Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Thursday, August 27, 2009

birokrasi , saudara baru dan....

Baru2 ini juga, saya ada ke pejabat PERKIM di Masjid Negeri Selangor. Saya dan seorg kerani di sana berbincang ttg prosedur bagaimana mahu mengislamkan saudara baru dan juga apa yg boleh JAIS, MAIS dan PERKIM bantu saudara baru yg mengalami kesulitan selepas memeluk Islam. khasnya mereka yg dibuang keluarga, ditinggalkan suami/isteri dan ada yg diugut bunuh!

saya bertanyakan satu kes di mana sebuah keluarga di Melaka yg memeluk Islam. Mereka kesempitan wang dan berulangkali ditolak pihak berkuasa agama hanya krn mereka dikelaskan tidak layak utk menerima bantuan sekalipun mereka tidak berkemampuan.

Apa yg dikesalkan, pihak gereja dtg menyumbg dan membantu mereka sekeluarga tnpa sebarang kerenah birokrasi.

mgkin ada yg akan menyalahkan gereja. ada yg menyalahkan pihak berkuasa agama dan juga keluarga itu.

namun, apakan daya bila seseorg itu terdesak, tambahan pula akidah yg belum mantap, mereka ini terpaksa menerima dan terhutang budi.

kenapakah pusat zakat dan jabatan agama yg mengutip beratus juta zakat tidak mengenepikan birokrasi dan melihat kes2 ini dari sudut insani?

takkanlah hanya kerana ketiadaan beberapa dokumen atau tidak cukup syarat tidak melayakkan mereka ini yg selayaknya menerima bantuan ditolak.

ada juga yg melayan muallaf dgn sinis dan berkata Islam bukan agama meminta2..

tk bolehkah kita kurangkan sedikit birokrasi demi menjaga akidah saudara baru ini?

p.s

sebelum nk datang masuk Islam wajib bawa sama salinan ic, gmbr 5 keping atau salinan passport (utk warga asing)

adakah isi borang lebih penting dari mengucap dua kalimah syahadah terlebih dahulu?Align Center

Wednesday, August 26, 2009

yang dekat belum tentu hampir



Ketika mengikuti usrah di Bangi setahun yg lalu, naqib saya seorg lulusan US memberitahu betapa seorg kwnnya menerima Islam selepas 11 hari berada di sana.

Menurutnya, kawan tadi tidak pernah merasai kemanisan Islam semasa tggal di Malaysia hampir berbelas tahun. Akan tetapi, Allah bukakan hatinya utk menerima hidayah ketika cuma beberapa waktu di bumi asing.

US merupakan negara kapitalis. Negara org2 kuffar dalam bahasa kasarnya. Akan tetapi, di bumi ini, Islam begitu subur - tidak seperti Malaysia yg merupakan sebuah negara Islam menurut perlembagaannya namun perkembangan Islam begitu lemah dan kemungkinan mandul di sini.

Cuba kita amati, mengapa ramai dr rakan2 bukan Islam kita tidak tergerak utk memeluk Islam.

Adakah krn Islam itu tidak menarik?

Adakah Islam itu agama yg ganas?

Ada yg akan mendakwa, kerajaan tidak menggalakkan Islam berkembang. Sana sini arak diteguk umat Islam, kasino, judi ekor, murtad dan maksiat berleluasa. Malah mereka juga mendakwa Malaysia merupakan pengeksport babi terbesar rantau ini.

Ini apa yg didakwa. Semua salah kerajaan. Kerana itu tanggungjawab pemerintah
Bagaimana pula dgn tanggungjawab kita?

Apakah semuanya harus digalas oleh pemerintah? Tiadakah ruang utk kita sendiri menggerakkan diri utk menyuburkan dakwah Islam di negara ini?

Saya malu sekali apabila mengetahui kisah sahabat yg memeluk Islam di US walaupun cuma beberapa hari di sana sedangkn Islam itu tidak smpai kpdnya ketika beliau bergaul dgn masyarakat Islam yg jauh lebih besar.

Mgkin ada yg menjawab - Hidayah Allah tk mengenal siapa, apa, bila dan di mana

benar sekali.

Tetapi, adakah hanya dgn berdoa dan mengharapkn seseorg itu diberikan hidayah olehNya memadai.

Rasulullah SAW sendiri berusaha menyampaikn dakwah kpd bapa saudaranya, Abu Talib dan dalam pada itu Baginda berdoa.

Berdoa dan berusaha dalam masa yg sama.

Lihatlah sekeliling, apakah nikmat Islam ini hanya utk kita yg dilahirkn sebagai Islam? Tidak mahukah kita melihat sahabat2 kita juga merasai nikmat ini? Bagaimana rasanya dilahirkan sebagai bukan Islam?

Apakah agaknya usaha kita selama ini?
Tak mahukah kita menarik mereka dari kegelapan kepada kebenaran?

Tuesday, August 25, 2009

Sesungguhnya jalan ini masih jauh.......

Aslmualaikum wbt
Selawat dan salam ke atas Nabi SAW


Alhmdulilah kita kini melalui Ramadhan Al Mubarak. Moga memperoleh keberkatan darinya.

Baru2 ini saya bertemu dgn seorg pendakwah di Masjid Kolej Islam Malaya (bersebelahan Matrikulasi UIA Petaling Jaya).

Perjumpaan dgn beliau membuka mata saya ttg 'pekerjaan' sebagai seorg pendakwah.

Saya lihat di masjid berkenaan, ramai muallaf yg dtg mengikuti kelas Tauhid dan fardhu ain. Suasana mendamaikan sekali apabila melihat insan2 yg diberikn Allah hidayahNya ini begitu tekun mengikuti kelas seumpama anak2 kecil yg baru mengenal alam persekolahan.

Ramai yg masih belum mengetahui tanggungjawab sebagai pendakwah.
Ada yg melihat berdakwah hanyalah dgn menyampaikan ilmu di surau2 dan masjid2. Tambahan pula kini Ramadhan, saban hari ada kuliah maghrib. Alhmdulilah, ianya satu pkr yg baik diteruskan.

tetapi bagaimana pula perjalanan dakwah kepada non Muslim?

ramai dpd kita tidak kisah apabila melihat apek atau aso bersusah payah menunggang basikal membawa jinjitan beg jualan. begitu juga kita tidak pernah hairan apabila melihat wanita India menunggu ditepi jalan dgn menjual kalungan bunga kpd orang ramai yg mahu memasuki kuil.

bagi kita, mereka ini hanyalah melakukan pekerjaan yg sia2. akhirnya mereka akan ditempatkn di api neraka sebagai kayu api.

inilah juga antara apa yg diajar kpd saya ketika saya masih kecil.
sy diajar yg bukan Islam itu kafir.
dan kafir tempatnya di neraka. menjadi bahan bakar org mukmin yg berdosa.

benar, ianya telah ditetapkn dalam Al Quran. Sila rujuk surah Al Kafirun.

"Aku tidak sembah apa yg kamu sembah dan kamu tidak sembah apa yg aku sembah"

"Bagiku agamaku, bagi kamu agama kamu"


Sy mahu kita semua melihat non Muslim dari perspektif berbeza.
jangan lihat non Muslim itu sebagai musuh atau golongan yg akan dilaknat dalam api beraka.

maksud saya, apabila melihat mereka, terbitkn rasa syukur dlm diri. kita beruntung dilahirkan Islam atau setidak2nya mampu menerima hidayahNya - IMAN. Suatu yg paling besar yg dikurniakan Allah.

cuba letakkan kita ditempat non Muslim tadi.

bayangkn kita dilahirkan sebagai beragama buddha misalnya.

seorg muallaf memberitahu saya, beliau sedih dan marah selepas menganut Islam. beliau tinggal di perkampungan Melayu Islam. orang2 Islam berbuat baik kepada mereka sekeluarga. melayan mereka dgn baik. Namun, sehinggalah ibubapanya meninggal dunia, tidak pernah sepatah pun ayat yg menyeru kepada mentauhidkan Allah keluar dr mulut2 orang2 Islam yg baik tadi.

Benar, hidayah itu milik Allah. Mutlak milikNya.

tetapi, apakah kita hanya perlu berpeluk tubuh dan membiarkn saja non Muslim itu? tidakkah kita mahu melihat nikmat ini dikongsi?

kenapa ramai di antara kita terlalu berkira utk berkongsi bahawa hanya Allah Tuhan yg layak semua manusia dan alam ini sembah?

Tuan dan puan dikasihi Allah,

marilah kita buang jauh2 persepsi negatif ini.
lihatlah jiran2 kita, Ravi, Raj Singh, Ah Fatt, Ah Meng..
renung wajah mereka..
adakah pernah kita lakukan sesuatu setidak2nya berbaik dgn jiran? tunjukkan kpd mereka yg Islam itu agama yg syumul?



lakukan dari skrg
ambil peluang utk mengetahui kepercayaan mereka dan cuba menyampaikan apa yg kita percaya dalam cara yg paling mudah.
lakukan mengikut kemampuan kita.
berdoalah.
moga satu hari nanti jiran2 kita juga menerima Islam sebagaimana kita. yg membezakan kita semua adalah hidayah Allah.

Hidayah itu rahsia Allah

selamat 'bekerja' kepada semua

You may interest

Blog Widget by LinkWithin