Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Wednesday, March 7, 2012

Kursus Perbandingan Agama

Perkim Ampang akan mengadakan Kursus Dakwah Perbandingan agama atau Interactive Dakwah Training (IDT). Kursus bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan dakwah dan bagaimana menguruskan mualaf.

Kursus ni ada 3 fasa utama.
Fasa pertama peserta akan diberikan pendedahan mengenai apa itu asas-asas kepercayaan Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain. Juga akan diadakan Bible Study dan perbincangan. Fasa kedua pula peserta akan diberikan lebih pengetahuan yang lebih mendalam serta akan diadakan training untuk menjadi daie dan public speaker yang baik.

Bagi Fasa 3, peserta akan dibawa menziarahi gereja, tokong dan rumah ibadat penganut lain. Juga berpeluang untuk berdiskusi dengan sami dan paderi secara ilmiah. Tujuannya ialah untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di upacara ibadat yang dijalankan penganut lain dalam masa sama kita dapat memahami budaya serta susur galur kepercayaan mereka dengan lebih baik. Barulah boleh kita berdakwah dengan lebih berkesan.


 
 Lawatan ke Tokong Seck Kia Enh, Jonker Walk Melaka



Menziarahi antara gereja tertua di Melaka.


Mendengar sendiri Sunday Prayer sebuah gereja komuniti Protestant 



Diberi penerangan oleh sami yang menguruskan rumah ibadat penganut Buddha




Bergambar kenangan bersama pengurusan sebuah tokong di Melaka


Lawatan di atas merupakan lawatan rasmi dan mendapat layanan baik dari pihak gereja dan pengurusan tokong. Ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna untuk dirasai seumur hidup. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan Islam dan bukan Islam dalam masa kita berpeluang menjelaskan kepada mereka Islam yang sebenar serta lebih menghargai agama yang kita anuti sekarang - Islam.

Oleh itu, saya menyeru sesiapa yang berminat menyertai IDT ini termasuk dikalangan bukan Islam adalah dialu-alukan untuk turut serta dalam program ini kerana sesungguhnya terlalu banyak ilmu yang dapat kita pelajari.


Penceramah Tetap:

Bro Lim Jooi Soon
Bro Amin

Penceramah Jemputan:

Bro Ungku Fauzi
Bro Kamaruzaman
 

Fasa 1
10-11 Mac 2012

Bertempat di  Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya
Masa: 9-6pm (dua hari)
Bayaran: RM100 (Token kepada penceramah, makan minum)


 Fasa 2
12-13 Mei 2012

Bertempat di  Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya
Masa: 9-6pm (dua hari)
Bayaran: RM100 (Token kepada penceramah, makan minum)


Fasa 3  [Fully Booked]
21-22 April 2012

Bertempat di Perkim Melaka
2 hari 1 malam (Bermula 8pagi hingga 4petang keesokannya)
Bayaran: RM200 (Transport, hotel, makan minum)


Barangsiapa yang menolong agama Allah, Allah akan tolong urusan mereka
Surah Muhammad : 7



FAQs

Bagaimana nak daftar?
Boleh emelkan kepada yusuf2say@gmail.com maklumat diri
- nama penuh
- hp no
- institusi/NGO/syarikat/individu

**Maaf kerana no telefon tidak dapat disertakan disini. Sila emel untuk mendapat no telefon pegawai Perkim Ampang untuk sebarang maklumat lanjut**


atau boleh datang terus (walk in) ke Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya untuk [Fasa 1 & 2 sahaja]
berjumpa dengan Sis Kim atau Bro Lim Shi Jun pada hari program.

 
Boleh ke datang Fasa 2 tanpa pergi Fasa 1?
Boleh. Tapi mungkin anda akan lost seketika kerana banyak topik yang dibincangkan adalah kesinambungan dari IDT Fasa 1. Walaubagaimanapun, jangan bimbang kerana pihak penganjur akan membantu dan sebarang kemusykilan boleh diajukan.


Saya seorang bukan Islam, boleh join?
Dialu-alukan.


Kenapa kena bayar? Kenapa tak FOC Fisabilillah?
Bayaran dikenakan untuk menampung kos operasi. Perkim Ampang tak buat keuntungan atas yuran yang dikenakan. Dan segala perbelanjaan makan minum ditanggung untuk keselesaan peserta bagi keperluan program.

Tarikh yang diberi tak sesuai dengan jadual saya, boleh request tarikh lain?
Boleh sekiranya mempunyai kumpulan lebih dari 10 orang. Juga bergantung kepada jadual penceramah. Boleh hubungi untuk perbincangan.


Tak cukup ilmu Islam boleh ke belajar pasal agama lain?
Kalau nak ikutkan ilmu, mana pernah habis belajar. Jangan bimbang, datang dan persoalan itu bakal dijawab.


Sampaikan bagiku walau satu ayat
Hadits Sahih Bukhari
















1 comment:

ibnu_maulub said...

salam sahabatku...
teruskan dengan penulisan tentang perbandingan agama.. insyallah Allah akan membantu dalam urusan berdakwah.. ;-)

You may interest

Blog Widget by LinkWithin