Sedikit pengenalan mengenai agama Kristian
Agama Kristian spt mana yg kita maklum mengajak manusia mempercayai Jesus atau Isa Al Masih itu Anak Tuhan.
Nama lain bagi Jesus adalah Jesus Christ, Al Masih, Messiah dan Christos
Antara Rukun yg popular dan utama dalam mazhab2 Kristian adalah wajib mempercayai;
1. Nabi Isa Al Masih atau Jesus of Nazareth sebagai Anak Tuhan.
2. Trinity - Ruhul Kudus (Holy Spirit atau Holy Ghost), Tuhan Bapa (Father) dan Jesus Anak Tuhan (Jesus Son of God) adalah Tuhan tetapi bukan 3 Tuhan, hanyalah 1 Tuhan.
3. Dosa warisan (atau Original Sin)
Tiga rukun agama Kristian diatas adalah kemestian utk penganut Kristian percaya sebelum boleh diselamatkan oleh Jesus pada hari Akhir yakni Kiamat.
Mereka juga percaya, Jesus akan dihidupkan kembali dan menyelamatkan manusia dr kejahatan. Jesus (menurut Kristian) mati disalib oleh Tentera Rom bagi menebus dosa setiap manusia di dunia ini dan yg utamanya dosa Adam dan Hawa (Adam and Eve) yg menyebabkn keduanya disingkirkan dari Syurga selepas memakan buah larangan. Dosa kedua mereka dikatakan ditanggung oleh manusia sehinggalah Jesus menebus menerusi kematiannya secara disalib.
Kematian Jesus.
Menurut penganut Kristian, orang2 Yahudi telah membuat fitnah terhadap Jesus sehingga menyebabkn Tentera Rom menahan Jesus dan menyalibnya.
Menurut kisah itu lagi, Judas Iscariot merupakan org yg membelot terhadap Jesus dan beliau lah org yg disalib pada malam itu selepas Jesus diangkat ke langit dan Judas disangka sebagai Jesus oleh Tentera Romawi.
Jesus disalib pada petang Jumaat. dan dipercayai itulah sebabnya penganut Kristian mengagungkan hari Jumaat atau lebih tepat menamakannya GOOD FRIDAY.
Hari Sabtu dijadikan hari2 utk berdoa oleh penganut Kristian ketika itu dan ia dinamakan SABBATH sehinggalah kini.
Hari Easter yg popular dikalangan masyarakat Barat itu merupakan hari ketiga dimana Jesus dihidupkan kembali.
* Sebahagian kisah diatas terdapat percanggahan antara mazhab2 Kristian seluruh dunia dan versinya kemungkinan berbeza.
Menurut Pakar Bible, Pak Ungku;
Agama Kristian diasaskan oleh seorg paderi Yahudi yakni Paul. Beliau juga tidak pernah bersemuka dgn Jesus sepanjang hayatnya dan seorg yg ANTI Jesus. Paul menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 67 tahun dgn membawa doktrin atau rukun Kristian spt diatas. beliau juga menghalalkan semua makanan dan mendakwa berkhatan itu tidak perlu.
menurut Bible Old Testament (dimana dikatakan dirakam percakapan dan sebutan Jesus), setiap manusia (lelaki) perlu berkhatan dan babi atau swine itu haram dimakan.
Semua ini menampakkan percanggahan antara kitab dan ajaran Kristian itu sendiri.
Pada tahun 381 Masihi - Bible dibukukan.
Pada tahun 1024 Masihi, Gereja Orthodox di Constantinople (kini Istanbul) ditubuhkan.
Utk membina gereja yg gah dan besar, Gereja yg diketuai POPE menggalakkan derma.
Atas alasan wang, Pope berkata beliau mampu ampunkan dosa2 sekiranya mereka membayar wang.
sejak itulah, sistem penebusan dosa masih diamalkan sehingga kini namun didominasi Gereja Katholik (khasnya di Sepanyol, Itali, Portugal dan sebahagian besar negara Amerika Selatan)
Antara Mazhab Gereja Kristian yg popular dan aktif sehingga kini ialah;
Katholik
Baptist
Methodist
Protestant
Lutheran
7 Day Adventists
Johowah Witness
Mormon
Pauline Church
dan kebanyakan gereja ini ditubuhkan selepas terdapat percanggahan pendapat dan aliran dengan ajaran Kristian yg diasaskan Paul.
*******************************
Rumusan:
fakta2 yg harus kita faham dan sedari.
Percanggahan2 dalam Bible dan ajaran Kristian
1. Berkhatan - Bible merekodkan Jesus berkhatan pada hari ke-7
Tetapi sehingga kini, penganut Kristian tidak mengamalkan khatan sbg tuntutan agama.
2. Aurat - Bible menekankan ttg aurat wanita yg utama namun sehingga kini hanya Sister Kristian saja menutup aurat sedangkan penganutnya tidak.
3. Salam - Shalom adalah sapaan yg slalu digunakan Jesus yg direkodkan oleh Bible. namun, sehingga kini penganut Kristian jarang memperaktikannya.
4. Bible diterbitkan selepas 300 tahun kematian Jesus. Jesus juga tidak pernah membaca Bible sepanjang hidupnya.
5. terdapat percanggahan dalam Bible antara Old Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament (Perjanjian Baru) sedangkan sekiranya kitab suci dari Tuhan, ianya tidak patut berlaku percanggahan. Tuhan tidak melakukan kesilapan tetapi Bible diakui banyak percanggahan dan kesilapan besar. ini mengukuhkan lagi bahawa Bible adalah rekaan manusia dan bukannya kitab suci.
6. Bible bukanlah kitab Injil yg diturunkan kpd Nabi Isa Ibni Maryam. Injil juga bukan versi lama bagi Bible.
7. Kristian mengakui trinity yakni Jesus Anak Tuhan, Tuhan Bapa dan Ruhul Kudus sebagai Tuhan tetapi bukan 3 Tuhan tetapi 1 TUHAN. Anehnya..
sedangkan sekiranya mengikut perkiraan Matematik, 1 + 1 + 1 = 3
8. Berhubung dosa warisan. Bagi umat Islam, kita yakin bahawa setiap bayi yg dilahirkan itu fitrahnya bersih dan suci. Tiada dosa. Namun, ajaran Kristian mendakwa bayi yg lahir itu menanggung dosa2 Adam dan Hawa dan sebb itulah mereka akan dibaptist. Kononnya bagi menghapuskan dosa warisan.
p.s
Sebagai Muslim, kita harus mengetahui secara asasnya ttg agama Kristian ini krn ianya blh dijadikan panduan supaya kita lebih berhati2. Ini kerana, gerakan Murtad sedang bergiat aktif terutamanya ke atas remaja yg hilang pedoman agama dan gadis2 IPT.
Mempelajari agama lain tidak membuatkan Islam kita goyah. sebaliknya, sekalipun kita mendalami agama lain, dgn izinNya iman dan taqwa kita akan bertambah krn sesungguhnya tiada agama yg lebih layak diikut melainkan ISLAM.
Tiada Tuhan yg layak disembah melainkan ALLAH SWT.
** selepas ini - Ajaran Hinduism
Disclaimer
This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.
Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.
Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.
Monday, June 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment