Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Wednesday, March 2, 2016

Rasuah, Agama Uang & Pengkhianat

Al-Halal Wal Haram Fil Islam.

Apabila sesuatu perkara telah menjadi kebiasaan, ianya akan dianggap tidak salah dan biasa untuk dilakukan.

Masyarakat khasnya di Malaysia masih menganggap menerima rasuah sebagai taboo dalam kehidupan tapi tidak kepada memberi rasuah.

Pelbagai contoh yang boleh diberi antaranya, seorang kakitangan awam yang didapati bersalah menerima sogokan berjuta ringgit untuk meluluskan projek pembinaan bangunan sekolah misalnya dianggap pesalah yang sukar dimaafkan. Namun, pemberi rasuah masih terlepas bebas.

Dalam beberapa tinjauan yang aku sendiri buat dikalangan sahabat dan kenalan, menerima rasuah adalah tidak baik tetapi memberi rasuah dalam keadaan tertentu masih dianggap biasa.

Sebagai contoh, pihak berkuasa menyaman kerana kegagalan memakai tali pinggang keselamatan semasa memandu. Seboleh-bolehnya si pelaku akan mengelak untuk disaman. Dan sekiranya pihak berkuasa terbabit meminta sesuatu untuk menyelesaikannya, si pelaku selalunya tidak ada masalah untuk menghulurkan sesuatu supaya mengelakkan dirinya disaman yang mana harga saman jauh lebih mahal.

Dan si pelaku akan mencanang kepada kenalannya di media sosial bahawa pihak berkuasa tadi meminta rasuah dan dianya terpaksa memberi. Adakah si pelaku tidak berhak untuk berkata tidak kepada pihak berkuasa dan memilih untuk disaman atas kesalahannya atau sekurang-kurangnya meminta untuk dilepaskan dari kesalahan itu dan berjanji tidak mengulanginya tanpa sebarang syarat?

Dalam hal ini, pelaku dilihat masyarakat sebagai mangsa keadaan dan kurang bersalah. Kesalahan terletak dibahu pihak berkuasa tadi.

Rasuah merupakan suatu kesalahan yang berat kerana sebuah negara bangsa boleh jatuh dan dikuasai musuh hanya kerana rasuah. Dan rasuah juga merosakkan anak bangsa apabila penguasanya melepaskan dadah dan senjata api untuk masuk ke dalam negara.

Musuh nombor satu adalah rasuah. kerana dengan berlakunya rasuah, segalanya mudah untuk menular masuk ke sesebuah negara termasuklah dadah, pelacur, senjata api hatta musuh itu sendiri.


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
"Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah." 

(HR al-Tarmizi, Ahmad & Ibnu Hibban)



Dalam Al Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: -

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." 

Surah Al-Baqarah : 18


Assyahid Sheikhul Abdullah Azzam pernah berkata, sekiranya ditakdirkan untuk keluar berperang, dan kita mempunyai 10 butir peluru dalam kelopak senjata, halakan 1 kepada musuh dan bakinya kepada pengkhianat.



Banyak orang didunia ini.
Menunggu lama untuk rezeki.
Tapi ternyata..mudah solusinya….
Jadi maling penipu penjudi..
Saksi palsu atau bos korupsi…
Jangan takut, Tuhan menghakimi….. 
Kalau kaya SALAH bisa BENAR….
Kalau kuasa KALAH bisa MENANG
Ada masalah…mulut jadi bungkam..
Kasih DUIT…kasus jadi HILANG…..
Apa masalahnya mas….Moral dibuang…
Revolusi mental mas,…harusnya sekarang….
Agama uang…Agama uang…Gak Butuh Sembahyang….
Banyak orang didunia ini….
Cari kesusahan sendiri….
Kredit barang disana sini….
HP Laptop juga Mobil baru….
Dibeli dengan buru-buru….
Hanya untuk sombong dan belagu….
Cari jodoh harus yang tajir….
TUA MUDA ITU ENGGAK PENTING….
Suntik bibir malah jadi njedir…
Operasi biar gak nggelambir… 
Apa masalahnya mbak..Perawan hilang…
Agama uang…Agama uang…Agama uang…
Jangan jual murah mbak…harga dirinya..
Gak perlu cinta…gak perlu cinta…wanita serakah…






You may interest

Blog Widget by LinkWithin