Semalam saya menerima hadiah sebuah buku menarik tulisan seseorang yang saya panggilnya Ustaz.
Beliau sememangnya ustaz yang bertanggungjawab mengajar saya mengenal ilmu Al Quran tak lama dulu. Beliau juga orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan ilmu perbandingan agama dan membawa saya menyertai program Interactive Dakwah Training anjuran Perkim Ampang beberapa tahun lalu.
Sememangnya dedikasi beliau terhadap agama yang tercinta ini terlalu tinggi dan terbukti dengan lahirnya buku ini. Sebuah naskah menarik untuk semua peringkat yang masih baru dalam berjinak2 dengan ilmu perbandingan agama.
Sekiranya berminat, boleh hubungi saya di emel yusuf2say@gmail.com utk saya panjangkan pandangan dan minat kepada penulisnya, Ustaz Faisal Abdurrahman. Buku ini akan saya ulas selepas tamat membacanya nanti.
