Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Monday, April 26, 2010

Kita vs Mereka

Sejak kecil, kita ditakutkan dgn gerakan2 Kristianiti dan yahudi.

Apa yg menyedihkan dakyah ini direka2 oleh org Islam sendiri dan disampaikan generasi ke generasi..
sebagai cth :

Holy Water - tidak benar sama sekali dakwaan air ini mengandungi jampi utk memurtadkn org Islam sedangkn mereka sendiri (Kristian) tidak meminumnya.

Ibubapa bimbang dgn anak2 yg mgkin terpengaruh dgn elemen yg menjurus kpd murtad - satu aspek yg paling dan perlu dibimbangi.

Akn tetapi apakah yg lebih penting dr murtad?

Pemahaman agama yg jelas. Ibadah yg sahih dan Akidah yg sejahtera.

Terlalu byk isu disebalik semua ini.
Kita bimbang anak2 kita terjerumus dlm perangkap murtad sedangkn kita tidak menyediakn mereka bekalan cukup utk menepisnya.

Sebagai cth, kita membekalkn anak2 kita dgn peta. tapi kita tk sediakn panduan dan bimbingan bagaimana membaca peta tersebut.

Sudah terlalu lama kita takutkan gerakan mubaligh Kristian.
Apakah yg harus ditakuti sekiranya kita yakin bahawa Islam adalah kebenarannya?

Remaja masakini lebih gemar membaca ttg dakyah2 yahudi dn kisah misteri pelan kedatangan Dajal Al Masih namun persediaan ke arah menangkis dakyah dikalangan kita masih kurg dan lemah.

Selepas kita membaca dakyah2 ini apa yg kita lakukan? Sebarkan?
Sedangkan pokok pangkal dan kebenarannya masih belum pasti dn jelas.
Boleh jd kita menyumbang kpd fitnah dan memburukkn agama lain.


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” 

[Al Hujuraat : 6]


Smpai bila kita hanya bimbang dan takut sedangkan gerakan dakwah pihak satu lagi terus maju dan mara.
Kita hanya tahu menepis, menuduh dan berdoa.





Cukuplah dgn ketakutan yg kita cipta ini. 
Mari kembali kpd Al Quran dan AsSunnah


Islam agama yg benar.


 wallahualam bisawab




nasihat khusus utk diri ini 





nota
sy pernah membaca beberapa rencana mengenai dakyah yahudi dn kristianiti yg begitu popular dikalangan remaja skrg. namun, byk yg ditulis tidak berdasarkn kajian yg tepat. Bukan mahu menyokong agama lain, lebih kpd peringatan kpd kita supaya menjaga agama dan akidah kita dlm ms sama berhenti menfitnah agama org lain. Dakwah dan mesej Islam tidak akn smpai sekiranya kita menuduh org lain apa yg mereka sendiri tk pernah lakukan. Menfitnah dan memburukkan agama org bukan ajaran Islam apatah lg tnpa bukti dn sumber yg sahih.

Allah Lebih Mengetahui.

Sunday, April 25, 2010

Zikrulmaut



Mengingati mati adlh tarbiyah terbaik..

Dunia yg dikejar bersifat sementara

klik SINI utk membaca satu artikel menarik tulisan Ustz Zaharudin.net

Moga kita sama2 merenunginya.

Saturday, April 24, 2010

Di mana bahagia?


Ibnu Hibban meriwayatkan satu hadis Rasulullah SAW mengenai bahagia...
Jiran yg baik
Isteri solehah
Kenderaan yg baik
rumah yg luas...



Definisi bahagia terlalu luas utk dirungkaikn...


Seorg ibu mengaku bahagia melihat anak2nya membesar menjadi manusia berguna

Seorg guru bahagia bilamana anak muridnya mendapat keputusan cemerlang

Seorg anak merasa bahagia punya kasih syg mencurah dr kedua ibubapa

Seorg kekasih bahagia dihargai oleh kekasihnya


Apakah ini bahagia hakiki?


Bahagiakah bila kita bangun pg jam 8 dn terlepas subuh?

Bahagiakah kita bila tiada lg org menegur kelalaian kita?

Bahagiakah bila kita meninggalkn suruhanNya dan tegar melakukan laranganNya?

Bahagiakah kita dgn harta bertimbun2 sedangkn disatu sudut sebuah keluarga mengadu kelaparan?








nota

dimana bahagia?




utk diri ini khususnya

Friday, April 23, 2010

Miss called



Situasi sebegini selalu berlaku ketika kita sedang solat berjemaah...
 perkara ini begitu mengganggu kekhusyukan jemaah lain...

Kesilapan utama tentulah dtg dr pemilik hp yg lupa silent mode hp milknya
namun kesilapan yg lebih besar ialah pemanggil yg menghubungi pemilik hp td ketika masuk waktu solat...

Lebih mendukacitakn, ketika solat Jumaat, telefon masih berdering...

Siapakah yg membuat panggilan?

Mungkin dpt kita tekadkn di sini utk sama2 tidak menghubungi shbt2 atau kenalan kita 30 minit selepas masuk waktu solat utk mengelakkan hal2 sebegini berlaku sekalipn punya hal yg pentg

kerana...
Tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi...



wallahualam bisawab

Moga sy melakukan apa yg sy tuliskn ini..
Khas utk diri ini dan semua.


credit: pemilik gmbar (hamba Allah)

Wednesday, April 21, 2010

Buang Tabiat

Tertarik sy dgn satu pandangan seorg ustaz dlm satu ceramah mengenai penambahbaikan sistem hubungan masjid dan masyarakat baru2 ini.

Menurutnya, masyarakat kita susah nk keluar dr kebiasaan.
Apa sj perkara yg dilakukan secara diluar kebiasaan akn dianggap sebagai buang tabiat

Buang tabiat pula merujuk kpd istilah org2 lama kpd mereka yg semakin dekat ajalnya.

Sebagai contoh,

Apabila wartawan bertemu dgn keluarga si mati, soalan yg wajib ditanya ialah

"apakah perubahan yg berlaku pd arwah beberapa hari ni....?"

"Arwah tiba2 byk ckp, suka bergurau, makan dgn banyak..pegi masjid...solat jemaah"


Dan apabila shbt2 kita yg ingin berubah kpd kebaikan, perkara pertama yg kita akn sebut ialah,

"Buang tebiat ke hang tiba2 pegi masjid subuh ni?"

Ketika sy tggal di hostel tk lama dlu,
seorg shbt sy begitu meminati gitar dn muzik..
dan beliau jarang2 solat melainkn solat Jumaat di masjid.

satu hari, apabila singgah di biliknya, beberapa rakan terkejut melihatnya solat

masing2 bertanya,

"eh, tahu solat rupanya.."

"buang tebiat budak ni.."
"ingatkn dh tk knal tikar sejadah"

dan yg lebih ekstrem berkata,  "hari2 sibuk dgn muzik, solat pn tk guna, bukan diterima.."

apabila bertemu dn bertanya pd shbt td, beliau mengadu, lama tk solat krn merasakn dirinya jahat dan tidak diterima solatnya seolah2 mengiyakn kata2 rakan2 td.

Apa yg menyedihkn ialah, apabila seseorg itu mahu keluar dr kegelapan ke cahaya, bermacam kata2 yg menyakitkn akn kita keluarkn.

Bukankah lebih baik kita memujinya apabila seseorg yg tk pernah solat, tiba2 tergerak utk solat sekalipn cuma satu waktu sehari. ia satu permulaan yg sgt baik.
ataupn, cukuplah sekadar menghadiahkn sekuntum senyuman.

Sahabat begini perlukn bimbingan dn skongan.
Dan kata2 yg menyakitkn itu sbnrnya lebih tajam dr mata pedang

Jom berubah!!!




Pesanan utk diri ini dan semua.

Wallahualam bisawab



Tuesday, April 13, 2010

Memperkenalkan Allah kepada kanak-kanak


"Kita tk takut Allah. kita takut hantu...."

"kenapa ckp mcm tu?"

"Sebb kita nmpk hantu...tp tk nmpk Allah"

Media byk memaparkan gambaran kisah2 tahyul spt hantu yg banyak merosakkan akidah kanak2.

Dlm pd mendidik juga, pendekatan yg kita beri kebanyakannya menjurus kpd menakutkn dn bukannya mendidik dgn kata sebenar.


sebagai cth:


"adik jgn pegi main dkt gelap tu...nt ade momok"

"jangan nanges2...nt hantu dgr"

"jgn tdo lmbt, nt hantu dtg"


pkr ini membuatkn anak2 diprogramkn dan banyak merosakkan akidah mereka krn lebih mempercayai kewujudan hantu berbanding Allah.


Bagaimana memperkenalkn Allah kpd anak2 kecil?


Satu pendekatan yg sy pernah lakukn kpd adik sy yg berumur 5tahun.


"adik, Allah tu ada tk?"


"tkda.."


"knape tkda?"


"tk nmpk pn?"


sy cubit adik sy sedikit kuat...


"sakit tk?"


"sakit!"


"mana sakit? tk nmpk pn?"


"nii...."


"mana? tk nmpk pn.."


"niii....sakit!"


"haa...td adik kata sakit. tp abg tk nmpk pn adik sakit kt mana. tp adik rs sakit kn? mcm tu jugk Allah. adik tk nmpk mn Allah, tp Allah tu ada. kn?"





pentg sbnrnya utk kita meyakinkn dr kecil kpd adik2 kita ttg kewujudan Allah dn apa yg dia blh nmpk dn sentuh tu bukannya Allah.


mari kita sama2 boikot pendekatan media yg menanam program kpd anak2 ttg hantu bg memastikn anak2 kita lebih sejahtera akidahnya.




Wallahualam bisawab

Monday, April 12, 2010

Priceless

Syukur alhmdulilah.

Last saturday, international student from Nigeria, Brother Tejou embraced Islam.
When I witnessed and experience that moment, I feel very grateful to Allah who bless me with His priceless love and faith that I always forgot and tend not to appreciate it.

Thank You ALLAH

I Love You

Wednesday, April 7, 2010

IDT

Sabtu ini, selepas program Interactive Dakwah Training (IDT) Fasa 1 di Masjid Bukit Indah Ampang Jaya, dgn izin Allah akn ada beberapa saudara baru dgn sepenuh hati berhasrat mengungkapkn dua kalimah syahadah

tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah dn Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah

Sepanjang meniti perjalanan jauh ini, pengalaman menjadi saksi pengislaman adalah detik yg paling indah pernah sy lalui.

Semoga Sabtu ini segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Moga kita sama2 tidak lupa utk sentiasa memperbaharui syahadah dn muhasabah diri di mana kedudukan kita pd jalanNya.

Semoga kita sama2 dibawah lindungan dan limpahan barakahNya. Ameen.

Thank You Allah


Wallahualam bisawab. Aslmualaikum.




nota:
Al Fatihah buat mangsa gempa Sumatera.



Monday, April 5, 2010

....

Beberapa hari ni sy gerun mendengarkn ttg mati..

Entah mengapa..terasa ..satu mcm perasaan yg sukar digambarkn..

Saya takut dgn laknat Allah.

saya takut dgn azab Allah

Ya Allah....ampunkn dosa2 hambaMu ini.

Terimalah ibadah hambaMu ini.

Berikan hambaMu ini kesudahan yg baik.

kepada pembaca yg dirahmati Allah. Maafkn sekiranya sy ada melakukn apa2 yg menyinggung perasaan pembaca sekalian.

Semoga kita akn bertemu dgn husnul khotimah. Ameen.

jumpa lagi. Aslmualaikum

Saturday, April 3, 2010

Jangan Marah

Seorang kenalan memberitahu sy, org yg slalu memaki hamun dan marah2 baru2 ini meminta pertolongan drnya.

kata sahabat tadi, dia tk mahu menolong krn sakit hati dgn perbuatan org tadi.
katanya, dia tk boleh nk hipokrit membantu sedangkn dianya tidak ikhlas. apatah lagi selepas perbuatan org tu kpdnya.

sy membawa shbt td mengimbau kisah dimana pd zaman Nabi SAW, seorg yahudi memaki hamun dan membaling sampah kpd baginda setiapkali baginda melalui jalan tersebut.

dan, baginda tk pnah sekalipn mengadu pd shbt atau membenci yahudi terbabit.

kalau kita, bgaimana agaknya?

dan selepas beberapa lama, baginda dapati yahudi terbabit tidak kelihatan lg menunggunya di jalan utk membaling sampah kpdnya, baginda bertanyakn kpd jiran yahudi terbabit dn mendapati dianya sakit.

baginda SAW segera menziarahinya, mengemas rumahnya dan menyediakn makanan utknya.

ats kebaikan inilah, yahudi tadi akhirnya malu dn insaf serta akhirnya memeluk Islam di hadapan Baginda SAW.


kata shbt tadi, tk mgkin beliau mampu berpendirian dan bersikap spt Rasulullah SAW.

pada saya, sape lagi suri ikutan terbaik? kalau kita tk nak ikut baginda Nabi SAW, kita nk ikut siapa?

Baginda menjalankn dakwah seiring dgn akhlak murni baginda...

Baginda contoh terbaik.

berbalik kisah shbt tadi, sy pernah mengalami mslh yg sama baru2 ini...
walaupn sukar utk memaafkn perbuatan org...namun apa yg lebih menenangkn ialah berusaha memaafkan apa adanya..

membersihkn jiwa2 kita dr perasaan benci dan marah...






Betul, kita manusia biasa..mana mgkin kita mampu sehebat akhlak Nabi SAW. tetapi, sama2 kita berusaha dan menjadikan baginda teladan terbaik dlm amalan seharian kita.

mulakn hari dgn senyuman krn itulah sedekah yg mulia, besar ganjarannya tetapi paling sukar utk dikeluarkan

: )


utk diri sendiri dn semua khususnya

Wallahualam bisawab.



**masih belajar utk senyum

You may interest

Blog Widget by LinkWithin