Syukur alhmdulilah hari ni Allah perkenalkn dgn dua saudara seakidah yg sgt tegar berjuang mempertahankan syahadah mereka.
Bro yusuf menceritakan pengalaman bliau menerima Islam dan nyata air mata ini bergenang lagi memikirkn betapa bersyukurnya diri ini yg lahir dan menerima Islam tnpa perlu sebarang tentangan dan halangan.
menurut bro yusuf, bliau memeluk Islam ketika tingkatan 5 dan mengamalkan Islam secara sembunyi. beliau juga masih belum memberitahu ahli keluarganya ttg pilihannya itu. beliau bimbang akn menyakiti hati ibunya yg sgt2 tidak menyenangi Islam
kita dberikan ruang yg sgt selesa utk beribadah dan solat. sedangkan bliau, terpaksa curi2 solat di rumahnya sendiri. bliau tetap tk mahu meninggalkan solat walau sesulit mana sekalipn. sedangkn kita? diberikan pelbagai kemudahan namun masih gagal memenuhi tuntutan sebagai seorg muslim.
mendengarkn kisah kedua dr bro adam menyebabkn hati ini terasa sgt terharu. bro adam menceritakan bagaimana bliau mengkaji agama2 sebelum menemui Islam sbg cara hidupnya kini. setelah keluarganya mengetahui hasratnya memeluk Islam, bliau dihalau keluar rumah.
tk terbayang bagaimana ahli keluarga yg terdekat sggup memperlakukan sebegitu andai terkena kpd kita. namun bro adam tetap kuat dan semgt mahu menyelamatkn akidah keluarganya.
moga bro berdua dan saudara seagama yg lain akn trus tegar berjuang utk syahadah ini.
Ada org lahir sebagai Islam,membesar dlm suasana Islam dan mempunyai segala keselesaan dlm beribadah sebagai muslim.
namun, selalunya brg yg percuma tidak kita hargai..
kita akn lebih hargai brg yg mana ada harga yg harus kita bayar...
moga sama2 kita bersyukur dgn hidayah yg Allah berikan ini dan berdoa ianya tidak akan ditarik atas kelalaian kita.
nasihat khas utk diri sendiri dan semua.
wallahualam bisawab



