga para penduduk bukan Islam.

Adakalanya masjid dan surau dgn sengaja memasang pita rakaman mengaji atau ceramah yg kuat mengganggu penduduk bukan Islam pd pagi Ahad. Cukuplah azan saja berkumandang 5 waktu. Rakaman mengaji dan ceramah tidak wajib disiarkan secara kuat krn kita hidup berjiran dan haruslah bertoleransi.

mengenai seruan azan - tiada kompromi utknnya. Azan harus disiarkan. Cuma kurang beberapa minit saja dalam sehari dan saya tidak rasa ianya terlalu mengganggu sepertimana setiap senja jiran Hindu saya membunyikan loceng bersama asap2 dan menggoncang colok sehingga menusuk hidung.

Kita dipersimpangan. Dalam menegakkan syiar, wajarkah kita mengalah?

Pada saya, Islam itu sudah jelas. Bersederhanalah dalam semua hal. Apabila Islam dihina, kita bangkit melawan. Apabila berlaku pertembungan agama, kita raikan kepelbagaian tnpa menjejaskn akidah kita sebagai seorg Islam.

Jika mahu orang lain hormat kita. Kita harus belajar menghormati diri sendiri.


Monday, September 7, 2009

shall we?

"Why our people still question about Allah's Law?"
"It is already stated in Koran. Why our government still don't want to implement that?"

"They prefer to implement man-made law instead of His Law!"Align Center
"Just follow the Law. Enough. That's it!"


Itulah sebahagian kata2 marah pensyarah saya sewaktu rakan sekelas membentangkan tajuk "APOSTASY" Jumaat lalu.

Rakan sekelas sy mencadangkan supaya kerajaan mengetatkan sedikit undang2 berkaitan murtad dikalangan orang Islam di Malaysia. Syukur Alhmdulilah krn mereka masih menaruh harapan agar kes2 murtad seperti Nyonya Tahir, Siti Fatimah dan Azlina Jailani tidak lg kedengaran.

Persoalannya, adakah dgn mengetatkan undang2 Islam khasnya Syariah, murtad masih dpt dibendung? Pertanyaan ini merupakan kata2 org yg pesimis. Siapa kita utk membendung golongan murtad secara senyap. Azlina Jailani misalnya gagal dlm percubaannya menggugurkan perkataan 'Islam' pada Mykadnya. Akan tetapi, adakah kita berjaya menghalangnya dr murtad?

Di negara Timur Tengah dan Teluk khasnya Arab Saudi dan Iran, hukuman bagi murtad adalah BUNUH! Ianya adalah undang2 Islam yg jelas. Namun, kebanyakan negara Islam masih ragu2 utk mengamalkannya dgn alasan "belum cukup mampu"

Mengapa Allah meletakkan MATI sebagai hukuman bagi si murtad?
Terlalu besar hikmahnya.

Mengapa Allah meletakkan potong tangan sebagai hukuman mencuri?
Terlalu besar hikmahnya.

Kita hanya mempersoalkan mengikut kehendak nafsu dan pertimbangan logik kita tnpa berlandaskan nas dan dalil Allah. Lebih malang lagi, umat Islam sendiri menegah undang2 Islam ini ditegakkan.

Berkenaan murtad.
Sewaktu isu Apostasy dibentangkan, ramai yg menyalahkan kerajaan krn gagal melaksanakan hukum Allah bg kes2 murtad yg membimbangkan.
Saya kagum dgn pandangan dan debat bernas yg keluar dr mulut pelajar dan pensyarah universti yg bukan major dalam bidang agama.

Inilah masalah yg selalunya timbul. Orang yg kurg arif bercakap psl agama.

Mereka mendesak hukum Allah dalam Quran ditegakkan dan menyalahkan kerajaan.
Saya akui. kerajaan Malaysia terlalu lembik utk mengamalkan Islam yg sebenar. Tapi, adakah dgn menuding jari kpd kerajaan maka segala permasalahan ini akan selesai?

Adakah kita hanya mahu berpeluk tubuh dan melihat saja seorg demi seorg murtad. Dan bagaimana pula jika sekiranya saudara kita sendiri yg murtad. Apakah masa itu baru kita hendak bertindak?

Apa yg boleh kita lakukan? Kita tk semampu kerajaan..

Tidak. Kita boleh lakukan sesuatu. Tidak semestinya hanya kerajaan yg mampu lakukan perubahan. Segalanya boleh bermula dr kita.

Teringat kisah bagaimana Nabi Allah Ibrahim a.s dibakar dalam api marak oleh Raja Namrud. Seekor burung yg melihatnya kemudian berulang alik mengambil air menggunakan paruhnya yg kecil dr sungai. Maka, binatang2 lain melihatnya dgn hairan. lalu mereka bertanya,

"wahai burung, tidakkah sia2 saja tindakan kamu (mengambil air utk memadamkan api yg marak) itu?"

jawab burung, "Aku lebih takut pertanyaan Allah kpdku kelak. Apakah usahaku ketika kekasihNya sedang dlm kesusuahan!"

Allah tk nilai kejayaan.
Yang penting usaha kita yg istiqamah


Wahai saudaraku yg dikasihi

Apakah pula usaha kita?






p.S

Islam sedang dimomokkan oleh byk pihak termasuk umatnya sendiri


Wednesday, September 2, 2009

mata celik tapi hatinya buta


Ramadhan semakin meninggalkan kita. Jadilah kita insan yg merinduinya. Meratapi pemergiannya.. Align Center
xoxoxoxox

Baru2 ini saya bertemu dgn seorg saudara baru pada pagi Ramadhan
kami bertemu di sebuah restoran mamak jam 7.30 pagi.
Beliau meminta saya membantunya menyelesaikan sedikit masalah dan juga membawa perkhabaran bahawa sahabatnya berminat mendalami dan memeluk Islam. Syukur Alhmdulilah.

Ketibaan saya di restoran itu agak memeranjatkan.
Saya menemuinya dgn minuman dan makanan di atas meja.
Nyatalah beliau tidak berpuasa pagi itu.
katanya beliau tidak tahu berpuasa.
dan beliau tidak faham bagaimana berpuasa.

saya teringat kata2 Imam Al Ghazali

- Jika b'jumpa dgn kanak2, anggaplah mrk lebih mulia krn mrk blm banyak melakukan dosa drpd kita


- Apabila b'jumpa dgn org yg lebih tua,anggapla dia lebih mulia krn dia sudah lama beribadat drpd kita


- Apabila melihat org yg jahil,anggapla dia lebih mulia drpd kita krn dia wat dosa dlm kejahilan,sdgkan kita wat dosa dlm keadaan mengetahui..


Ramai daripada kita mengetahui kewajipan berpuasa dan bersolat. Namun, ramai juga yg sekadar berpuasa dan tidak mampu bersolat.

Solat itu amatlah berat kecuali bg mereka yg khusyuk.

Berpuasa lebih mudah dari bersolat? Sedangkan solat lebih mudah dan seketika cuma berbanding berpuasa yg memakan masa sepanjang siang dgn menahan segala hawa nafsu kita.

Baru2 ini saya menyertai forum membincangkan tindakan biadap wartawan Al Islam yg menceroboh masuk ke sebuah gereja Kristian bagi menyiasat dakwaan berlakunya pembaptisan remaja Muslim di gereja itu pada hujung mggu.

Mereka menyamar dan memasuki gereja. Apa yg memalukan, mereka berpura2 menjadi penganut Kristian dan menerima saja suapan roti dari paderi yg menyuap setiap dari org yg dtg ke gereja pagi itu. dan kemudiannya mereka meluah kembali roti dan mengambil gambarnya. Gambarnya disebarkan bersama artikel dalam majalah Al Islam terbabit.

Setelah puas menyamar dan menyiasat, mereka gagal menemui sebarang bukti dakwaan berlakunya pembaptisan anak2 Muslim di gereja berkenaan.

Apa yg malangnya, mereka TETAP menyiarkan artikel berkenaan tindakan biadap dan bodoh mereka menyelinap masuk ke rumah ibadat org lain dan berlakon seolah2 mereka pengikut Kristian.

Mgkin ada yg mempersoalkn kononnya niat mereka itu murni.
Ya, ada benarnya.

namun, apakah Islam membenarkn kita melakukan tindakan yg biadap sebegitu?
Tidakkah nama Islam akan turut tercemar bilamana pihak sebelah sana mengatakan bahawa umat Islam tidak beretika.

Niat murni wartawan terbabit utk menyiasat sgt2 dipuji. Mereka cintakan agama Allah ini. malangnya, matlamat mereka itu tidak menghalalkan cara.

saya kesal dgn tindakan ini. maka, ramailah pihak2 bukan Islam mengkritik Islam.
Jenama Islam sebagai agama kasih sayang dan kemananan diheret oleh tindakan wartawan yg berlagak hero ini.

saya percaya, kita punya banyak cara lain utk mencari kebenaran samada berlakunya pembaptisan remaja Melayu oleh gereja terbabit. sudahlah tidak punya bukti, artikel itu TETAP diterbitkan.

saya kecewa dgn masyarakat Muslim kini. Mereka mahu mendaulatkan Islam. Tapi dalam masa sama mereka tidak membantu utk Islam dipndg tggi. Mereka membenarkan Islam dipndg hina.

1. kritikan umat Islam ke atas isu sebat

2. Kepala lembu dan kuil Seksyen 23

3. Artikel Majalah Al Islam

Islam kini ditertawakan disebbkn kedangkalan pengetahuan umatnya.

Dimana silapnya?




p.s


sekiranya tidak mahu membantu Islam, janganlah sanggup membuka ruang agama Allah ini diperlekehkan.




Tuesday, September 1, 2009

mari bergelar daie

Aslmualaikum wbt
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW

Kepada sahabat2 yg berminat utk menjadi daie atau sukarelawan dalam perbandingan agama adalah dialu2kan.

pihak kami akan mengadakan beberapa program menarik
antaranya

presenting Islam
Islamic Basking on street
lawatan daie ke hospital/rumah orang2 tua
dan byk lagi

Sila e-mail kepada penulis utk maklumat lanjut

kkepo_87@yahoo.com

yusuf2say@gmail.com

sesiapa saja boleh sertai
Kehadiran dan keturajaan kalian adalah amat dialu2kan.

Moga Allah memberkati. InsyaAllah.

You may interest

Blog Widget by LinkWithin