Disclaimer

This blog is just for sharing an idea, fact and opinion regarding comparative religion studies. Author has no intention to mocking or insult others. Interested parties, may reproduce or quote materials published unconditionally.Comment should be accompanied by names or pseudonyms. Anonymous postings and those contains profanities and obscenities with intention to insult others will be rejected. Do provide any feedback or comment at the bottom of entry.



Blog ini adalah nota pengalaman dan perkongsian untuk diri penulis dalam menjalani kehidupan dan dakwah perbandingan agama. Tiada niat untuk menghina atau memalukan mana mana pihak. Sekiranya mempunyai cadangan atau pendapat membina, adalah dialu-alukan utk berkongsi. Sebarang artikel dan tulisan di blog ini dibenarkn diulang siar tanpa syarat utk perkongsian. Blog ini juga melahirkan pendapat dan pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pandangan sebenar mana-mana pihak khususnya organisasi yang disebut dalam tulisan blog ini.





Wednesday, March 25, 2015

Hudud

Polemik hudud dan pelaksanaannya menjadi buah mulut masyarakat. Masih ramai pihak yang berbelah bahagi dengan keperluan pelaksanaanya dalam masyarakat majmuk Malaysia. 

Benarkah hudud hanya untuk orang Islam dan kenapa bukan Islam menentangnya sedangkan mereka tidak berkaitan? 

Pelaksanaan hudud memerlukan suatu kajian menyeluruh dan bukannya dilaksanakan terburu-buru kerana kesilapan dalam melaksanakannya akan mencalar Islam sebagai agama yang syumul dan adil. 

Aku percaya kerajaan Kelantan sudah membuat kajian mengenainya bertahun-tahun. Kenapa perlu menentang? Ada beberapa golongan yang menentang antaranya yang tidak faham akan konsep pelaksanaannya, bimbang kepentingan mereka diganggu dan menentang tanpa mahu memahaminya. 

Apa yang diharapkan dalam pelaksanaan undang-undang hudud ini ialah mengurangkan kadar jenayah di Malaysia kerana ternyata undang-undang sivil sediada GAGAL untuk membanteras jenayah yang semakin meningkat dan membimbangkan. Berpuluh tahun perundangan sivil dilaksanakan dan ternyata gagal.

Kenapa tidak kita beri peluang kepada undang-undang hudud. Sekurang-kurangnya kita mempunyai alternatif kerana ianya nyata dari Allah.



 

Friday, March 6, 2015

Islam yang indah


Syukur Alhmdulillah. Seumur hidup, inilah kali pertama aku berpeluang menjejakkan kaki di bumi Madinah dan Mekah yang diberkati.

Melihatkan ribuan manusia berpusu2 memenuhi masjid adalah pengalaman yang mengujakan. Di negara sendiri, masjid hanya penuh pada hari Jumaat. Tapi di sana, bumi barakah dibanjiri manusia setiap waktu solat. Subhanallah.

Dan hadiah kelahiran terindah adalah diizinkan Allah utk solat dan berdoa di Raudah serta Hijr Ismail. Syukur!

Labaikallahuma Labaik Labaikala Syarikalakalabbaik innalhamda wanni'mata Lakawalmulk la syarikalah

Mekah, Madinah...aku akan kembali

You may interest

Blog Widget by LinkWithin