Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Monday, May 31, 2010

Lifeline 4 Gaza

Ketika berbual dgn pakcik Jun dari Palestine Centre of Excellence Malaysia (PACE) Jemaah Islah Malaysia (JIM)  semalam, sy tersentuh apabila mendengarkan kisah seorang bapa yg memberitahu anak2nya mengenai tugas dan tanggungjawab yg perlu digalasnya demi saudara seagama.

Kata2nya sebelum pergi menyertai Misi Talian Hayat utk Gaza atau Lifeline For Gaza kepada anak2nya cukup menghibakan hati.


"Kalau ayah meninggal dunia dalam kembara ini, teruskan perjuangan ini anak-anakku"

Bila mengingati kembali bait2 kata seorg bapa yg meninggalkan nasib keluarganya kepada Allah utk menggalas misi penting membantu saudara seakidah di Gaza, hati ini hiba. Mengalir airmata tanpa diundang.

Moga mereka yg syahid ditempatkan disisi para syuhada di sisiNYA

Moga misi ini terlaksana. Teruskan berjuang saudaraku!!!

Allah bersama sama. AMEEN


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu

Surah Muhammad Ayat 7 



Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya'ud!!





Thursday, May 27, 2010

Andai ini Jumaat yang akhir





Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.



Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan  seraya berkata " Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.






Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbuny lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng in setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang


 nota

Siapa sangka, setiap risalah yg HAQ itu mampu menyentuh hati2 manusia diluar sana. Kita hanya menyampaikan. selebihnya urusan Dia.

Sama2 renungi Surah Muhammad Ayat 7

: )

Wednesday, May 26, 2010

Suci dalam debu

Ketika dijemput menghadiri jamuan "Charity Dinner" Kelab Perkim Pusat Asasi UIA tk lama dlu
kebetuln sy bertemu dgn penyanyi nasyeed indie, Muaz

Berbual dgn Muaz sgguh menarik
Beliau mengutarakan pandangan mengenai dakwah menerusi muzik

Walaupn rmai ulama tidak menyenangi 'dakwah' begini namun Muaz percaya dgn apa yg dipegangnya iaitu selagi apa yg disampaikan itu memberi manfat kpd org lain dn tidak melalaikan. Beliau juga berhujah menggunakan dalil2 yg jelas.




** Suatu masa dlu, lagu nasyeed Raihan begitu popular
Antaranya ialah lagu Puji Pujian
Sampai skrg ianya masih lagu yg paling sy gemari

Pernah sy mendengar seorg kanak2 bukan Islam menyanyi2 lagu tersebut ketika promo nya ditayangkn di TV

Mgkin dia tidak faham apa maksud sebenar lagu tersebut

tapi sekurang2nya, mesej dakwah itu sampai dan sy percaya sekiranya dibukakan pintu hatinya, kanak2 tadi akan menjadi seorg yg mencari dn berjumpa insyaALLAH

Begitulah yg berlaku kpd seorg shbt, Bro Yusuf yg memeluk Islam pd usia 15 tahun selepas bertahun2 tidur paginya dikejutkan dgn azan subuh.

hati manusia itu milik Allah. Bila2 masa Dia boleh jentik dan bolak balik kan.
Hidayah semestinya milik mutlak Dia.

Moga setiap usaha kita dipandang olehNya

: )

nota
sangat minat suara dn lagu2 Allahyarham Ustaz Asri Rabbani

Tuesday, May 11, 2010

Smile

Ramai yg mengeluh susahnya nk berdakwah.
Nk kena pegi rumah ke rumah dn bersyarah pjg lebar
Terpaksa membaca buku2 ilmiah yg tggi2 bahasanya
Mahir dalam memahami Bible, agama2 lain dsb
Keluar berhari2 dan 24/7 dgn Al Quran dan buku2 hadits ditangan.

Benarkah dakwah ni sebegitu susah?

Pengalaman sy tk lama dulu
sy berada di satu tempat yg masing2 dlm keadaan marah dn letih menunggu komuter yg janji utk smpai tp lewat berjam2 dr msnya.

Tiba2, seorg non muslim tersenyum manis kpd sy.
Terus perasaan marah sy td bertukar ceria. sejuknya hati bila ada org memberikan senyuman seikhlas itu.

Kdg kita lupa, dakwah berjalan sepjg masa. Bila msnya pluang terbaik tiba utk berdakwah kita tidak tahu. jadi kita kena siap2kn diri utk berdakwah walau dlm keadaan apa sekalipn.

Mulakan dgn senyuman. Alangkah indahnya.




nota
saya masih belajar utk senyum
: )

Monday, May 10, 2010

Terima kasih kerana menjadi Muslim yang baik


Semalam sy dikhabarkn oleh Bro Yusry mengenai seorg non muslim dtg tnpa diduga dn mengucapkn syahadah.

Kedatangannya mengungkapkn syahadah selepas melihat kebaikan muslim.

Sesungguhnya inilah yg dituntut Islam.

Rasulullah SAW menjadi ikutan. Baginda suri teladan terbaik dan Al Quran bergerak.

Walau sekecil mana usaha kita, insyaAllah Islam mendapat hasilnya.
Kita sentiasa diperhatikan.

Terima kasih. Teruskan dan sama2 menjadi muslim yg baik. InsyaAllah, ganjaran Allah menanti.


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Surah Muhammad Ayat 7




Ahlan wasahlan


Welcome to Islam









Thursday, May 6, 2010

Memahami Islam sebenar

Baru2 ini alhmdulilah sy berkesempatan menghadiri satu sesi interbiu kerja.
Apa yg menyeronokkan ialah apabila sy berpeluang utk berbual dgn seorg non muslim yg sgt baik dan mesra.

Kami berbual mengenai beberapa pkr berkaitan sesi interbiu dan beliau sempat bertanyakan kpd sy persoalan samada apakah bekerja disebuah syarikat perjudian terkemuka negara ini salah disisi Islam atau hanya bersabit isu moral semata.

Dan beliau tertanya2 adakah Jabatan Agama Islam (beliau merujuk kpd JAIS) akn melakukan serbuan bagi mereka2 yg bekerja disyarikat perjudian atau mana2 syarikat yg mengeluarkan produk yg haram disisi Islam.
Ini kerana, pd pemerhatiannya beliau dapati ramai muslim yg bekerja disyarikat2 yg mengeluarkan produk haram seperti minuman keras dan judi.

Isu arak atau judi bukan isu moral semata bagi umat Islam. Ianya isu yg jelas dan dinyatakan dlm Al Quran dan Hadits. Malangnya, mgkin kerana desakan hidup dan ditambah pula dgn kekurangan ilmu menyebabkan ramai muslim bekerja disyarikat yg disebutkn tadi.

Hal ini sebenarnya mengelirukan non muslim. Sebagai cth, rmainya wanita muslim yg tidak bertudung. adakah Islam memberi mereka kebebasan atau pilihan utk tidak bertudung?

persoalan ini bermain difikiran mereka.



Seorg penceramah terkemuka pernah menceritakan bagaimana beliau dijemput menjadi panel dalam satu majlis sambuatan maulidurasul anjuran Persatuan Pekerja Islam sebuah syarikat pengeluar arak terkemuka di Selangor. Ironinya, mereka masih mahu menganjurkan majlis islah sebegini sekalipun bekerja disebuah syarikat yg sudah terang lagikan bersuluh menjual hasil utamanya khamar atau arak yg diharamkan Islam. Dimana silapnya?


"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya"

(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)


Kembali kpd shbt non muslim tadi. Sama2 kita doakan beliau bertemu hidayah Allah dan semoga diberikan ilham utk terus bertanya dan mencari Tuhan Yang Esa.

Dan buat kita yg muslim, sama2 muhasabah diri dan kembali kpd landasan asal. Matlamat tidak menghalalkan cara. Moga kita dirahmati dan dikurniakan rezeki yg halal utk setiap usaha kita. Ameen.

nasihat utk diri ini khususnya


Wallahualam

Tuesday, May 4, 2010

Jin vs manusia


Kebelakangan ini kisah2 hantu mendapat tempat dikalangan masyarakat.
Apa yg menyedihkan, anak2 kita didedahkan dgn begitu byk kisah karut yg mana boleh merosakkn akidah mereka sbg Muslim.

Mempercayai kekuasaan hantu atau ketakutan terhadap hantu berlebihan membuatkan akidah anak2 ini terumbang ambing dan rosak. Perkara ini merisaukan kita bila mana mereka akn trus dibesarkn dgn kisah2 yg mengarut dan tahyul.

Drama2 di TV menunjukkan bagaimana apabila seseorg itu diganggu hantu, maka mereka akan menemui bomoh atau pawang utk meminta bantuan.

Perkara ini menjadi gambaran biasa dalam filem atau drama hantu dan selepas melihatnya berulangkali maka minda kita dan anak2 akn dibasuh utk mempercayai bahawa sekiranya berlaku apa2 perkara mistik sebegini, maka bomoh adalah tempat yg sepatutnya kita rujuk.









Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku

Surah az-Zariyat: ayat 56


Benarkah hantu itu wujud?
Di dalam Al Quran, Allah hanya menyebut mengenai makhluk lain. 
Tidak pula disebut mengenai hantu.

'Hantu' yg kita semua dimomokkan adalah dr asalan jin dan istilah hantu hanya digunakan masyarakat sedangkan 'hantu' tidak wujud dimana2 alam.

Elakkan anak2 kita dari menonton drama tau filem berunsurkan tahyul begini bagi menjaga kesejahteraan akidah mereka.

Mari kembali kpd sebab kenapa kita diciptakanNya.






Wallahualam

Sunday, May 2, 2010

Apa khabar Palestin?

Lama rsnya tk kedengaran khabar dr saudara Islam di Palestin

Tk berapa lama dlu timbul seketika nama Palestine berikutan insiden serangan konvoi viva Palestina yg membawa misi kemanusiaan merentas benua ke Gaza.

Sejak tu, nama Palestin tenggelam timbul..
dr berita2 antarabangsa yg diperolehi, setiap hari Gaza dihujani peluru
setiap hari juga masyarakat sana menerima syuhada

isu Palestin bukan isu rakyat palestin.
ianya isu umat Islam dan isu sejagat.

Ketika mendengar pengisian oleh wakil2 ibu dari palestin di Masjid Negeri Shah Alam tk lama dlu
sy tersentuh dgn semangat mereka yg berkobar dan bngga dgn kehilangan anak2 mereka dlm pertempuran dgn tentera Israel krn bagi mereka, mereka tidak kehilangan sebaliknya menghantar syuhada.

dan ibu2 ini juga tegar utk terus melahirkn syuhada utk mempertahankn Palestin - bukan utk bangsa Arab tetapi utk umat Islam krn Palestin diwakafkn utk umat Islam seluruhnya.

Diriwayatkan dlm satu hadis,
ketika Rasulullah SAW menyeru utk berjihad, shbt baginda, Saidina Abu Bakar Assidiq berikrar menginfaqkn seluruh hartanya utk keluar berjihad. Dan bila ditanya oleh Nabi SAW, apakah yg tggal utknya dan keluarga, jwb Abu Bakar, "ALLAH dan RASUL-NYA"

Begitulah iman seorg sahabat.
tk terlawan rsnya kita hari ini dgn fatamorgana hanya utk membantu perjuangan saudara2 di sana..





Moga saudara seagama kita di sana tegar utk berjuang dan berjuang demi kemaslahatan bumi anbia - Palestin dan keutuhan Masjidil Aqsa

Ameen.

You may interest

Blog Widget by LinkWithin