Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Friday, March 26, 2010

Bersama muallaf 2

Ketika mengikuti program homestay ke Kedah tk lama dulu, bersama kami ada beberapa pelajar antarabangsa. salah seorangnya bukan Islam.

Kami menginap semalam di masjid sebuah universiti di utara tanahair.

Ketika berehat di dalam masjid, sahabat tadi yg bernama Manuel telah bertanya kpd saya samada bolehkah beliau bercakap di dalam masjid. ini kerana bagi org kristian, bercakap di gereja adalah dilarang. dan beliau hairan melihat org Islam rancak berbual di masjid seolah2 ianya tidak menjadi masalah.

Di Jerman menurutnya, pengunjung gereja hanya boleh bersuara seperti berbisik dan tidak dibenarkan bercakap kuat khususnya perkara tidak berkaitan keagamaan.

senario di sini berbeza begitu juga tempatnya. masyarakat Islam berbual kosong di masjid seolah2 tiada rs hormat kpd pemilik rumah tersebut.

Secara kiasannya, masjid merupakan 'rumah' Allah. dan sebagai tetamu, wajar atau tidak kita bercakap hal2 yg tkda kaitan dgn tuan rumah dan bercakap kuat seolah2 tidak menghormati tuan rumah?



Pertanyaan Manuel tadi menyedarkn saya betapa kita masih meringankan hal 'sekecil' ini sedangkan masjid atau musolla merupakan tempat ibadah yg perlu dihormati.


khusus utk diri sendiri dan semua


Wallahualam bisawab

Tuesday, March 23, 2010

Memahami muallaf



Ketika berkesempatan bertemu seorang sahabat,Lee di Pulau Pinang baru2 ini, beliau bkongsi satu kisah lucu yg dialaminya.

Menurutnya, beliau tidak menukar namanya kpd dlm bahasa Arab dan mengekalkan apa yg telah dinamakan oleh keluarganya sebelum beliau menemui Islam.

Ketika majlis akad nikahnya dgn seorg wanita Melayu setahun lalu, saksi2 perkahwinannya berbisik sesama mereka kononnya bimbang beliau akan melarikan anak2 mereka nanti selepas berkahwin krn beliau tidak menukar namanya kpd nama Islam atau bahasa Arab sebagaimana biasa dan ber Bin kn Abdullah.





Menukar nama merupakan satu isu yg sensitf bagi masyarakat Cina. Ini kerana ia membawa nama asal usul keturunan mana dan dari generasi ke berapa seseorang itu.

Dalam Islam, menukar nama kepada dalam bahasa Arab tidak diwajibkan. Nama seserog Muslim itu hendaklah membawa maksud yang baik. Tk kira dalam apa bahasa sekalipun dan tidak semestinya dalam bahasa Arab.

Apa yang lebih penting memberi pemahaman Tauhid terlebih dahulu.

Juga kita silap bilamana mempersoalkan samada mereka sudah 'potong' atau belum sedangkan mengenali Allah itu lebih utama berbanding soal itu - pd peringkat awal memeluk Islam

Selepas akidah mantap, barulah kita memasukkan elemen2 fiqh yg sesuai dgn tahap seseorg mukalaf tersebut.

Jadi, apabila datang seseorg yg berminat ttg Islam, jgn bercerita dulu soal puasa, zakat, solat, haji dan sebagainya. Juga tk perlu sentuh soal potong dan menukar nama.

Yang lebih pentng, kukuhkan akidah saudara kita dgn asas mentauhidkan Allah.



Wallahualam bisawab



Thursday, March 18, 2010

Atheist and Freethinker

ramai dr cerdik pndai memilih utk menjadi free thinker dan atheist.

Siapa dia atheist?
merujuk kpd golongan yang tidak percaya kewujudan Tuhan sebagai Pencipta alam. percaya alam wujud dgn sendirinya.

Free thinker pula merupakan golongan yang menerima kewujudan Pencipta tetapi memilih jalan tengah dengan tidak percaya kepada agama. mereka juga beranggapan agama itu sama saja.

Kedua2 golongan ini mempunyai 2 kitab yakni sains dan logik



bagi atheist yang tk percayakan kewujudan Tuhan, mereka percaya alam ini terjadi dengan sendirinya. muncul lah teori evolusi Charles Darwin yang percaya manusia berasal dari beruk.

Sains membuktikan alam ini mempunyai pencipta. Bagaimana kita boleh buktikan?




Pertama, sebagai contoh, sebuah mesin secanggih ini dicipta oleh seorang saintis. Persoalannya, siapakah yang tahu menggerakkan mesin ini?

Jawapannya : pencipta mesin terbabit.

Bagaimana pula dengan alam?

siapakah yang tahu menggerakkan alam ini?

Jawapannya : Pencipta alam ini.

Logik bukan?

Siapakah pula Pencipta alam ini?

Dalam Al Quran Allah ada menerangkan mengenai matahari, bentuk mukabumi, peringkat kejadian manusia dan sebagainya lebih 1400 tahun lalu.

Saintis dahulu mendakwa bumi ini rata. tapi Al Quran yang diturunkan 1400 tahun lalu menerangkan bahawa bumi ini sfera dan diperumpamakan sperti telur burung unta.



Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam kedalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam.
(Surah Luqman : 29)

"Memasukkan" di sini bermaksud Allah S.W.T. menukarkan malam kepada siang dan siang kepada malam secara perlahan-lahan. Fenomena ini hanya boleh berlaku sekiranya dunia ini berbentuk sfera. Jika dunia ini rata, pastinya pertukaran malam kepada siang dan siang kepada malam akan berlaku secara tiba-tiba..

Ayat Al-Quran di bawah juga menceritakan tentang dunia yang berbentuk sfera.

Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar ; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam.
(Surah Az-Zumar: 5)


Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah "kawwara" yang bermaksud menutup, sebagaimana serban menutup kepala. Penutupan secara "kawwara" yang bersilih ganti hanya boleh berlaku jika dunia ini berbentuk sfera.

Dunia ini sebenarnya bukanlah bulat seperti bola, tetapi "Geo-Spherical", iaitu dunia ini mendatar di Kutub Utara dan Selatan. Ini dijelaskan dalam ayat Al-Quran di bawah;

(Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya)
(Surah An-Naazi 'aat: 30)

Perkataan Arab "dahaaha" di sini bermaksud telur burung unta. la juga bermaksud sesuatu yang luas terbentang ( seperti dalam tafsiran, Yusuf Ali). Bentuk telur burung unta pula menyerupai bentuk bumi, iaitu bentuk "Geo-Spherical".

Oleh itu, Al-Quran dengan tepatnya menjelaskan bentuk sebenar bumi, walaupun manusia pada masa Al-Quran diturunkan mempercayai bahawa dunia ini berbentuk datar.


Siapakah yang mungkin mengetahui ttg mekanisme menggerakkan alam ini jika bukan Pencipta?

Point kedua, sains membuktikan bahawa siapa layak jadi Tuhan dan siapa tidak.

Sains membuktikan bahawa alam ini mempunyai jisim, masa dan ruang (time, mass and space)
sekiranya kita kecutkan alam ini, membutktikan bahawa semua yang ada di alam ini tidak layak diangkat sebagai Tuhan kerana punya jisim, masa dan ruang. betul?

Allah wujud sebelum, selepas dan semasa alam dicipta. sedangkan apa yg disembah oleh manusia hari ini (baca : bukan Islam) terikat dengan jisim, masa dan ruang.

Sains sendiri membuktkan bahawa semua ini tidak layak disembah melainkan sesuatu yg diluar 3 elemen tadi.

kita setuju, God not bounded by time.

Sudah tentu, Allah adalah pencipta kerana Allah tidak terikat dengan jisim, masa dan ruang.

Sebagai contoh, Jesus mempunyai jisim, ruang dan masa.

Jesus dilahirkan (masa:permulaan)
Jesus membesar (jisim & ruang : ketinggian, berat badan)

jadi, Jesus tidak layak disembah sebagai Tuhan.

Begitu juga dengan sembahan2 lain kerana terbukti punya elemen2 tadi.

Sains dan logik telah membuktikan bahawa siapa layak menjadi Pencipta dan siapa tidak dan tanda2 kewujudan Tuhan yakni Allahu Ahad.

Wallahualam bisawab



credit: Harun Yahya




Wednesday, March 17, 2010

Salam oleh non Muslim

Tidak lama dulu, ketika seorg jiran bertandang ke rumah, Makcik R berkata beliau tidak senang dengan jiran kami, Lim yang kerap memberi salam kepadanya. Menurut Makcik R, haram baginya menjawab salam Lim dan begitu juga Lim memberi salam.

Benarkah salam hanya utk sesama Islam saja? Benarkah dakwaan bahawa bukan Islam tidak boleh memberi salam?

jawapannya telah Allah jawab dlm Al Quran lebih 1400 tahun lalu.


Dan apabila kamu dihormati dgn suatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (penghormatan itu, yang sepadan) dengannya. Sungguh Allah memperhitungkan segala sesuatu

Surah An Nisa' Ayat 86


Dalam konteks Malaysia, kita tidak didedahkn dgn amalan memberi salam kepada bukan Islam. Malah, kita sendiri teragak2 utk memberi salam ketika menjawab panggilan krn bimbang pemanggil tadi bukan beragama Islam.




Adakah satu kesalahan mendoakan kesejahteraan saudara2 kita?

Sekiranya seseorg bukan Islam memberi salam, jawablah dgn baik dan berlapang dada. Ini adalah cara terbaik berdakwah kpd mereka ttg kebenaran.

sebagai contoh -

Yap : Asalamualaikum brother

Luqman : Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh Yap. Terima kasih. Yap, kamu tahu tak maksud salam yang kamu beri tadi?

Yap : saya pn tkpasti sebenarnya. ramai org Islam beri salam, saya pn terikut2.

Luqman : Begini, salam yg kamu berikan tadi

h_jwslm.gif (5573 bytes)

maksudnya, salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu

Yap : jawabnya pula?

h_jwslm2.gif (5542 bytes)

Luqman : Sejahtera kembali ke atasmu dan rahmat Allah satu keberkatan keatasmu.

Yap : Oh, baru saya faham. Terima kasih ya.

Luqman : Yap, mahukah kamu saya ajarkan satu lagi perkataan dlm bahasa Arab yg sangat indah dan besar maknanya?

Yap : Sudah tentu.

Luqman : Lailallahaillallah Muhammadurasulullah.

Yap : Maksudnya?


Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu Pesuruh Allah.


Alangkah indahnya jika kita dapat mengajarkn saudara bukan Islam kita mengenai satu2 maksud itu. Dan yang lebih penting, cari peluang utk menyampaikan kalimah shahadah yakni kebenaran hak Allah.

Sekiranya kita mengherdik atau mencerca mereka, nescaya kebenaran akan semakin jauh dan jauh.

Mgkin tak mampu nk mulakan dengan semua org, mulakan dengan org2 yg terdekat dengan kita. Salam seperti good morning atau hi juga satu permulaan yang baik. Tidak semestinya memberi salam cara Islam kerana tahap kefahaman sesetengah org itu berbeza2. Asalkan niat dan penyampaiannya berhikmah serta punya maksud yg baik.


pesanan khusus utk diri ini dan semua


Wallahualam bisawab







nota:

hal ini merupakan isu fiqh. mgkin ramai yg tk sependapat dgnnya. saya bukakan pandangan dan pembetulan sekiranya tidak bersetuju mengenainya. mengenai rujukan hadith, pkr ini juga ditulis setelah dirujuk kpd hadith Sahih Bukhari, Jilid ke3.

Tuesday, March 16, 2010

Infidels




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

1. Katakanlah (Muhammad), "Wahai orang-orang kafir!
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah.
4. dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, untuk aku agamaku."

Surah Al Kafirun Ayat 1-6


Ketika berdiskusi dgn seorg kenalan menerusi laman sosial Friendster dalam group Islam, Christian, Buddhist, Hindu which one is true? tidak lama dlu, apa yg menarik dlm perbincangan kami ialah penggunaan perkataan kafir dikalangan masyarakat Islam terhadap bukan Islam.

Menurut Brother Brent yang berketurunan Cina Filipina dan menetap di Amerika Syarikat, beliau yang juga penganut Protestant bertanya kpd saya

"what u muslim call us (non muslim)?"

saya jwb, "infidels or non believer"

Brent, "but we call u (muslims), brothers.."




pemahaman mengenai apa itu infidels atau kafir masih cetek pd saya. saya tidak mengetahui apakah perkataan yang lebih sesuai memandangkan ianya dibenam dlm pemikiran saya dan kebanyakan rakan lain bahawa bukan Islam itu kafir.

Perkataan kafir atau infidels ini sebenarnya tidak layak ditujukan kepada SEMUA bukan Islam. Ini kerana, perkataan kafir yg dipanggil Allah dalam Surah Al Kafirun merujuk kpd org2 bukan Islam yg telah dtg kepadanya KEBENARAN dan mereka yang mengetahui akannya, sengaja menutup kebenaran itu dan menolaknya.

Nah, inilah org KAFIR sebagaimana sepatutnya.

Di Malaysia sendiri, majoriti penduduk bukan Islam yg sebilangan kita label sebagai kafir sebenarnya belum pernah sampai kepadanya kebenaran yakni syahadah dan mentauhidkan Allah.

Bagaimana boleh kita label mereka kafir sedangkan kebenaran tidak pernah smpai kepada mereka?

Dan siapakah yg bertugas utk menyampaikan kebenaran ini?

meyakini bahawa setiap yang lahir sebagai Muslim akan kekal Muslim dan yang lahir bukan Islam akan mati sebagai bukan Islam adalah silap.

Allah itu Maha Adil.

Dalam pada berusaha utk mensejahterakan akidah dan mensahihkan ibadah, menjadi tugas kita utk menyampaikan kebenaran.

Pesan Nabi SAW dlm sahih Bukhari, sampaikan bagiku walau satu ayat.


Moga mulai saat ini kita berhenti memandang saudara bukan Islam kita sebagai kafir atau musuh sebaliknya melayan dan melihat mereka sebagai saudara dan menunaikan hak2nya sebagai saudara.

Tertarik saya dgn ulasan sahabat blogger, Bro Mamai, katanya

andai musuh dilayan seperti saudara, pasti dianya menjadi saudara..


renungan utk diri sendiri dan semua khususnya



Wallahualam bisawab



You may interest

Blog Widget by LinkWithin