Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Saturday, October 24, 2009

Al Quran vs John 3:16

Islam

Allah (Creator) --> Hamba (creations)

Kristian

Jesus Christ

--> kelahiran (birth)

--> kehidupan (life & teachings)

--> penyaliban (crucifixion)

--> kematian (death)

--> kebangkitan (resurrection)


secara realiti, Islam memberi tumpuan kpd perhubungan antara hamba dan Penciptanya.

Allah berfirman

dan (ingatlah) Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan utk mereka beribadat kepadaKu

Surah Al Zariyat : 56

sebaliknya Kristian memberi tumpuan HANYA kepada jesus. ianya meliputi 5 aspek itu tadi..

tnpa kelima2 ini, agama kristian TIDAK akan wujud di mukabumi Zoodervan Handbook of Christian Beliefs (2005) menyatakan spt berikut

Agama kristian ialah al masih. tidak wujud Kristian yg tdak memberi tumpuan utama kpd Jesus. Dia merupakan pangkal keimanan serta pusat tumpuan yg penting. Seseorg itu tidak layak meenamakan dirinya kristian apabila tidak mengambil kira soal jesus.

Kenapa bukan Allah SWT menjadi tumpuan agama kristian? kenapa hanya jesus?
ini adalah berdasarkn keyakinan pengikut kristian bahawa jesus merupakan satu2nya individu yg dpt menyelamatkn manusia dari kehidupan dunia dan akhirat. ini berdasarkn kitab bible iaitu John 3:16 yg bermaksud

For God so loved the world that He gave His only begotten son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life (KJV)

(John 3:16 begitu popular dan dijadikan ayat motivasi penganut kristian - penggusti terkenal stonecold steve austin selalu memakai baju tertera 3:16)

berdasarkn ungkapan ini, penganut kristian percaya, sesiapa yg mempercayai jesus dan beriman dgnnya akan mendapat keselamatan atau salvation.

namun, ayat John 3:16 ini bercanggah dgn sabdaan jesus sendiri yg berbunyi

on judgement day many will tell me, Lord, Lord, we prophesized your name and cast out demons in your name and performed many miracles in your name. but, i will reply, i never knew you. go away!the things you did were no authorized (NLT)

Matthew 7: 21-22

berdasarkn sabdaan ini, ramai pengikut kristian yg ditolak baginda di akhirat kelak krn melakukan perkara yg tidak diperintahkannya.




sedikit penerangan mengenai fokus kristianiti

kelahiran -

Surah Ali Imran : 59

kristian percaya jesus dilahirkn oleh maryam tnpa bapa.
dan menganggap jesus sebagai anak Tuhan.
jesus dikatakan lahir pada 25 disember dan perayaan ini disambut umat kristian. hakikatnya, ianya bukan tarikh sebenar kelahiran jesus.

dipetik dr dokumentari jejak rasul
jesus dilahirkn ketika salji.
maryam meletakkannya diatas jerami padi tempt makanan lembu. ini krn lembu tidak akn meninggalkn najis di atas makanannya.


Kristian Orthodox khasnya Gereja Orthodox di Russia menyambut kelahiran jesus pd januari setiap tahun.

kehidupan -

jesus dikurniakan mukjizat oleh Allah menyembuhkn sakit kusta dan sopak serta menghidupkn org yg telah mati

Surah Al Maidah : 110

jesus boleh berkomunikasi ketika bayi.

ketika ditanya oleh maryam kpd jibrail ttg apakah pandangan org ramai terhadapnya nanti yg melahirkn bayi tnpa bapa (tnpa persetubuhan), jibrail menjawab, biarlah Isa yg menjelaskannya.

jesus mempunyai 12 org pengikut yg dipilihnya dikalangan 12 org adik beradik anak Israel (Nabi Yaakob as)

Al Quran 3:52, 61: 14

jesus atau isa ditugaskn oleh Allah menyampaikn kebenaran kpd BANI ISRAEL sahaja. bukannya kpd seluruh umat manusia.

penyaliban -

kristian percaya jesus disalib dlm pada utk menyelamatkn manusia

Allah berfirman

...padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, akan tetapi (yg mereka bunuh adalah) diserupakan.."

Surah An Nisa' : 157

kematian -

...tetapi Allah telah mengangkt Isa ke hadratNya. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana...

Surah An Nisa' :158

kebangkitan -

Dan kesejahteraan semoga dilimpahkn kepadaku, pada hari wafatku,dan pada hari aku dibangkhitkan dihidupkan kembali..

Surah Maryam : 33

wallahualam

Kemaraan Kristianiti

Sejak dulu hingga kini, golongan Kristian berusaha dgn gigih menyebarkn agama mereka. Ini dilakukan menerusi satu gerakan yg dikenali sbg Evangelism (penginjilan). Sehubungan itu, Allah SWT memberikn peringatan kpd umat Islam sentiasa berwaspada menerusi FirmanNya

Orang2 Yahudi dan Nasrani tidak akn senang kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti agama mereka. katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itu petunjuk (yg benar). Dan sesungguhnya jika engkau mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan dtg kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu

Surah Al Baqarah : 120

Apa yg menarik, antara faktor mengapa mereka bertungkus lumus menjalankn aktiviti penginjilan ini krn secara realiti, agama Kristian sudah tidak diterima dgn baik di eropah. ini merupakan pengakuan dr salah seorg pemimpin tertinggi Kristian sendiri iaitu Mendiang Pope John Paul II (1994) pada penulisannya terkenalnya Crossing The Threshold of Hope mengulas spt berikut.

Menjelang tahun 2000, dunia kita amat memerlukan kpd Iniil. Kita meraakn demikian disebbkn dunia seolah2 cuba menjauhkn dirinya dr Injil, ataupn dunia masih lg belum mengenali injil. Di mana situasi pertama - menjauhkn diri dr injil - secara realiti benar apabila merujuk kpd dunia lama, terutamanya benua Eropah manakala situasi kedua benar merujuk kpd benua Asia, Timur Tengah dan Afrika.

Pope John Paul menambah

(agama kristian) mengalami penurunan di benua Eropah namun mengalami peningkatan di benua Afrika dan Asia.

Jelas di sini, Pope john Paul sendiri mengakui agama kristian mengalami suasana muram di negara barat terutamanya eropah. namun ia mengalami peningkatan di benua afrika dan asia. ianya sudah tentu disebbkn oleh usaha gigih para mubaligh mereka.

sumber kenyataan pope john paul (crossing the threshold of hope, 1994 halaman 110)


**Suka utk saya ingtkn di sini, kebanyakan dari kita mengalami salah tafsir dan kefahaman ttg ajaran Kristian disebbkn kisah2 dongeng yg disebarkn oleh pihak yg berkepentingan dlm mensensasikn perihal Kristianiti dikalangan org Islam khususnya org Melayu.

Sebagai contoh, terminum holy water akn menyebabbkn sukar mengucap. holy water kononnya diperbuat dpd janin dan sirap yg disihir dan sebagainya. hal ini menyebabkn masyarakat kita skeptikal ttg isu sebenar yg cuba diketengahkn dlm mengatasi kemaraan mubaligh kristian ini.

*holy water biasa dicampur sedikit minyak zaitun dan sebagainya adalah air utk upacara pembaptisan dan org Kristian tidak meminumnya.


mulai hari ini, bebaskn diri kita dr segala kisah sensasi mengenai kristianiti dan belajar bagaimana menangkis dakyah mereka.

semoga umat Islam tidak terbuai2 dgn kisah sensasi sebaliknya berusaha utk memperbaiki diri dan menyelamatkn umat Islam seluruhnya.

Wallahualam.

Thursday, October 22, 2009

Keagungan Allah

Sheikh Ahmad Deedat merupakan pelopor dakwah perbandingan agama tersohor pada zaman moden. Tahukah kita siapa sebenarnya pendakwah perbandingan agama yg terawal?

Jawapannya :

Nabi Muhammad SAW, Pesuruh Allah.

Baginda SAW dlm satu kisah diriwayatkan berdialog dgn Bishop wilayah Najran, Abdul Al masih serta Abu Haritshah bin Alqamah.

Nabi SAW : Masuklah kamu ke dalam Islam.

Bishop: Kami sudahpn Islam sebelum tuan.

Nabi SAW: Kamu berdusta. kamu terhalang dari Islam disebbkn seruan kamu bahawa Allah mempunyai anak, menyembah salib serta memakan khinzir.

Bishop: Sekiranya Isa bukan anak Allah, maka siapa bapanya?

Nabi SAW: Adakah kamu mengetahui bahawa seorg anak (secara hakikinya) menyerupai bapanya?

Bishop: benar wahai tuan.

Nabi SAW: Adakah kamu mengetahui bahawasanya Tuhan kita Maha Hidup serta sama sekali tidak menerima kematian. Sebaliknya Isa menemui ajalnya?

Bishop: benar wahai tuan

Nabi SAW: Adakah kamu mengetahui bahawasanya Tuhan kita Maha Berdiri dgn sendirinya memelihara serta memberi rezeki kpd sekalian makhluk?

Bishop: Benar wahai tuan

Nabi SAW: Adakah Isa memiliki ciri sedemikian?

Bishop: Tidak wahai tuan.

Nabi SAW: Sekiranya demikian, bagaimana boleh kamu mendakwa hal itu ( Isa sbg anak Allah - penulis)?

Mendengar sabdaan baginda, perwakilan Kristian mendiamkan diri. namun mereka seterusnya mengemukakan pertanyaan kpd Rasulullah SAW.

Bishop: Adakah tuan melihat seorang itu tanpa bapanya? sekiranya benar demikian, sila kemukakan bukti.

Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Isa disisi Allah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kpdnya, jadilah engkau! Maka jadilah

Surah Ali Imran



notakaki

Allah Maha Berkuasa atas sesuatu



***artikel ini dipetik dr prakata (pengenalan) dr buku 7 Persoalan Asas2 Agama Kristian.

Wallahualam.

Tuesday, October 20, 2009

Apa, siapa itu Kristian?

Perkataan Kristian disebut dalam Bible hanya sebanyak 3kali sahaja menerusi Kitab Acts 11:26, 26:28 dan 1 Peter 4:16.

Dari mana asal perkataan ini?

Dari sudut Bahasa, Kristian diambil dari perkataan Inggeris, Christ.

Dan perkataan Christ adalah asalan dr perkataan Yunani, Christos.

Ianya diterjemahkn pula dari perkataan Ibrani (Hebrew) yg membawa maksud Messiah

Messiah pula merupakan asalan kpd perkataan Al Masih yakni gelaran kpd Nabi Isa as

dari sudut Istilah, Kristian merupakan gelaran yg membawa maksud

a believer in or follower of Christ

seseorg yg beriman atau menjadi pengikut Al masih


Jesus atau Isa tidak pernah sepanjang hayatnya menggelarkn diri pengikutnya sebagai Kristian. ianya diakui sendiri oleh penganut Kristian. Hakikatnya perkataan ini muncul di sebuah tempat di Turki yg dinamakn sebagai Antakia atau Antioch sekitar 42 tahun setelah baginda diangkat ke langit oleh Allah SWT.

Monday, October 19, 2009

Husnul Khotimah

Teringat lagi ketika saya masih dibangku sekolah menengah, seorg ustazah berkata,

"Michael Jackson itu kafir.."
"Perbuatannya mengubah ciptaan Allah tk dpt diterima"
"Namun, siapa tahu pengakhiran hidupnya nanti. Wallahualam bisawab"

Waktu tu, saya masih belum memahami apakah itu husnul khotimah.
Saya dan kawan2 dipasakkan dgn kata2 bahwa semua org Islam akn memasuki syurga pada akhirnya namun sebelum itu bagi yg berbuat dosa, akn disiksa di neraka terlebih dahulu.

hakikat ini membuatkn kami dan kebanyakan remaja melabel bukan Islam sebagai kafir atau akan mati kafir.

"cina, india tu kafir..mati kafir la"
"dorg buat baik mcmne pon, nanti jd kayu api jugk"

pkr ini ditanam dikepala anak2 kita. dan baru2 ini saya mendengar kata2 yg sama dari adik perempuan saya yg baru berumur 7tahun. Apakah ini yg diajar di sekolah? Apakah ini caranya kita menanam akhlak mahmudah dlm diri anak2 kita dgn mengatakan org lain kafir dan sebagainya.

maka, tk hairanlah bila timbul isu kafir mengkafir dikalangan org dewasa yg berpolitik krn isu kafir ini ditanam sejak kita kecil lagi.

Berkenaan Michael Jackson..

siapa sangka, dipenghujung hayatnya, bekas penganut kepercayaan Johowah Witness** ini memeluk Islam. Beliau akhirnya menemui Islam yg memberinya ketenangan dipenghujung hayatnya.

Kita yg dilahirkan Islam dan hampir seluruh generasi kita Islam belum tentu mati dlm keadaan Islam - Nauzubillah.



Beberapa kisah mengenai rahib tersohor ajaran Kristian Roman Katholik di Goa, India, Mother Teresa yg dikatakan menemui cahaya Islam dipenghujung hayatnya. Beliau seorg yg sangat baik sepanjang hayatnya dan disayangi ramai.

Kisah ini tidak jelas.

namun, hakikatnya hidayah Allah itu rahsiaNya.
Dia boleh dan mampu beri kpd sesiapa yg dikehendakinya - hatta kpd George W Bush sekalipun

Tiada siapa boleh mendabik dada yg kita akn mati dlm keadaan baik - Islam khususnya.
namun, amalam kita yg menentukan samada apa dan bagaimana pengakhiran hidup ini.

moga sama2 kita menjaga iman dan amal serta berdoa agr dikurniakan kematian atau pengakhiran yg baik - husnul khotimah.

mati itu pasti
syurga dan neraka itu benar
seksaan kubur itu benar
hari kiamat itu benar


notakaki

hidup ini hanya suatu persinggahan

**Johowah Witness satu2nya
ajaran Kristian yg menolak Jesus sbg Tuhan
(Ajaran ini dianggap kafir oleh pihak Kristian yg lain)

You may interest

Blog Widget by LinkWithin