Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Monday, October 24, 2011

Muslims love Jesus too


Beberapa tahun lepas, saya berkesempatan sertai satu kumpulan perbincangan mengenai perbandingan agama secara online. Terdapat ramai mubaligh Kristian dan Islam yang menyertainya termasuk dari kalangan atheist, agnostic,Yahudi, Buddhist dan Hindu.

Perbincangan ini sangat menarik kerana semua pihak berpeluang mengemukakan bukti dan pandangan masing-masing. Antara yang aktif ialah BrentneedsGod dan Imran Azwan - mahasiswa perubatan Malaysia di sebuah universiti Indonesia.


Ketika perbincangan berlanjutan berbulan-bulan dengan kedua pihak mengemukakan bukti dan pandangan masing-masing, muncul seorang Muslim yang memaparkan gambar2 bukti kebesaran Allah sebagai counter kepada isu yang ditimbulkan yakni, Buddhist, Islam, Christian, Jews and Hindu Which one is TRUE?

Tanpa sebarang penjelasan yang konkrit, dia menunjukkan berpuluh keping gambar nama2 Allah yang dirakamkan terdapat pada badan binatang, buah-buahan, pokok, pusaran air laut dan macam-macam lagi. Ironinya, salah seorang mubaligh Kristian kemudiannya menunjukkan pula gambar bukti kebesaran Jesus di pokok, angkasa, buah-buahan, makanan, air laut dan lain-lain kepada kami.

Persoalannya di sini, adakah ini bermakna Jesus itu benar (sebagai Anak Tuhan @ Tuhan)?

Atau juga bermakna Allah itu tidak benar (dengan adanya bukti gambar kebesaran Jesus)?

Dalam sifir dakwah, kita perlulah berhemah dan bijak sebagaimana pendekatan Nabi Muhammad SAW. Menggunakan gambar keajaiban Allah lebih sesuai ditunjukkan kepada golongan Muslim yang telah teguh Islamnya sebagai cara memperkukuhkan lagi akidahnya. Tetapi tidak relevan untuk ditunjukkan kepada non Muslim yang masih tertolak keimanannya terhadap Islam. Jika gambar-gambar ini dijadikan ukuran atau sumber utama, bermakna kita telah tewas sebelum berjuang. Kesilapan besar di sini menunjukkan kedangkalan kita dalam berdakwah perbandingan agama. Dan sekiranya menjadikan ia (gambar) sebagai point untuk mematahkan hujah, kita silap.

Sedangkan Islam itu jelas dan benar. Buktinya adalah Al Quran dan Sunnah. Namun non Muslim tidak mempercayai Al Quran apatah lagi AsSunnah.

Cara yang terbaik ialah gunakan apa yang mereka sendiri percaya yakni - Bible
Patahkan hujah mereka menerusi kekeliruan yang dipaparkan dalam Bible.

Pesan seorang tokoh dakwah perbandingan agama, carilah dulu persamaan sebelum kita tunjukkan perbezaan. Dan kuncinya apa yang mereka sendiri sayang dan percaya, yakni Jesus Christ atau apa yang kita percaya dan sayangi - Nabi Isa a.s


Wallahualam.





Bersambung

Friday, October 7, 2011

Kisah segelas air


Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '' 

Hadith 40


Dalam Islam, yang haram itu sedikit cuma sementara yang halal itu luas. Namun, ramai daripada umat Islam di 'highlight' kan dengan perkara-perkara haram yang kecil ini supaya Islam kelihatan jumud dan kebelakang.

sebagai contoh dalam bab bercinta atau hubungan di luar perkahwinan. Islam melarang lelaki dan wanita bergaul diluar batasan kerana boleh membawa ke arah zina dan maksiat yang merosakkan diri, keturunan dan iman. dalam masa sama Islam menggalakkan sebuah perkahwinan bagi mengatasi permasalahan ini. yang diharamkan cuma sebelum berkahwin, selepas segalanya sah dan halal, ianya tidak lagi menjadi isu.

begitu juga dengan halnya berkaitan makanan dan minuman. Allah melarang kita memakan babi dan semua binatang yang tidak disembelih dengan nama Allah mengikut syarat tertentu. akan tetapi, sekiranya binatang ini disembelih (melainkan babi yang diharamkan terus) maka tidak menjadi masalah buat umat Islam menikmatinya. contoh lain ialah alkohol. hanya minuman beralkohol dilarang dan yang lain dibenarkan.

malangnya skop yang halal dikecilkan manakala yang haram itu diperbesarkan seolah-olah Islam agama yang jumud, draconian,  menindas dan kebelakang.

sebagai contoh, jika kita melihat gelas berisi air ini. apakah agaknya rumusan yang dapat kita katakan?





Jika ianya rumusan yang positif maka itulah sebenarnya yang kita sebagai umat Islam perlukan dalam memperbetulkan stigma negatif terhadap agama sendiri. positifkan diri terhadap Islam.

dan


sekiranya rumusannya negatif maka itulah sebenarnya yang masih ligat dikepala kita yang harus dibuang jauh-jauh kerana ianya bakal membunuh perkembangan Islam dan menitik saki baki jahiliah dalam diri anak-anak kita nanti.


Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul




Wallahualam


untuk diri ini khususnya -

You may interest

Blog Widget by LinkWithin